Monday, 26 December 2011

Coretan ringkas di hujung tahun



“Hari ni berapa haribulan ya sayang?”
“26 Disember.” Jawabku ringkas.

Pertanyaan zauj saya secara tiba-tiba itu benar-benar membuat saya terdiam muhasabah.
Subhanallah. Cepat sungguh masa berlalu. Hanya tinggal 5 hari lagi tahun Miladiyah akan bertukar angka.

Tiba-tiba juga hati dan minda berefleksi – apakah yang telah diri lalui sepanjang 2011 ini?

Subhanallah. Satu demi satu ni’mat ALLAH yang tak terhitung nilainya hadir di depan mata.
Ya, tahun 2011 benar-benar sangat bermakna untuk saya. Mana taknya. Pelbagai perubahan fasa saya lalui sepanjang tahun ini.

Daripada status seorang gadis, kepada status seorang wanita bernikah.
Daripada status seorang wanita bernikah, kepada status seorang bakal ibu.
Daripada status seorang pelajar, kepada status seorang pendidik (praktikal).
Daripada status seorang pendidik, kepada status surirumah (menunggu posting).

Dan sungguh saya akui setiap satu fasa perubahan itu, terlalu banyak ni’mat ALLAH kepada saya.
Subhanallah. Maha suci ALLAH Yang Maha Baik.

Masih terkenang saat diri menangis pada malam sebelum akad nikah, sampai dipujuk kakanda solehah Nabilah Iskandar.
Masih terkenang saat diri teruja menerima berita hamil 5 minggu.
Masih terkenang saat diri muntah-muntah di bilik asrama, bertemankan 2 teman istimewa saya, kak long dan izzah farhani yang sabar menyokong saya sepanjang praktikal.
Masih terkenang saat diri tertunggu-tunggu zauj datang ke asrama setiap minggu.
Masih terkenang saat diri hampir putus asa untuk melalui fasa praktikum dek kerana diri semakin tak larat.

SUbhnallah. Maha suci ALLAH.

Dan saat ini, semuanya telah selesai.

Alhamdulillah, saat ini telahku tamatkan zaman pengajian dan fasa praktikal dengan baik sekali.
Alhamdulillah, saat ini telahku berada di samping zauj tercinta.
Alhamdulillah, saat ini telah hampir 9 bulan kandunganku, hanya tinggal saat menanti detik menyambut si kecil hamba ALLAh ke dunia ini. Insya-allah.

Lantas, apa yang boleh saya simpulkan daripada setiap pencapaian dan pengalaman saya sepanjang tahun 2011 ini?

Sungguh tidak ada daya dan upaya sedikitpun melainkan segalanya daripada ALLAH swt.


Dan, CUKUPLAH HANYA ALLAH bagiku.

Ya, cukuplah hanya ALLAH bagiku dalam melalui setiap fasa kehidupan. Terlalu banyak perkara yang saya rasakan seakan mustahil untuk berlaku telahpun berlaku. Alhamdulillah, ALLAHlah sebaik-baik tempat kembali. Tidak ada yang mustahil apabila kita bergantung penuh hanya sanya kepada-Nya. Insya-allah. 


Ketahuilah teman pembaca,
Jika saat ini banyak perkara yang kau rasakan mustahil, kembalilah kepada-Nya dengan kerendahan jiwa dan ketundukan hati.

CUKUPLAH HANYA ALLAH tempat kita bergantung.
Kerana HANYA ALLAH-lah, RABB YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU.
Kerana HANYA ALLAH-lah, RABB YANG MAHA TAHU apa YANG TERBAIK untuk setiap kita.
Insya-allah, kembalilah pada-Nya.
Kerana hanya pada-Nya, setiap kita akan temui BAHAGIA.

Akhir kata, mohon maaf atas apa sahaja kelemahan saya yang terzahir di hadapan kalian yang saya bersama secara ‘in person’ atau di alam maya. Moga ALLAh ampuni setiap kelemahan dan kesalahan saya sepanjang tahun 2011 itu. Dan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah membantu memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tahun ini. Moga ALLAH menganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Harapan saya, moga-moga tahun 2012 yang akan hadir akan terus menjadi medan untuk setiap kita terus mencari bekal buat bertemu dengan-Nya.


Sekian, Wallahua’lam.

Sincere Servant
Kampung Paya Batu, Kota Bharu, Kelantan.


2 comments:

  1. seronok mmbcanya...x sbr mnnti "ahli bru" dlm kluarga ust 'ali brsma kak mryam ^^...mga Allah sntiasa prmdahkn urusn klian skluarga~salam prantau mesir buat klian ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    syukran akh/ukhti fathi atas kunjungan dan tinggalan jejak.
    Mohon doa dari akh buat kami sekeluarga selalu ya.

    ReplyDelete

Your Precious Thougths