Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Monday, 7 November 2011

Berbekallah adik-adikku... [2]

Tanpa bekalan yang cukup, kita mungkin keliru 
kerana antara warna putih bersih dan hitam legam, terdapat pelbagai lagi warna-warna indah yang bisa menarik dan mempengaruhi kita dalam kehidupan ini.




“Ehem.. bila nak sambung tulisan ‘berbekallah adik2ku’ ni...? ^^”
Mesej pendek yang ditinggalkan seorang ukhti Muslimah di inbox fb saya memang meninggalkan bekas mendalam dalam hati saya.
Afwan kathira saya ucapkan kerana memang lama tidak menulis di sini dan di mana-manapun. Atas faktor2 kelemahan diri dek kesihatan fizikal dan kesibukan tugasan praktikal tahun akhir, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti menulis sementara waktu. Namun, Alhamdulillah, kini segalanya kembali pulih seperti biasa. Jasad semakin baik dan fasa praktikal pun telah selesai. Insya-allah, doakan saya dapat kembali sabar dan istiqomah dalam meneruskan usaha berkongsi kebaikan melalui penulisan di alam maya ini.
Baik, kembali kepada perkongsian pengalaman yang ALLAH hadiahkan buat diri ini. Sebelum tu, elok juga saya ulang bahawa cara saya tangani tidak semestinya yg terbaik, apa yang tertulis di sini hanyanya ‘perkongsian’. Moga perkongsian ini ada manfaatnya dan menjadi salah satu sumber pengajaran untuk para akhowat yg sedang atau akan menghadapi suasana IPT hari ini.
Pengalaman 3 – Ujian ikhtilat
“Teet teet teet.” Bunyi mesej di handphone saya.
Apabila ditekan ‘baca’. Mesej yang hadir berbunyi,
“Selamat Hari Lahir, ukhti. Semoga ALLAH berkati umur kamu. -Akhi F-”
Pengirimnya saya kenal – AJK surau. Tanpa bertangguh, saya terus men’delete’ mesej itu. Tak ingin saya menyimpan, apalagi membalas mesej-mesej seperti itu.
**************
Teringat untuk online di ‘friendster’ (zaman tu friendster – facebook tak famous lagi). Check friend request, 10 – semuanya lelaki, ada yang sekelas, budak surau, dan ada yang memang tak dikenali. Segera saya men‘DELETE’ semuanya tanpa ragu-ragu.
**************
“Maryam, saya suka awaklah. Untung sapa dapat awak.”
Terkejut saya mendengar kata-kata salah sorang lelaki, rakan sekelas saya itu. Namun, untuk menjaga hati saya dan suasana, saya beristighfar dan mengabaikan kata-katanya itu sambil meneruskan kerja-kerja saya. Mungkin dia malu sendiri, diapun diam dan meneruskan tugasannya juga.
*****************
Ya. Itulah antara cabaran yang saya hadapi terkait manusia yang bernama ‘lelaki’ sepanjang saya di IPT. Dan, saya pasti akhowat yang sedang membaca tulisan ini juga ramai yang menghadapinya, kan? Seperti mana kita sedia maklum. Ruang ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan) di IPT tempatan lazimnya terbuka seluas-luasnya. Atas nama dan faktor yang pelbagai, seringkali soal ikhtilat ini diambil mudah oleh kebanyakan pelajar, baik yang aktif dalam gerakan dakwah islam, apalagi yang sememangnya sedang lalai.
Pada saya, sebagai seorang Muslimah yang berusaha menjaga apa yang ALLAH kehendaki, insya-allah, kita berkemampuan untuk meminimumkan pergaulan antara kita dengan para lelaki seminimum mungkin, kiranya kita berkehendak tinggi.
Sepanjang saya di IPT tempatan, peluang untuk meminimkan pergaulan dengan kaum lelaki lebih besar. Kalau dalam kelas yang ramai lagi terdapat teman-teman perempuan, apalah salahnya kita memilih untuk berkumpulan atau berbincang dengan mereka daripada sengaja membuka diri kepada rakan sekelas yang lelaki. Kalau berurusan di luar kelas untuk apa-apa faktor sekalipun, lazimkan berteman (muslimah) dan fokuskan dan ringkaskan perbualan pada urusan tersebut sahaja.
Namun begitu, cabaran ikhtilat hari ini tidak hanya di alam ‘real’, ramai juga yang tertipu tentang ikhtilat di alam maya dan alam ‘handphone’. Oleh itu, seingat saya sepanjang saya di IPT tempatan, saya mengambil pendekatan ‘DELETE’ dan TIDAK MEMBALAS semua mesej di handphone atau di alam cyber yang tidak ada kene mengena dengan ‘urusan’ yang dibenarkan syara’.
