Sunday, 22 March 2009

Andalus, Nantikan KAMI..!

Salam sahabat-sahabat yang dikasihi!

insya-allah, cuti ESTER akan datang ini, saya dan kawan-kawan MARJON seramai 8 orang akan ke ANDALUS. erm.. pernah dengar ANDALUS dan tahu tak sejarahnya? Alhamdulillah..Kelmarin merupakan hari yang bermakna buat kami berlapan. Dengan izin ALLAH, suatu Daurah (kursus) Andalus Plymouth 2009 telah di adakan di sini sempena nak perancangan kami ini. Ye la..Nak pi tempah bersejarah, mesti kena tau sejarah dia dulukan.. Jadi, alhamdulillah, dengan Izin ALLAh, penyampai yang comel dan petah, kakak A'in telah berjaya membentangkan tentang Sejarah ANDALUS denga sangat berkesan pada kami. Jadi di sini, ingin saya kongsikan sedikit sebanyak tentang ANDALUS, bumi kita yang HILANG dirampas lantaran HILANGnya IMAN dan TAQWA.

Sebelum tu, meh kita tengok Firman Allah dalam surah Al-Fatir,34 dan 35 yang bermaksud; "...tetapi ketika pemberi peringatan datang kepada mereka, tidak menambah (apa-apa) kepada mereka, bahkan mereka semakin jauh mereka dari (kebenaran). Kerana kesombongan (mereka) di bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu hanya akan menimpa diri mereka sendiri. Mereka hanyalah menunggu berlakunya ketentuan kepada orang-orang terdahulu. Maka kami tidak mendapatkan perubahan bagi ALLAH, dan tidak pula akan menemui penyimpangan bagi ketentuan ALLAh."

erm..kalau kita tengok ayat Allah ini menjelaskan bahawa, telah ditetap suatu sunnatullah (ketetapan) bahawa kalau datang peringatan untuk kembali kepada ALLAH, kemudian kita berpaling.. maka, tunggulah kehancuran yang akan datang seperti mana yang telah datang kepada kaum yang terdahulu..yang telah tinggal sejarah...

Jadi, hal yang sama lah yang terjadi kepada ANDALUSIA kita. Ketika Umat Islam hidup dengan ruh JIHAD yang berakarkan IMAN dan TAQWA, Allah telah menganugerahkan bumi ANDALUS itu pada kita, umat ISLAM melalui pembukaan yang dilaksanakan oleh panglima Islam TARIQ bin ZIYAD serta Gabenor MUSA bin NUSAI serta yang masyhur sejarah kepahlawanan dan kewarakan mereka. Selama hampir 800 tahun, Islam menguasai dan memerintah seluruh bumi HISPANIA ini dengan aman dan damai. Menurut sejarah, di Cordova sahaja, terdapat hampir beratus ribu MASJEED yang terbina dan penuh saffnya setiap kali waktu solat. Terdapat satu masjeed yang dinamakan MUZQUITTA sempena kagumnya mereka (orang asing) kepada betapa ramainya Umat ISLAM yang masuk ke MASJID setiap kali waktu solat dan kemudian keluar bertebaran di bumi COrdova setelah selesai solat untuk meneruskan kewajiban seharian..mereka kelihatan seperti nyamuk-nyamuk yang tangkas berterbangan. Seni bina bangunan dan bandar-bandar sehingga kini menjadi kekaguman manusia umumnya. Itulah ANdaLUSIA kita. Andalusia juga pernah menjadi KEM utama kepada OPERASI membuka PERANCIS. (percaya tak hampir 70 % FRANCE pernah menjadi milik kita? Ya.itulah yg tercatat dalam sejarah)


Namun, setelah generasi demi generasi berlalu. IMAN dan TAQWA kepada ALLAH semakin terhakis dari bumi ini.. Harta dan perhiasan DUNIA semakin menjadi subjek utama warga Andalus. Perebutan kuasa antara pemimpin Islam, penyelewengan harta rakyat oleh yang berkuasa dan pelbagai masalah dalaman telah membuka peluang pihak KUFFAR untuk MENAWAN dan MERAMPAS kembali bumi ini. Sehingga tanggal 1492M, apabila kunci kota Granada diserahkan kepada Raja Ferdinand kerana pemimpin Islam terpedaya dengan janji-janji palsu yang mereka tabur, maka ketika itu jatuhlah Andalus seluruhnya ke tangan mereka. dengan disaksikan oleh pemipin Islam itu sendiri, umat Islam di setiap inci ANDALUS telah dibunuh, dipenggal kepala dan dizalimi sampai mati oleh tentera KUFFAR sejurus kemasukan mereka. ANDALUS berdarah dengan darah UMAT ISLAM.. sehingga habis..tidak tinggal seorang pun lagi.. maka menangis kekesalan la si pemimpin itu..sehingga terkeluar kata-kata masyhur dari lidah ibunya yang berbunyi; "Hai Sultan, Menangislah kami seperti PEREMPUAN kerana suatu ketika dulu, kamu tidak menjaga ANDALUS seperti seorang LELAKI!"

Demikian lah sedikit sebanyak, kisah Andalus yang saya dengar, catat dan ingat. Wallahua'lam, mungkin saja ada kelemahan dan kekurangan. Namun, begitulah betapa kita boleh lihat ketetapan ALLAh bahawa "Sejarah jatuh bangunnya tamadun manusia ialah sejarah jatuh bangunnya keIMANan dan keTAQWAan."-->ini kalimat guru saya yang semakin saya fahami.. alhamdulillah.

Jadi sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, berbalik kepada diri kita sendiri.. ALLAH MAHA ADIL. sama-sama kita nak jaga HAQ- HAQ ALLAH supaya mudah-mudahan ALLAH jaga HAQ-HAQ kita.. HAQ allah ilah kita memberi ketaatan sepenuhnya pada-NYa dalam segala perkara (personal atau pulic matters).. dan Hak kita ialah Janji SYURGA serta kemengan ISLAM di muka bumi-NYA.. insya-allah.

wallahua'lam.

Anyway, doakan perjalanan pergi dan kembali kami nanti ya!

Love
-SERVANT-

2 comments:

  1. Salam ukhti..
    sedih pula tak dapat bersama ikut daurah tempoh hari..
    membaca tulisan anti ni membantu serba sedikit mengenal andalusia..
    Benarlah hanya dengan mengetahui sejarah kita akan mjadi lebih kuat dan mudah2an tidak mengulang sejarah jatuhnya Islam..
    doakan ana ye..

    p/s : org London jgn dilupai ;p

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bru ana tau ada sejarah juga di sana.. :)
    husna..tak yah sedih2 ya..kak yam dah kongsi..
    mmm..memang penting mengenali sejarah..
    sejarah itu ada kegemilangan yg perlu dicontohi dan ada benda kita perlu ambil sebagai sempadan utk terus maju bertapak2 ke hadapan ^-^ wallahu3alam..
    doakn ana juga

    ReplyDelete

Your Precious Thougths