“Khomso lera.” Jawabnya.
“Aiwah…” balas saya sambil membelek-belek kain-kain jualannya.
**********
“Awak cantik” Kata ibu kepada dua orang anak kepada saya dalam bahasa arab
Syria.
“Er.. terima kasih. Tetapi, ntum lebih cantik.” Balas saya pantas.
“Saya suka lesung pipit awak! Kami tiada.” Katanya sambil jarinya memegang
pipinya.
“Oh, orang Syria pun suka lesung pipit ke?” getus hati saya.
**********
“Ya banaat, ya banaat!” panggil seorang pakcik.
“Ya, kenapa?” tanya kami kepadanya.
“Mari ambil barang dalam kedai pakcik. Ambillah banyak mana yang kamu
perlu. Hari ini hari saya bersedekah.” Kata-katanya yang mengejutkan saya.
************
Masih terbayang-bayang kenangan berkelana selama 1 bulan di bumi D-masq,
Syam penuh barakah itu. Lorong-lorongnya yang agak sempit, rumah-rumahnya yang
bertingkat-tingkat dan agak berserakan, masjid-masjidnya yang sangat
berdekatan, orang-orangnya yang pemurah dan peramah serta suasana ilmunya yang
indah.
Subhanallah. Kenangan itu kini menjadi sangat mahal.
Kerana selepas ini, mereka yang ke
bumi itu mungkin tidak lagi bertemu mereka yang saya temui. Lantaran tidak
pasti, bagaimana keadaan mereka saat ini? Apakah mereka yang menyantuni saya
dahulu masih hidup, atau telah syahid dibunuh oleh Rejim Assad yang kejam. Sungguh,
mengenangkan itu hati menjadi haru-biru. Semoga Allah melindungi mereka
daripada kekejaman Toghut di bumi itu.
Bumi itu kembali berdarah
Sebelum saya pergi ke bumi Syam, saya mencari sedikit sebanyak maklumat tentang bumi itu. Ketika itu, baru saya tahu, tanah itu sering disirami darah umat Islam. Bermula daripada zaman bani Umaiyah dan Abasiyah, sehinggalah zaman penjajahan Perancis. Dan, hari ini, bumi anbiya’ itu kembali berdarah lagi.