ABAIKAN. ABAIKAN semuanya yang mungkin mencemarkan hati kamu, wahai akhowat tersayang. Insya-allah, Jagalah ALLAH, ALLAH pasti menjaga kamu. Wallahualam, tindakan saya benar atau salah. Tetapi, Alhamdulillah, melalui cara itu, saya berjaya meminimumkan peluang untuk terbukanya ruang ikhtilat yang boleh dimanfaatkan oleh syaitan laknatullah.
Seingat saya, berhadapan dengan para lelaki yang kurang pendedahan pada islam dan hukum-hukumnya lebih mudah daripada mereka yang suka menggunakan nama ‘islam’. Saya paling benci kepada mereka yang menggunakan alasan-alasan ‘ISLAMIK’ untuk berhubung. Atas nama ‘UKHUWWAH’ lah, atas nama ‘KESATUAN PENGGERAK ISLAM’, atas nama ‘SYAKHSIAH ISLAM yang MESRA SEMUA’ dan apa-apa lagi, ramai yang menggadaikan prinsip asal yang ISLAM gariskan terkait IKHTILAT.
Pernah satu hari, saya dimarah oleh seorang ‘penggerak surau’ yang sering menggunakan istilah-istilah tersebut untuk ber’ikhtilat’. Note: lelaki.
“Eh, Maryam. Apasal awak ni sombong sangat ya? Awak ingat, awak bawa ISLAM dengan macam tu?” katanya dengan nada yang begitu tegas dan kuat.
“Maaf, sombong? Saya sombong dengan siapa ya? Ada saya sombong dengan awak (teman Muslimah)?” saya buat-buat bertanya pada teman Muslimah di sebelah saya, malas nak melayan si lelaki yang bertanya.
Teman muslimah saya menggelengkan kepala. “Tak. Awak tak sombong pun.” Jawab dia ringkas sambil tersenyum melihat gelagat lelaki itu.
Melihat respon si lelaki yang ‘blurr’, saya pun menambah. “Oh, maksud awak saya sombong dengan awak ke? Saya tak sombong dengan awak. Tapi, maaf saya memang tak boleh mesra dengan awak. Bukan awak saja. Awak dan kawan-kawan awak.”
“Kenapa pulak? Saya kan saudara Muslim awak?”
“Ya. Awak saudara Muslim saya. Saya tunaikan hak awak. Saya tidak mengeji awak, saya tidak mencerca awak dan saya tidak buat apa-apa pada awak. Itu tanda saya hormat awak sebagai saudara Muslim. Tapi, untuk ‘mesra’ seperti saya mesra dengan teman-teman Muslimah saya. Maaf. Setahu saya, itu bukan yang islam ajar.”
Dia terdiam. Tetapi, berwajah tidak puas hati.
“Maaf. Saya pergi dulu. Oh ya, pada saya, ‘Yang Baik adalah apa yang syara’ kata Baik. Dan Yang Buruk adalah apa yang Syara’ kata buruk.’ Jadi, saya mohon maaf kalau pada awak cara saya ini tidak baik. Tapi, pada saya, saya hanya mengikut syara’. Terima kasih.”
“Eh, kejap. Syara’ tu apa?” tanya dia.
Saya dan teman muslimah saling berpandangan. Fahamlah kami bahawa si lelaki tersebut masih banyak belum tahu, tetapi sering menggunakan istilah-istilah ‘islamik’ untuk menghalalkan pergaulan sehariannya. Malas untuk membuka ruang diskusi yang lebih panjang, saya dan teman terus saja meninggalkan dia dengan persoalannya.
Pengalaman 4 – Turun naiknya akedamik
Sepanjang di bangku sekolah, saya ialah seorang pelajar yang agak ‘exam-oriented’. Saya akan buat apa sahaja untuk mendapatkan ‘A’ dalam kesemua mata pelajaran saya untuk setiap kali peperiksaan. Oleh itu, kebiasaannya, saya berada di kalangan pelajar ‘top scorer’ dalam mana-mana mata pelajaran daripada sekolah rendah sehinggalah habis SPM.
Namun, masuk ke alam IPT, segalanya berubah. Sepanjang saya di fasa persediaan, seringkali saya menangis apabila mendapat keputusan. Usahkan A, untuk mendapat B dan C pun pada saya sangatlah susah. Ya, mungkin kerana bidang yang saya ceburi ini menuntut suatu standard pemikian yang saya tidak pernah capai ketika di zaman sekolah. Subhanallah.. awalnya, sungguh saya berasa amat-amat susah.
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, tatkala teringatkan niat asal saya mengambil bidang TESL ini, saya jadi bersemangat kembali. NIat saya cuma satu – membantu para pelajar saya menjadikan English Language sebagai jalan mendekatkan diri mereka dengan ALLAH dan mengajak manusia kepada-Nya. Dengan itu, saya jadi bersemangat kembali untuk buat yang terbaik. Bersemangat untuk mencari jalan ; menguasai ilmu ini. Insya-allah, saya yakin, jika permulaan kita adalah permulaan yang benar, insya-allah ALLAH SWT sentiasa bersama kita.
