12. 4 .11 – 9.30 malam
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Genap sebulan sudah saya bergelar isteri kepada pemuda pilihan ALLAH buat saya. Tiada ucapan lain yang patut saya lafazkan melainkan tasbih, tahmid dan takbir kepada ALLAH yang MAHA AGUNG. Hanya kepada ALLAH, kami sembah, dan hanya kepada-Nya, kami mohon pertolongan.
Alhamdulillah, saya tak sangka perkongsian lalu mengundang begitu banyak respon positif. Dan, yang paling membahagiakan saya ialah apabila mendapat tahu beberapa teman-teman TESL saya turut sudi menziarahi blog ini dan menyatakan betapa mereka beroleh ‘sesuatu’ yg bermakna daripada perkongsian saya. Antara mesej yang paling bermakna yang ditinggalkan kepada saya;
Salam maryam :)
Mesti pelik kan, knpa hntr msg sdgkn ble je jmpa maryam sndri? :)
sbrnya S br baca 'special for you', and I love the first bits sgt2 :)
thnk u sbb share. you both make it beautiful. indeed very beautiful.
Doakan S ye maryam? Supaya prjalanan itu and pngkhiran itu indah sprti kisah kamu.
Smoga kisah itu prngkhirannya syurga insyaAllah :)
P/s: klau dpn mata, msti dah hug maryam kuat2! I’ll do it when we meet later eh!
Subhanallah, Alhamdulillah, ALLAHuAkbar! Itulah hajat saya – melalui perkongsian itu, saya dan kalian semakin mendekatkan diri kepada ALLAH Yang MAHA LUAS KASIH SAYANGNYA. Insya-allah.
Oleh itu, insya-allah, untuk kali ini, saya berhajat berkongsi sesuatu yang pada saya sangat berharga iaitu kalimah nasihat beberapa ‘orang tua-tua’ sebelum dan selepas saya sah bergelar isteri.
Mungkin perkongsian ini dikhususkan untuk mereka yang akan memasuki alam rumahtangga tak lama lagi, insya-allah (maklumalah, lebih daripada 5 undangan walimatul urus saya terima untuk Mei dan Jun akan datang!).
Tapi, tentunya tak salah aja untuk sesiapapun mengutip manfaatnya, insya-allah. (“,) Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk saya dan kalian, wahai pembaca budiman!
Nasihat 1
“Maryam, kecantikan wajah bukanlah jaminan kebahagian dalam kehidupan rumah tangga. Santun dan kerendahan hati, serta sikap yang baik lebih bermakna daripada hanya memiliki kecantikan luaran.
Maryam, dalam rumahtangga, perlu ada kerendahan dan kelapangan hati. Kita yang memilih untuk membahagiakan hati atau mensengsarakannya.
Maryam, dalam rumahtangga, sikap ‘sentiasa ingin buat yang terbaik’ dan sikap ‘ingin membahagiakan’ harus sentiasa ada, walaupun hasilnya belum seberapa. Belum berjaya dalam mencuba TIDAK SAMA dengan tidak berjaya kerana tidak ingin mencuba.”
(Bonda tercinta 10 Nov 2010 – suatu pagi UK)
Nasihat 2
“Ukhtifillah, bersiaplah untuk mati (pulang bertemu ALLAH), kemudian bersiaplah untuk menjadi isteri.”
(Ukhti Amirah 28 Feb 2011 – nasihatnya sambil memegang erat tanganku)
Nasihat 3
“Jika kita tak bersedia untuk menghadapi PERBEZAAN, usah berfikir untuk BERPASANGAN (Berumahtangga)... Kerana hakikatnya, antara seorang lelaki, dan seorang perempuan itu, terlalu banyak perbezaannya... Maka, sabar, lapang dada dan ingat ALLAH itu kunci dalam menghadapi PERBEZAAN-PERBEZAAN itu.”
(Bonda tercinta 12 Mac 2011 – tengah hari sebelum akad)
Nasihat 4
“Perkahwinan ini hakikatnya bukanlah untuk bermain-main... seperti mana ALLAH menjadikan kita BUKANLAH untuk BERMAIN-MAIN (sila rujuk surah Al-mukminuun, ayat 115). Maka, laluilah dengan penuh SABAR. Tapi, pada makcik, tak cukup SABAR sahaja. LALUILAH dengan ILMU. Belajarlah apa yang boleh belajar.”
(Makcik Munirah 12 Mac 2011 – petang sebelum akad)
Nasihat 5
“Ini baru satu permulaan, anakku... Selamat menempuh segalanya... Belajar dan terus belajarlah!”
