Kehadirannya benar-benar menambahkan keindahan
warna-warna cinta dan kasih sayang dalam rumah tangga kami.
“Sayang, sayang percaya tak sayang
dah jadi ibu sekarang?” tanya zauji mengusik.
Saya memandangnya sambil tersenyum.
Ya, memang sukar nak percaya.
Masih teringat-ingat keadaan diri
yang masuk ke bilik bersalin Hospital Kota Bharu tanpa sedikitpun ‘mindsetting’
untuk bersalin pada hari tersebut. Mana taknya, ketika itu saya belum berasa
sebarang sakit. Pagi itu, zauji diajak ke hospital kononnya hanya untuk
memastikan kandungan dalam keadaan baik setelah awal pagi tadi saya dapati diri
saya basah dengan cecair yang saya tak pernah lihat sebelum-sebelum ini.
Namun ketika dalam bilik bersalin,
tanpa diduga saya dapati kes saya kelihatan diberi perhatian sekali oleh
doktor-doktor di situ. Seorang demi seorang doktor, termasuk pakar datang
memeriksa keadaan saya. Hairan saya pada awalnya. Masih teringat diri bertanya
kepada salah seorang doktor;
“Maaf, doktor. Nak bertanya serius
ke keadaan saya ni? Kenapa ramai sangat doktor datang cek saya?”
Sambil tersenyum si doktor pun
menjawab,
“Erm.. nak kata serius tak la
sangat. Cuma sedikit pelik. Jarang jadi macam ni. Air ketuban memang dah habis,
tapi awak tak sakit dan ‘jalan’ memang tak buka.”
“Jadi?”
“Jadi saya perlu panggil
doktor-doktor lain termasuk pakar untuk buat keputusan.”
“Keputusannya apa ya doktor?”
“Biasanya macam ni, kita memang akan
segerakan pembedahan. Lagipun baby awak songsang dan ini kelahiran sulung awak.”
Saya mengangguk diam, tanda bersetuju.
Saya masih ingat, ntah kenapa,
tenang sekali perasaan saya ketika mendengar penerangan doktor itu.
Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH. Nikmat sekali perasaan tenang itu. Bayangkan
kalau Allah tidak memberikan saya perasaan itu. Tentu saya jadi gemuruh dan
jadi tak menentu. Nau’zubillah.
'Aliyah Mukhlisah binti 'Ali 'Irfan - 11januari 2012
Awalnya, saya dijadualkan akan masuk
ke bilik pembedahan pada pukul 3 petang. Namun, dengan izin ALLAH, kes
emergency datang tak berhenti-henti di bilik bedah, yang menyebabkan kes saya
dikebelakangkan sedikit. Subhanallah, ketika itu, sungguh hanya pada ALLAh saya
bergantung. Saya tidak risau akan diri saya, cuma saya kisahkan anak kami dalam
kandungan. Tetapi, apabila doktor itu berkata,
“Jantung baby awak masih kuat, maaf
sangat, kami terpaksa dahulukan mereka yang lebih kritikal.”
Alhamdulillah.. sekali lagi, ntah
kenapa, hati saya masih sangat tenang. Boleh aja hati ini ingin bergemuruh
ketika itu, tetapi.. Alhamdulillah.. Allah menyelamatkan saya. Hati terus
tenang. Saya banyakkan berzikir.
“Biarlah mereka dahulu ya baby.
Insya-allah, kalau kita utamakan orang lain yang lebih perlu, Allah akan
mudahkan urusan kita. Ummi tahu, anak ummi ni kuat, insya-allah.” Bisik saya
pada baby Mukhlisah (yang masih dalam kandungan).
Mukhlisah dalam dakapan Teita Pah pada hari kelima kelahirannya
Sampailah kesakitan itu mula datang
pada jam 8 malam, setelah zauj disuruh keluar daripada bilik wad.
“Subhanallah, patutlah orang kata
sakit nak bersalin ni.. sakit sungguh-sungguh sakit!” getus hati saya sambil
terus bermunajat dan berzikir pada-Nya.
Melihat keadaan saya, bergegas nurse
yang ada di situ memanggil doktor. Hal ini kerana kalau diikutkan, pembedahan
saya harus dilakukan sebelum saya berasa sakit – bimbang kelahiran songsang
yang akan membahayakan bayi. Namun, dengan izin Allah bilik pembedahan masih
belum kosong ketika itu.
Dalam kesakitan, saya terus menerus
bermunajat kepada-Nya agar dipermudahkan urusan. Hajat saya hanya satu, moga
bayi saya selamat dilahirkan walaubagaimanapun caranya.
Dengan izin ALLAh taala, tepat jam
10.15pm, saya dimaklumkan bahawa bilik OT (operation theater) telah kosong, dan
giliran saya untuk dibedah telah tiba. Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH yang memudahkan urusan.
Demikianlah. Detik-detik sebelum
saya bergelar ibu. Alhamdulillah, percaya atau tidak, semua itu sungguh pantas berlalu.
Tepat jam 11.13pm, sebulan yang lalu
(11 Januari 2012), lahirlah seorang bayi perempuan, ‘Aliyah Mukhlisah binti
‘Ali ‘Irfan yang telah merubah seluruh kehidupan saya dan zuaji. Kini, kami
bukan lagi berdua, tetapi bertiga. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Kehadirannya benar-benar menambahkan keindahan warna-warna cinta dan kasih
sayang dalam rumah tangga kami.
Mukhlisah manis bergaya dengan set serba pink daripada kholah Irmanya.