Selain itu, nasihat bondalah yang sering menjadi api pembakar semangat dan kesungguhan untuk buat yang terbaik. Bonda tak pernah jemu untuk memujuk saya untuk terus bersabar dalam menuntut ilmu. Bonda selalu memperingatkan tentang kepentingan ‘sikap’ saya dengan ilmu itu sendiri, berbanding dnegan ‘markah’ yang saya peroleh. Ya. Sikap. Itu kuncinya. Insya-allah, kiranya sikap kita benar, lambat laun, kita akan meningkat juga, insya-allah. Sikap tak suka bertangguh, sikap buat sehabis baik, sikap merendah diri, sikap berkongsi ilmu, sikap suka bertanya semua itu amat penting kepada kita sebagai seorang pelajar. Dan hal inilah yang saya pelajari sepanjang mendaki tangga akedamik ini.
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH. Allah memberi saya peluang untuk merasai peningkatan dalam bidang akedamik saya, terutama sepanjang saya di luar negara. Benarlah, ‘A’ atau markah yang tinggi itu tidaklah susah mana untuk kita capai walaubagaimana susahpun bidang kita, selagi mana kita tidak pernah berputus asa dengan rahmat kasih sayang ALLAH swt serta tidak jemu berusaha yang terbaik.
Oh ya, paling menarik terkait dengan akedamik. Dengan izin ALLAH, walaupun saya ini awalnya boleh dikatakan termasuk dalam golongan ‘low scorer’, saya agak pelik apabila mereka yang ‘top scorer’ selalu datang berjumpa saya untuk meminta nasihat. Apabila saya tanyakan hal ini kepada mereka, kebanyakan mereka berkata,
“Saya perlukan motivasi yang ada pada awak.”
Atau
“Saya hairan. Saya dapat markah tinggi, tapi saya resah, tak tenang. Bagaimana mahu jadi setenang awak?”
Apabila saya muhasabah. Saya sedar, bukanlah saya punya apa-apa yang boleh mereka ambil daripada saya. Tetapi, yang mungkin saya ada, sedangkan mereka masih mecari ialah HUBUNGAN DENGAN ALLAH swt. Tarbiyah Imaniyah yang saya lalui sepanjang hidup saya mengajar saya CUKUPLAH HANYA ALLAH tempat saya bergantung, CUKUPLAH ALLAH tempat saya mengadu dan CUKUPLAH HANYA ALLAH tempat saya memohon pertolongan.
Oleh itu, pada saya, mungkin kesan tarbiyah imaniyah itulah yang menghasilkan tamayyuz antara saya dan mereka dalam berhadapan dengan masalah-masalah hidup terutama dalam bidang akedamik. Ya, percayalah akhowat muslimah, kewujudan hubungan terus dengan ALLAH SWT dalam hati kita dalam semua keadaan benar-benar memberi kita ketenangan hati yang menjadi sumber motivasi tertinggi dalam berhadapan dengan apa sahaja cabaran hidup, termasuk cabaran akedamik. Seperti sabda Rasul s.a.w, mafhumnya;
"Sungguh ajaib pada urusan orang mukmin. Sekiranya dia berhadapan dengan kesenangan, dia bersyukur, dan sekiranya dia berhadapan dengan kesukaran, dia bersabar. Sungguh hal ini tidak mungkin terdapat pada orang lain selain daripada seorang mukmin." 
Kesimpulan
Demikianlah antara cabaran-cabaran yang saya tempuhi sepanjang saya bergelar pelajar IPT. Jujurnya kebanyakan cabaran ini adalah berdasarkan pengalaman saya belajar di dalam negara. Moga perkongsian pengalaman di atas membantu adik-adik beroleh sedikit sebanyak gambaran realiti di IPT serta bentuk-bentuk bekalan dan tindakan yang mungkin boleh diambil dalam menangani cabaran-cabaran yang sedang adik-adik lalui ketika ini.
Ingatlah adik-adik Muslimah yang dikasihi kerana ALLAH, kita ini hidup untuk diuji seperti mana firman ALLAH swt dalam surah Al-Mulk, ayat 1 dan 2:
“Maha suci ALLAH yang menguasai (segala) kerajaan, dan DIA Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Yang menciptkan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa yang terbaik amalannya. Dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
Dan pokok kepada persiapan menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup ini adalah dengan berbekal.Dan ketahuilah, tidak ada bekalan yang lebih baik selain IMAN dan TAQWA kepada ALLAH swt.
“... Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal”. (Al-Baqarah: 197)
Nak tahu lanjut tentang TAQWA?
Boleh cari Kitab ‘menuju ketaqwaan’ tulisan Dr. Abdullah Nasih Ulwan.
atau sedikit perkongsian di sini
Maka, ayuh sama-sama kita persiapkan bekalan TAQWA untuk melalui ujian citrawarna kehidupan ini.
Sekian, maaf atas segala kekurangan dan kelemahan. Moga ALLAH redha dengan perkongsian ini.
Wallahua’lam.




