Kasih Sayang Allah pada hamba-hambaNya amatlah luas |
Pejam celik pejam celik, sudah 3 bulan blog ini
tidak dapat di’update’.
Bukan tidak ada
yang ingin dikongsikan di sini, tetapi selalunya hajat untuk berkongsi terpaksa
dipendamkan dan dipadamkan sahaja, demi mengelakkan hati kecewa.
Sungguh dunia kerjaya sebagai seorang ibu dan
surirumah sepenuh masa yang kini saya berkecimpung di dalamnya amat menuntut ‘mujahadah’
yang tinggi setiap masa dan ketika. Celik mata fikir nak masakkan apa untuk
zauji habeebi, nak kemas rumah, nak uruskan hal baju-bajuan, dan yang paling
penting nak melayan, menyusu dan mendidik si kecil ‘Aliyah Mukhlisah kami. Terkadang
jasad berasa amat letih, tetapi hati berbahagia saat melihat kekasih-kekasih di
sisi, zauji dan ‘ameerati tersenyum ceria bahagia. Alhamdulillah.
Semua itu membuatkan diri semakin menyelami
hikmah sabda baginda terkait amal-amal afdhal seorang wanita, seperti sabda yang
mafhumnya;
‘Sebaik-baik tempat solat untuk seorang wanita
ialah di rumahnya.’
Dahulu, semasa saya seorang ‘bujang senang’,
tanpa suami dan tanpa anak saya amat gemar ke masjid atau surau untuk solat di
sana atau mengikut program2 islami. Kemudian, setelah berkahwin dan belum
dikurniakan anak, saya masih tetap suka mengikuti suami ke masjid atau ke mana
sahaja program islami yang dia hadiri. Semua itu membuat saya berasa semakin
dekat dengan Rabb saya. Suasana rumah ALLAH yang menenangkan sering menjadi
motivasi untuk saya luangkan masa untuk ke sana.
Namun, kini kehidupan saya telah berubah.
Semenjak hadirnya ‘Aliyah Mukhlisah dalam hidup saya, pergerakan saya menjadi semakin
terbatas. Saya tidak dapat lagi keluar ke mana-mana semudah dahulu. Perlu saya
fikirkan banyak hal terutama sama ada tempat tersebut sesuai menerima kehadiran
‘Aliyah Mukhlisah atau tidak. Saat itu, barulah saya teringat-ingat hadith baginda di
atas. Rupa-rupanya hadith itu tanda betapa Allah dan Rasul mengasihi dan
mengasihani seorang wanita.
Pada saya, seolah-olah, melalui sabda Rasul, Allah Yang Maha Baik seperti
berkata begini kepada kaum wanita, terutama ibu seperti saya, ‘usah gusar
hai ibu, tempat yang paling baik untuk kamu ialah di rumah. Walaupun kamu tidak
mampu keluar untuk menyertai mereka di masjid sana, kamu tetap beroleh pahala yang
besar walaupun kamu hanya tinggal di rumah ini.’
Mengalir air mata saya saat teringatkan hadith
tersebut. Maha Suci Allah yang Maha Baik kepada setiap hamba-hamba-Nya. Betapa
sebenarnya Allah memberi ruang pada seorang wanita yang kebanyakannya memikul ‘tugas’
yang berat di rumah masing-masing untuk terus membuat sesuatu yang ‘AFDHAL’ di
sisi Allah, walaupun mereka tidak mampu untuk keluar dari rumah mereka.
Demikianlah sedikit perkongsian saya saat ini.
Semoga saya dan kamu beroleh manfaat daripadanya. Mohon doakan saya agar terus
menjadi hamba Allah yang Ikhlas, sabar dan syukur dalam melalui fasa hidup
sebagai seorang isteri dan ibu. Benarlah kata orang, semakin kita melangkah
jauh dalam hidup ini, semakin kita terasa diri ini kerdil. Maha Suci Allah yang
Maha Hebat. Pengetahuan Allah, Kasih Sayang Allah dan Rahmah Allah sungguh
melampaui pengetahuan, kasih sayang dah rahmah sesiapapun di dunia fana ini.
Wallahua’lam.
Sincere Servant,
Kota Bharu, Kelantan
Sincere Servant,
Kota Bharu, Kelantan
Rindunya nak dengar pengisian dari anti... Terubat sikit rindu membaca perkongsian ini.
ReplyDeleteSubhanallah.. perkongsian yang sangat baik, dari Allah Yang Maha Baik melalui kawan yang amat baik.. :) Moga terus kuat wahai Maryam, wanita yang bergelar isteri dan ibu..
ReplyDeleteDoakan kami dapat jadi sekuat Maryam..
-izzati-
lama kak yam menyepi... ^_^ tertunggu2 perkongsian kat sini..
ReplyDeleteperkongsian yg baik :)
ReplyDeleteinsya Allah moga diberi kekuatan yang tak putus-putus
ReplyDeleteSetiap kali membaca tulisanmu, pasti hati ini basah.
ReplyDeleteSyukran habebati atas segala pengorbanan, kecekalan dan usahamu untuk berikan yang terbaik kepada kami.
Abang^^