Terima kasih kholah!
Harapan saya, mudah-mudahan kami suami isteri dianugerahkan kemampuan untuk sabar dan bersungguh-sungguh dalam membesarkan dan mendidik puteri kami ini (dan anak2 seterusnya) seperti mana yang dikehendaki-Nya. Sungguh anak-anak itu adalah amanah daripada ALLAH buat kami. Mudah-mudahan dia akan membesar menjadi hamba ALLAH yang taat dan cintakan keimanan dan kebaikan. Paling penting, dia bakal menjadi saham yang menguntungkan akhirat kami suami isteri, ameen, insya-allah.
Akhir kalam, ingin saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat;
- · Bonda tercinta – yang dahulunya bersusah payah melahirkan, menyusukan, membesarkan saya empat beradik dengan penuh kasih sayang; yang tak pernah henti-henti menghulurkan doa yang tulus buat kami anak-anaknya; yang sabar menjaga saya ketika 20 hari pertama berpantang.
- · Zauji – yang sentiasa menghulurkan cinta dan kasih sayang buat saya; yang menemani saya setiap kali saya memerlukannya; yang sabar dalam menghadapi karenah saya sepanjang mengandung, ketika saat melahirkan dan ketika berpantang.
- · Mak, Abah dan adik-adik – yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan buat kami; yang sudi menghulurkan bantuan saat kami memerlukan; yang tak jemu mendoakan kami sekeluarga
- · Doktor-doktor dan nurse di HKB – yang sabar dan masih boleh tersenyum memeriksa dan membantu saya dalam kepenatan mereka bekerja seharian
- · Sahabat dan teman – yang sudi mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga; yang hadir membantu saat kami memerlukan.
Hanya Allah yang boleh membalas
segala kebaikan-kebaikan kalian kepada diri ini dan keluarga. Moga Allah
mengasihi dan mengasihani kalian lebih daripada kasih sayang dan kasihan kalian
kepada kami.
p/s: saya amat mengalu-alukan perkongsian tips keibubapaan (parenting) dan tarbiyatul awlad daripada sesiapa sahaja yang sudi berkongsi. Ucapan Terima kasih tak terhingga saya dahulukan di sini.
Sekian, wallahua'lam, wassalam.
Sincere Servant
Kota Bharu, Kelantan
10 Februari 2012
Mabruk 'alayk.. Cutenye Mukhlisah..
ReplyDeleteMoga Mukhlisah menjadi anak yang solehah dan menjadi aset dunia dan akhirat buat ukhti dan zauj...
Allahumma Ameen..
Alhamdulillah.. Thniah maryam, slmt menjadi ibu yg penyayang, penuh cinta dan kasih pd Mukhlisah dan adik2nya nnti (insyaAllah)..
ReplyDelete"Mukhlisah, makcik doakan Mukhlisah membesar menjadi wanita solehah macam ummi, hebat macam abi.. :) "
"Maryam, kami doakan agar cinta dan sabar itu sentiasa terhias dalam hati sepanjang Maryam bergelar ummi.. Semoga Allah sentiasa limpahkan kebaikan pd Maryam sekeluarga.."
(InsyaAllah, sentiasa mendoakan dari kejauhan..)
mabruk for the baby
ReplyDeletezuriat itu suatu anugerah yang hanya dihargai oleh mereka mengerti kepentingan dakwah di muka bumi ini
moga dapat berjumpa dengannya nanti ~
To Mar'ah Solehah;
ReplyDeleteAmeen, ameen ya rabb...
Alhamdulillah, terima kasih atas komen dan doa.
to Nur;
err..
"ini makcik gen 11 juga ye?" tanya mukhlisah
"Ummi rasa la.." jawab ummi. (^^,)
SYukran ukhti Nur atas tinggalan jejak dan doa buat kami... terharu.
Moga Allah rahmati ukhti dan kehidupan ukthi selalu juga...
to Saza S
Alhamdulillah, syukran atas peringatan.
Insya-allah, semampu mungkin, kami akan berusaha mendidiknya agar mencintai keimanan dan mencintai perbuatan menyebarkan keimanan ke seluruh alam.
Insya-allah, ameen. "Terima kasih pakcik muda!" kata mukhlisah (dalam bahasa baby yang diterjemahkan oleh umminya. ^^
Ya Mukhlisah, ini mak cik gen 11 jga, mkcik izati..:)
ReplyDeleteMembesar dengan baik ya syg.. smga kita dpt jmpa suatu hr nt.. :)
alhamdulillah.. harap ummi mukhlisah dgn muklisah sentiasa dlm peliharaan Allah.
ReplyDeletesuka kholah tgok mukhlisah serba pink. skrg ni bila pegi dept baby selalu je ingt kat mukhlisah. pegang kasut ingt mukhlisah. pegang baju cari size mukhlisah. dlm hati, 'cantiknya kalau mukhlisah dpt pakai.' :)
To kak Irma sayang:
ReplyDeleteWah... Terharunya Ummi and Mukhlisah.... ada orang teringat kat Mukhlisah sampai begitu sekali.. Moga Allah rahmati kak Irma sokmo-sokmo... i-allah, kak irma dalam doa dan ingatan kami sentiasa.... ^_^
p/s: hari tu dah bagi dia pakai skirt pink and topi pink tu.. hehe.. baru nampak lady like sket... tima kashih kholah irma! -hugs-
http://teramchugh.com/wp-content/uploads/2012/07/Time.jpg
ReplyDeleteperkongsian blog yg sgt bagus utk mendidik anak