Sincere Servant,
Sungai Kechil, Nibong Tebal


p/s: syukran zauji habeebi kerana tak jemu-jemu memberi sokongan dan bantuan untuk saya terus sabar dalam medan penulisan online ini. Moga allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya buatmu lebih-lebih lagi daripada kasih sayang yang dikau curahkan buatku.  

Thursday, 2 June 2011

Berbekallah, adik-adikku... [1]

Kehidupan dunia IPT yang penuh CITRAWARNA yang tersendiri.


“Assalamua’laikum akak. Alhamdulillah, saya dapat IPG. Doakan saya.”

“Salam akak. Alhamdulillah, saya dapat asasi UiTM.”

“Salam kak. Saya akan ke KTD, insya-allah.”

Satu demi satu mesej daripada beberapa adik-adik lepasan SPM yang saya kenal masuk ke telefon bimbit. Semua mereka berkongsi keputusan dan tawaran IPT yang mereka peroleh. Nada mereka gembira – mungkin mereka dapat apa yang hajati. Alhamdulillah.

Sebagai seorang kakak, tentu saja saya tumpang gembira melihat mereka gembira. Namun begitu, jauh di sudut hati, saya tetap berasa bimbang. Bimbang mengenangkan bagaimanakah adik-adik ini nanti tatkala berhadapan dengan pelbagai cabaran di alam baru? Alam IPT yang mana disebut oleh Sheikh Imam Maududi sebagai ‘tempat penyembelihan iman-iman para pemuda Islam’ – sungguh ‘horror’ bunyinya kan?