Kali ini bukan kerana kuasa luar, tetapi dek kerana kekejaman mereka pihak
pemerintah dan tentera Syria sendiri. Mereka yang berwajah manusia arab suria,
tetapi berhati lebih zalim daripada binatang. Mereka yang mengaku ‘Muslim’
tetapi lebih kejam daripada orang-orang yang mengisytihar diri Kaafir.
ZALIM tak kira kepada yang tua, yang muda, wanita, kanak-kanak
- semua dibunuh degan KEJAM
Anak berusia 6 bulan ini dipenggal kepalanya oleh tentera rejim Assad.
"AKU ADALAH ANAK YATIM..HAFEZ (AL-ASAD) TELAH BUNUH DATUK AKU,BASYAR TELAH BUNUH AYAH AKU"
Sungguh ZALIM.
KeZALIMan mereka sungguh-sungguh Luar Biasa.
Seperti lebih ZALIM daripada kisah-kisah derita palestina yang saya dengar
dan ikuti.
‘Pak Long’ mereka
“Maryam tengok tempat tu.” Kata kak Ida sambil menunjukkan pada beberapa
tentera yang sedang berkawal.
“Kenapa kak?”
“Bawah mereka tu, ada penjara bawah tanah bertingkat-tingkat. Tempat
mereka siksa orang-orang yang menentang Pak Long.”
“Pak Long?”
“Oh, sini panggil pak long kepada pemimpin tertinggi mereka…”
“Kenapa?”
“Sebab mereka ni macam disuruh mempertuhankan pemimpin mereka. Tak boleh
kritik lansung. Apa sahaja yang Pak Long mereka buat, semua mesti kata BAIK dan
BETUL. Kalau kritik, terus masuk penjara. Kalau dah masuk penjara tu.. jangan
harap la nak boleh keluar dah.. bertahun-tahun dok merengkok bawah tanah tu.
Kalau tak pun, innalillahi wa inna ilaihi raaajiuuun.”
“Masya-allah. Zalimnya. Kalah kezaliman di Negara barat.”
“Akak berani kata, sebab akak pernah teman seorang akhowat Malaysia pergi
ambil suaminya yang disumbat dalam penjara bawah tanah tadi tu tanpa diusul
periksa.”
“Ha? Orang Malaysia? Apa kesalahannya?”
“Ntah… ada salah faham tentang jual beli apa tah.. tapi, tak de
perbicaraan apa, terus polis tangkap masuk dalam penjara tu. Alhamdulillah la
orang tu warganegara Malaysia, mereka tak berani nak buat apa sangat. Itu pun,
setelah 3 bulan baru boleh lepas.”
“Kesian tau suami akhowat tu. Jadi kurus kering sangat… badanpun bongkok
sikit.. and dia tak boleh tengok cahaya... sebabnya terlalu lama duduk dalam
penjara bawah tanah… Hish.. bayangkan orang yang bertahun-tahun duduk dalam tu.
Ngeri.”
“Subhanallah…. Kesiannya….”
“Kalau nak diceritakan..banyak lagi kezaliman Pak Long mereka dan
kuncu-kuncunya… balik nanti, maryam cuba cari tentang tragedi berdarah di Hama.
Sebak sangat kalau tahu…”
Itulah antara dialog saya dengan kakanda yang banyak membantu saya
sepanjang saya merantau di bumi Damsyik itu. Sungguh, hari ini, terbukti secara nyata akan kezaliman pemerintah Syria itu, Bashar Assad, mewaris kezaliman ayahnya Hafez Assad.
Kezaliman mereka
Tak terungkap saya akan apa yang sedang berlaku di bumi Syam kini. Lantas, saya sertakan video 14 minit ini untuk menjadi 'Summary' kepada situasi berdarah itu.
Selain itu, saya sertakan Khutbah Jumaat oleh Sheikh Muhammad Al-Arifi, seorang professor di King Saud University setelah beliau pulang daripada melawat kem pelarian rakyat Syria di sempadan.
Tak mampu untuk menulis dengan lebih detail, saya petik juga sedikit maklumat
tentang situasi di bumi Syam yang diringkaskan di blog http://qaniahmawaddah.blogspot.com
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu
yang berlaku di Syria, antaranya ialah :
1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?
Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.
2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.
3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.
4. Apa pula hubungan Rejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dan lain-lain.
Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)

Penutup
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya bermaksud, "Barangsiapa yang berpagi tanpa mengambil tahu tentang umatku, dia bukan di kalanganku."
Sekian, semoga perkongsian sedikit ini membuka mata dan hati kita untuk terus mendoakan saudara-saudara Islam kita di bumi Syam sana.
Semoga Allah mengampuni kejahilan dan kelemahan kita.
Wallahua'lam. Wassalam wbt.
Sincere Servant
Kota Bharu, Kelantan
Sumber;
Facebook Rakyat Malaysia bersama Revolusi Syria
Facebook Like for Syria
Facebook Save Children of Syria
Ikram.org.my

syukran, kak .. sama-sama kita cakna isu ummah, :)
ReplyDeletexsangka..blog yg ana baca selama ni, baru tahu.. pemilik blognya kakak kepada kak hasna' =.=
tahniah atas kelahiran cahaya mata yg sgt comel :) moga lahirnya menjadi serikandi akhir zaman..amin2x
salam kak yam
ReplyDeletemoga sihat sentiasa
alhamdulillah perkongsian yang sangat best dan menyeluruh
hari tu pergi syria pun takdelah sedetail tu dpt info
btw, congrats for si kecil Aliyah Mukhlisah
looking forwards to meet her
sori klu nama dia salah eja
syukran untuk perkongsian... 3x juga baca artikel ini kerana ada gangguan teknikal setiap kali nak baca artikel2 di blog... keep writing ya ukhti. ramai umat islam yang tidak tahu fakta sebenar dan kerana itu ada yang tidak ambil kisah apa yang berlaku pada saudara seislam kita... insyaAllah perkongsian begini dapat dipanjangkan... semoga ALLAH selamatkan saudara seIslam kita dan hapuskan semua musuh2 Islam...Amin...
ReplyDeleteya allah, kenapa kejam sangat macam tu..tak tau nak cakap macam mana bila baca entri ni.. rasa sedih sangat dan lebih lagi , sebab saya lambat ambl tahu walaupun, ada tahu skit..ukthi,kenapa ya, sekrang baru nampak kekejamannya walhal perkara ni dah lama?
ReplyDeleteya allah kejamnya.rasa sedeh :(
ReplyDelete