
sekadar mengajak sama-sama berfikir. sahabat-sahabat rasa, kenapa pokok tu jadi macam tu ya..? LAYU, TAK SEGAR.. Ya, tentu sebab, saya tuannya.. tidak menyiramnya..tidak ambil peduli padanya dan tidak membajainya kebelakangan ini.. maklum saja, sibuk ke sekolah, sibuk assignment dan kuliah-kuliah.. ada sahaja alasannya.. Lama kelamaan, pokok yang dahulunya indah bertukar rupa.. tidak lagi segar dan menyegarkan.. Bunga-bunganya layu.. daunnya kekuningan.. Sedihkan..
sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, itu kisah jaga pokok.. tidak lah sepenting mana.. BAGAIMANA dengan PENJAGAAN IMAN kita pula?? adakah kisah penjagaan pokok bunga ini agak-agak ada persamaan tak dengan PENJAGAAN IMAN kita..? sifat IMAN sentiasa NAIK dan TURUN.. Kalau kita, tuan badan tak ambil peduli pada Iman kita sendiri.. Siapa yang akan?? IMAN--jika kita tak disirami, di ambil peduli dan dibajai.. maka Layulah Iman kita.. dan tidak segarlah Iman kita.. apa lagi untuk menyegarkan orang di sekeliling.. Sepertilah keadaan pokok bunga itu.. Namun, tentunya Perihal Menjaga IMAN adalah berganda-ganda lebih penting daripada Menjaga pokok bunga ini.. Kerana bukankah IMAN --> TAUHID menjadi kayu ukur kepada tempat akhir kita di kampung Akhirat nanti...
Jadi, sahabat-sahabat.. apa perlu kita buat..untuk SEGARKAN IMAN kita?
Apa lagi.... AYUH KEMBALI kepada AL-QURAAN dan SUNNAH.. tidak adalah cara lain..Bagaimana sibukpun kita.. carilah peluang untuk sentiasa dekat dengan Kedua-dua Sumber Rabbani itu, carilah masa, ruang dan peluang untuk membaca, menatapi maknanya, memahami serta melaksanakanya dalam kehidupan.. Insya-Allah, IMAN mu akan segar.. dan terus segar.. hingga akan MENYEGARKAN orang-orang disekelilingnya.. seperti lah pokok bunga itu.. yang suatu ketika dulu, INDAH dan MEMPERINDAHkan Kawasan Sekitarnya..
wallahua'lam...
sedikit perkongsian..
sayang ntum (kalian) kerana ALLAH..
untuk warga NZ --- jumpa di YM isnin malam untuk sama-sama kita SEGAR kan IMAN kita..insya-allah!
assalamualaikum. Maryam....sorry~~ (T.T)
ReplyDelete