Sambil membaca mesej-mesej mereka, tanpa di sangka, pengalaman-pengalaman peribadi sepanjang di IPTpun muncul di benak fikiran - berputar laju kisa suka, duka, pahit dan manis yang saya pernah lalui. Masya-allah. Sungguh, sememangnya saya perlu akui, kalau bukan kerana rahmat ALLAh, pasti saya sudah lama larut seperti kebanyakan manusia lain. Segala puji bagi ALLAH yang menyelematkan saya daripada fitnah yang melata.

Maka, di sini ingin saya nukilkan di sini beberapa cabaran yang paling ketara saya hadapi sepanjang belajar di alam IPT, khususnya IPT dalam Negara (note: menurut pengalaman saya, belajar dalam Negara lebih mencabar daripada luar Negara). Mudah-mudahan, ada manfaatnya kepada para pembaca, khususnya adik-adik yang sedang bersiap untuk masuk ke IPT pilihan masing-masing.

Pengalaman 1 – disuruh menari didepan khalayak

Menari? Saya disuruh menari di atas pentas, dan disaksikan oleh ramai orang??

Oh, itulah pengalaman yang paling tak dapat saya lupakan.

Cuba teka menari dengan lagu apa?

Asmaradana!

Memang pengalaman yang menyakitkan.

Walaupun, Alhamdulillah, saya berjaya ‘escape’ daripada arahan ‘jijik’ itu. Tapi, saya akui, silap saya kerana ‘tertipu’ dengan ‘garang-garang’ para fasilitator. Memang saya tak menari, tapi saya kene jadi MC untuk malam penuh ‘jahiliyyah’ itu! Sungguh, tidaklah saya harapkan melainkan pengampunan daripada ALLAh atas kelemahan saya ketika itu.

Maklumlah, peristiwa itu berlaku di akhir minggu orentasi. Seminggu pertama minggu orentasi, tentu saja ramai yang masih ‘blurr’ dengan suasana baru – dan itu termasuk saya. Apabila arahan itu diberi oleh kakak dan abang fasilitator dengan nada ‘tegas’, ‘mengancam’ dan ‘mengejek’, maka ramailah yang ‘blurr’ ini tewas dan hanya mengikut arahan.

Walaupun saya terpaksa berada dalam majlis itu, tapi, Alhamdulillah, saya memang tidak menjadi MC yang baik – bahkan kata kakak-kakak saya telah merosakkan majlis dengan ‘kelesuan’ suara dan ayat-ayat saya sepanjang mempengerusi ‘cultural night’ itu.

Tapi, yang paling saya sedih ketika itu adalah apabila melihat orang-orang yang awalnya ‘menentang’, akhirnya hanyut sekali dengan majlis tari menari itu. Seronok katanya – ya lah, ramai yang baru sedar diri ‘berbakat’ menari! *_*

Bagaimana sepatutnya saya bertindak?

Hari ini, bila saya fikir-fikirkan kembali, saya terfikir, sepatutnya saya tinggalkan aja majlis itu. Tidak ada guna lansung pada saya – bahkan mengotorkan hati saya saja. Boleh aja saya lari ke tandas ke.. ke mana-mana ke... dan kemudian menghilang diri terus. Orang berimankan sepatutnya cerdik.

Sungguh, saya sepatutnya saya tak perlu takut dengan ancaman-ancaman orang-orang itu. Siapa mereka untuk mengancam kita? Saya sedari hal ini setelah saya tahu bahawa arahan ‘tarian’ itu bukanlah disetuju oleh semua pihak – hanya pihak-pihak tertentu yang tidaklah berpengaruh sangat di institut ini.

Pengajarannya?

Jangan takut dengan gertakan-gertakan kecil orang-orang yang hatinya ‘lalai’ itu. Marah mereka tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan MURKA ALLAH swt.

