Saturday 28 March 2009

Rancangan-Nya, kami Berkenalan

salam kasih dan persaudaraan untuk semua..
erm..comel tak wajah-wajah kanak-kanak ceria di atas? itulah jiwa-jiwa yang masih bersih fitrahnya.. hajatkan kebaikan.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, Allah hadiahkan saya kanak-kanak ceria dan berbudi dari STPS.. dan Alhamdulillah, perkenalan kami tak sekadar kerana Tugasan University.. tapi, nampaknya..semakin mekar dan subur, lebih dari itu.

tanggal 25 Mac baru ini, dua kanak-kanak comel di atas, Laura dan Sophie menjemput saya ke rumah mereka. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya saya agak risau kerana saya seorang diri.. Namun, susunan Allah Maha Cantik sekali. Alhamdulillah, saya diterima dengan baik sekali oleh keluarga mereka, warga tempatan Plymouth yang telah hampir 20 tahun tinggal di hujung England ini.

Awal tibanya saya dirumah mereka dari STPS, saya diterkam dan dijilat oleh anjing-anjing yang besar (Rotwailer), bukan kerana mereka ingin berkasar, tetapi, itulah cara mereka menyambut tetamu dengan mesra..! Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk tidak menunjukkan ketakutan yang amat sangat dalam hati ini.. Tapi, bagus sekali, Claire, ibu mereka memahami.. mereka keluarkan anjing-anjing tersebut selama saya berada di dalam rumah, dan mereka jauhkan anjing-anjing tersebut apabila saya keluar ke laman mereka.. menarikkan?

Seterusnya, setelah dihidangkan air teh dan bersembang-sembang dengan Claire.. saya ikut bermain 'tramplin' bersama-sama kanak-kanak ini di laman rumah mereka. Tak cukup dengan itu, saya melayan pula mereka bermain di atas rumah. Ada-ada saja yang mereka ingin cerita dan kongsikan dengan saya.. ada-ada saja game yang mereka nak saya ikut bersama.. Penat, memang penat.. tapi, dalam celah-celah kaletah kanak-kanak ini, ada sesuatu yang saya senangi pada mereka..iaitu mereka sangat positif dengan saya dan keyakinan saya. Sambil-sambil bergelak ketawa, mereka suka bertanya juga tentang pakaian saya dan apa yang menyebabkan saya taat memakainya.. apabila saya bercerita, semua duduk mengelilingi saya, berminat dengan cerita saya tentang apa yang saya percaya.. Subhanallah, bersih sungguh mereka ini. Erm..kalau atas tu, ada gambar Clowie dengan tudungnya.. itulah mereka yang sungguh gembira apabila dapat berpakaian seperti yang saya pakai...

erm, tak lupa juga kebaikan ibu mereka. Claire sungguh-sungguh nak menghidangkan saya makan malam. ketika mengetahui saya hanya makan daging vegetarian atau yang halal, susah payah Claire menyiapkan hidangan ikan dan nasi pada saya.. Subhanallah, baik sungguh dia! Dengan izin Allah juga, Claire berkongsi dengan saya tentang pengalaman-pengalaman pahit manis hidupnya. Saya terfikir, percaya pulak dia pada saya sedangkan baru sekali bertemu? Tapi, wallahua'lam.. Allah pemilik hati.. dan saya akur, dengan perkongsian itu, banyak yang saya pelajari..

begitu juga pasangan Claire, Colon. Sejurus mengetahui saya menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana saya Muslim, tahu saja Colon untuk menyesuaikan diri agar saya tidak kekok di rumah. Yang paling saya terharu, Colon membawa bersama ahli keluarganya untuk menghantar saya pulang ke MARJON kerana tahu saya lebih senang begitu..subhanallah.. sungguh berbudi mereka!

Demikian lah, pengalaman saya sepetang bersma dengan mereka yang ingin saya kongsikan di sini. Terlalu banyak saya belajar daripada ziarah saya ini. Namun yang penting, saya semakin terasa Sungguh MANISnya bersama dengan ISLAM.. dan kerana Kemanisan itu, terasa INGIN SENTIASA BERKONGSI KEMANISAN ISLAM itu dengan sesiapa sahaja..

Saya sentiasa berdoa agar perkenalan saya dengan keluarga ini tidak hanya tinggal begitu...tanpa makna... walalupun saya tahu, sungguh urusan HIDAYAH adalah urusan ALLAH.. Semoga ALLAH membantu saya untuk menjadi COntoh sebagai MUSLIM yang benar-benar MUSLIM kepada mereka...

2 comments:

  1. mmg comel..
    ^-^ kagum dan alangkah seronoknya andai bersama

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. syukran sis kerana meninggalkan komen.. hihi.. Insya-allah, tentunya memang lagi best la kalau nti bleh ada sama... Mai la sini...!

    ReplyDelete

Your Precious Thougths