(Mak Long Dayang 12 Mac 2011
– beberapa minit selepas akad – bicaranya sambil memelukku dengan erat)
Nasihat 6
“Dalam berumahtangga ini, SABARlah kuncinya. Sabar dan terus bersabar! Insya-allah, Allah sesekali tak sia-siakan kamu.”
(Cikgu Rosmawar & Ustazah Aminah 13 Mac 2011 – sebelum walimatul urus)
Demikianlah antara nasihat-nasihat yang saya terima sebelum dan selepas majlis akad. Apa yang boleh saya simpulkan daripada 6 nasihat di atas ialah SABAR, ILMU dan SIKAP yang BAIK itu sangat besar impaknya kepada sebuah rumahtangga Muslim itu.
Insya-allah, akan saya sematkan nasihat-nasihat ini dalam hati dan ingatan sampai bila-bila. Sungguh, saya amat-amat menghargai setiap nasihat mereka ini. Pada saya, hadiah terbaik daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain, adalah nasihat-nasihat yang boleh menguntungkan akhirat sahabatnya. Semoga ALLAh memberkati hidup mereka yang sudi menasihati diri saya yang banyak kurangnya ini.
Oh ya, sebenarnya ada lagi nasihat-nasihat yang saya terima. Cuma yang di atas ini, adalah nasihat yang sempat saya catatkan dalam journal peribadi saya. Selebihnya, saya tak berapa ingat sangat. Oleh itu, pengajarannya, sila catat nasihat2 sahabat-sahabat pada anda! Kalau tak, begitulah jadinya... @_@
Apapun, sebagai yang masih sangat baru dalam menempuh alam yang disebut ‘penuh cabaran’ ini, saya masih amat mengalu-alukan nasihat-nasihat yang baik daripada sesiapa sahaja yang sudi menasihati diri ini. ILMU itu milik ALLAH, pengalaman itu hadiah dari ALLAH, maka, janganlah segan-segan untuk berkongsi ya! ;-)
Wallahua’lam. Wassalam wbt.
Sincere Servant a.k.a. Hanisah Hazni
Kuala Lumpur, Malaysia
Assalamualaikum Kak Maryam :) Alhamdulillah, penulisan yg sekali lagi (as always) sangat bermanfaat.. Keep sharing Ukhti..
ReplyDeletep/s: Mencari2 butang FOLLOW kat blog ini, tak jumpa.. :(
Subhanallah, sangat cepat ukhti meninggalkan jejak di sini..
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih ukhti atas sokongan dan kata-kata semangat utk akak yang sangat lemah dalam penulisan ini..
oh? butang follow? alamak.. akak ni jahil la bab2 teknikal blog ni... tak tau mcmmana nak bagi muncul kat sini... afwan ukhti! ke ukhti boleh tolong ajarkan caranya? syukran! (^^,)
Sincere Servant a.k.a. Hanisah Hazni
Kuala Lumpur
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya teringat-ringat nasihat 3 yang maryam share beberapa minit before akad..... =)
ReplyDeleteMiss you Maryam!
Salam dari kejauhan,
A.R.M.S
Subhanallah... ARMS sayang, kalau tak keberatan, saya juga hajat pada rakaman tu ya.. pesanan buat diri, kenangan bermakna buat generasi (baca: anak) mendatang, insya-allah. ^_^
ReplyDeletegambar-gambar dah Aisyah email kan.. ada dapat?
ReplyDeletevideo Aisyah tak dapat attach lagi...nanti nk try pekecik saiz lu deh...
jazakillah khairan kathira maryam...
ReplyDeletenasihat yg sgt bermanfaat..terigt juga nasihat dr umi kte..huhu..1 alam yg penuh cabaran..tp di situlah terletak kesempurnaan iman, ketenangan yg diimpikan utk meraih bkn shj syurga dunia tp syurga abadi di sana kelak..moga Allah pelihara maryam dan psgn, serta mereka yg bakal mendirikan rumh tgga..melihatkan awk, kte jd cemburu..ign juga menempuh kebahagiaan itu..tp blom tiba saat nye lg..utk itu, perlukn persiapan yg rapi..doakan diri ini..sahabat yg x putus mendoakanmu..
syg awk maryam..
MasyaAllah -
ReplyDeleteSetiap untaian nasihat yang tercetus daripada hati, pastinya akan memasuki hati umpama hembusan salju yang dingin dan mendamaikan.
Nasihat ini untuk diri ini jua. Syukran my zaujati habeebati.
BroHamzah
kata2 di blog ni sangat bermakna buat saya :')
ReplyDelete