Hikmah peristiwa itu ialah, saya semakin berawas dengan saluran arahan. Bahkan, saya cuba sedaya upaya supaya berusaha untuk mengubah ‘keadaan’ itu. Program-program orentasi akan datang (sepanjang saya ada), saya cuba pastikan (mengikut kemampuan saya) slot itu dimansuhkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk dunia dan akhirat para pelajar. Dan, Alhamdulillah, 2 tahun selepas itu, kelab tarian (penganjur slot tersebut) di tempat saya belajar dimansuhkan atas ketidakwujudnya komitmen daripada pelajar-pelajar, baik daripada senior, mahupun junior.

Pengalaman 2 – teman serumah daripada pelbagai latar belakang

Boleh bayangkan setiap hari mendengar (atau lebih tepat ‘terdengar’) gossip, umpatan dan ejekan baru terhadap orang sekeliling, baik lelaki mahupun perempuan?

Boleh bayangkan setiap hari dihidangkan dengan pelbagai jenis music sekuat-kuatnya dirumah setiap hari atas alasan ‘for fun’ dan ‘happening’?

Boleh bayangkan setiap hari topik perbincangan di rumah hanyalah terkait ‘celebs’, movies, dan boyfriends?

Dan, akhir sekali, boleh bayangkan juga apabila setiap hari pakaian teman-teman di rumah semuanya melebihi batasan aurat sesama wanita atas alasan ‘suka hati akulah’?

Subhanallah, pada saya (ketika itu), memang mencabar dan tercabar.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang hajat pada Islam. Saya disekolahkan di sekolah yang hajat membina pemudi-pemudi yang bermanfaat pada Islam. Tentu saja anda boleh bayangkan bagaimana suasana latar-belakang hidup saya sebelum ke IPT, bukan?

Namun, takdir ALLAH telah menetapkan untuk saya keluar daripada kepompong ‘indah’ itu, sejurus saya masuk ke alam IPT. Takdir ALLAH telah menetapkan untuk saya belajar berhadapan dengan pelbagai karenah manusia di alam realiti, yang menjadi mangsa kepada didikan sistem yang tidak berpaksikan Tauhid kepada ALLAH swt. Takdir ALLAH telah menetapkan saya untuk bersama dengan manusia-manusia yang luar imiginasi saya sebagai ‘housemate’ saya. Alhamdulillah, pengalaman yang sangat-sangat mendidik.

Maka, bagaimana saya menghadapinya?

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAh yang memberi saya kekuatan. Tanpa rahmat kasihNya, pasti saya telah lama tewas dengan nafsu. Pesanan murabbi dan murabbiyah dijadikan panduan dalam berhadapan dengan teman-teman baru ini. Kata murabbi;

“Jangan marah, itu nafsu. Jangan benci, itu nafsu. Tapi, marah dan benci kepada sistem yang mencorakkan mereka, bukan pada mereka. Mereka adalah mangsa. Mungkin awak adalah orang pertama yang masih cintakan Islam yang mereka baru kenal selama mereka hidup. Mungkin awak adalah orang yang pertama yang masih ingin mempertahankan sahsiah Islam yang baru mereka temui selama ini.”

“Bersabar dan berbuat baiklah yang mana mampu. Ingat bagaimana dakwah baginda Rasulullah s.a.w. kepada masyarakat Arab yang lebih dasyat ketika itu. Kasih sayang – itu kuncinya. Santuni semua teman-temanmu kerana ALLAH dan dalam masa yang sama, carilah hati-hati yang masih berhajat kepada Islam di celah-celah pekatnya suasana jahiliyah itu. Insya-allah, kamu akan memperoleh pengalaman paling berharga dalam hidup!”

Usah dikatakan berapa ‘gelen’ air mata yang ditumpahkan untuk belajar bersabar dan belajar berkasih sayang dengan teman-teman baru. Ya, kita ada ‘hak’ untuk memperoleh suasana yang ‘kondusif’, tapi bagaimana kita meminta ‘hak’ kita dengan hikmah dan penuh cinta, tanpa melukai mana-mana individu. Ya, kita IZZAH dengan ISLAM anugerah ALLAH buat kita, tapi bagaimana kita menterjemahan ISLAM itu mengikut SUNNAH Rasul yang penuh Indah dan Hikmah itu, agar sampai ke hati-hati mereka dengan izinNya.

Lantas, hampir pekak telinga saya kerana sentiasa menyumbat ‘earphone’ dendangan AL-Quran dengan volume maximum untuk ‘counter’ situasi-situasi di atas. Sedaya upaya saya lazimkan senyuman, mengambil berat hal-hal umum seperti kesihatan, makan dan study mereka dan mendahulukan pandangan dan kesukaan mereka dalam perkara-perkara yang tidak melanggaar syara’. Harapan saya ketika itu hanyalah satu - membina jambatan hati, mudah-mudah risalah CINTA-NYA beroleh ruang untuk disebarkan.

Berkesankah ‘approach’ begitu?

Walaupun saya tidak lihat ‘natijah’ usaha ini dalam tempoh setahun dua. Namun begitu, Alhamdulillah, tiga empat tahun selepas itu, kesannya kelihatan semakin jelas. Biarpun saya telah berpindah rumah, biarpun saya tidak lagi bersama mereka, hubungan hati dan kasih sayang antara kami tetap mekar. Dan, tentunya, lebih menggembirakan lagi, beberapa daripada mereka hari ini menjadi teman dakwah saya. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, Rabb dan ILLAH yang MAHA HEBAT.

Pengajarannya?

Memetik sepotonh kata hikmah yang sering memberi inspirasi pada diri;

‘Orang-orang beriman merindukan suasana iman dan ukhuwwah, maka mereka berusaha membinanya.’

Tak semestinya dengan hujjah yang berapi-api, anda bisa memenangi hati-hati manusia. Kadangkala, hanya berbekal hati yang sarat CINTA, ditambah pula sedikit ILMU dan KEPERIBADIAN ISLAM yang SYUMUL, anda mampu menghidupkan suasana dakwah di tempat anda... insya-allah... PERCAYALAH!


*****************************************************************

[insya-allah... akan bersambung dengan Pengalaman 3 dan Pengalaman 4]

Monday, 22 March 2010

Cerita tentang dia 6 [Khabar yang dinantikan]

Sambungan Cerita tentang dia 1, 2, 3 4 dan 5 [Sile bace 5 posts sebelum ini untuk mendapat maklumat awal cerita ini]

kepada yang telah membaca.. teruskan... semoga bermanfaat....

*************************

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lg Maha Pengasih.

Semoga setiap kita sentiasa dalam rahmat kasih dan perlindungan ALLAh swt...

Pepatah melayu kate, ‘Penantian itu satu penyiksaan...’

Saya kate, ‘Siksa tak nak tunggu saya update blog or cerita ni???’ (“,)

Huhuhu.... mohon maaf.. kerana mengambil masa 2 minggu untuk meneruskan perkongsian cerita ini. Alhamdulillah, baru selesai beberapa perkara-perkara penting... dan Alhamdulillah, baru diberi kesempatan untuk meneruskan sharing cerita ini.. i-allah...

Selamat membaca! Semoga bermanfaat...!

****************************

Masa berlalu pergi pantas sekali. Tempoh masa kursus Karla telah tamat. Karla tidak lagi tinggal bersama kami di Beit Nurul Jannah, dan Karla telah berpindah ke rumah Abdullah. Rumah Abdullah? Ya, rumah budak lelaki Afghanistan itu. Walaupun tak ingin bersangka, tapi jauh di sudut hati saya, saya amat sedih setelah mengetahui berita itu. Mana taknya, masih teringat-ingat saya akan perbualan kami yang lepas. Apakah Karla akan melonggarkan prinsipnya? Apakah Abdullah ini benar-benar serius dengan Karla? Astaghfirullah...

Saya mohon perlindungan Allah dari bisikan syaitan yang direjam untuk diri saya dan diri mereka. Saya tak tahu mengapa, hati saya amat kasihkan mereka. Meskipun mereka tak punya apa-apa kaitan darah dengan saya, DIa MAHA TAHU, amat kuat sekali perasaan saya untuk mendoakan mereka diberi-Nya Hidayah serta dijauhkan dari azab siksa-Nya yang amat pedih. Ya ALLAH, berkatilah perasaan ini.. yang aku sendiri tak tahu mengapa aku begini..

********************

Suatu malam, sedang saya menghadap laptop untuk menguruskan beberapa hal secara online, pintu bilik saya diketuk. Tanpa menyangka siapa-siapa, sayapun menyuruh hamba Allah itu masuk;

‘Yes, please come in.. pintu tak kunci...’

Tiba-tiba, ‘Maryam, are you in?’

Aku teruja. Itu suara Karla. Lekas-lekas aku membuka pintu.

‘Oh yes... yes.. dear... How are you, Karla..? Como estes? (Bahasa Spanish yang diajarnya)’

‘Oh.. great... Bien.. bien, gracias...’ katanya sambil tersenyum tawa.

‘Oh.. Maryam, I’m going tomorrow..’ nada suaranya berubah sayu, tapi seakan dia tak mahu menunjukkan rasa sedihnya.

‘Mm...Do you have my little bag?’

‘Oh yes.. here you are..’ Saya menghulurkan bagnya yang tertinggal tempoh hari.

Smbil membalas pandangan sayunya saya berkata, ‘Erm.. Karla... are in rush now?’

‘No.. I come here to see you.. Yea.. the guys are preparing dinner for me...but, I’m not in rush..’

‘Oh, great.. Would you like to come in?’

‘Oh.. I love to.. thanks Maryam.’

Karla pun masuk dan seperti sebelum ini, kami akan duduk di atas katil dan bersedia untuk saling berkongsi dan saling mendengar. Dalam hati saya, saya tidak punya apa-apa ‘expectation’ tentang apa yang ingin Karla kongsikan kali ini. Tapi saya bersyukur.. Karla sudi bersembang lagi sebelum dia berangkat pergi.

‘How’s your day recently? The time seems so fast.... I haven’t met you for some times, and now.. you are going back already...’

Karla tersenyum. ‘Yea.. it seems like last night you treat us with the prawn soup and the yummy omelette..’

‘Aha....the spicy soup...? And, Fernanda was terribly suffered for it...’

‘Ha ha ha ha.. yea.... she did... but, the omelette was delicious...’

‘Thanks, Karla.. Yea.. I’ll be missing you..’

‘Oh.. me indeed... Maryam.. thanks for being so kind to me..’

Saya tersenyum. ‘I did nothing to you, dear.. You are being so kind to yourself and others... Many people loves you.. and May God bless you..’

‘You know... despites all the fun I had last week... most of the time.. I could’t stop thinking what you’ve told me before. You know.. about the God.. and everything.. Especially last night... and I told myself, I’ve to see you tonight.. I’ve got to know more... at least a little bit more...’

Aku terkesima dan segera beristighfar... Subhanallah.. tak sangka dia masih kuat untuk meneruskan pencariannya.. Alhamdulillah..

‘You know.. Abdullah.. last night we had a long talk about religion. I din know how we suddenly came into it... but I think it was because.. you know.. he was still trying to beg me again for *** again... as usual... and I kept ignoring him and telling him what I told you before... If he is my legal husband, then no problem.. but he is not... yet, I’m not going to think about marriage till I understand myself.. and of course.. like I told you.. nothing allow me to understand myself until I have a firm belief on religion or on a way of life...’

Subhanallah, Alhamdulillah. Segera saya kerapkan tasbih dan tahmid apabila mendengar bicara Karla. Dia benar-benar berpegang teguh pada prinsipnya itu. Semoga Allah menunjukinya ke jalan yang benar... ‘Ya ALLAH... tunjukkanlah kami ke jalan-Mu yang lurus.. Jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukat jalan orang-orang yang Engkau murka..dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat...’ doa saya dalam hati..

‘Then, last night, when he tried asking me again... you know what I said to him...?’

Saya mengangkat kening dan menggeleng-gelengkan kepala.

‘Abdullah, aren’t you a Muslim? Aren’t you supposed not to do such thing? Aren’t you afraid of God? Aren’t you supposed to protect yourself from the hellfire?’

‘Subhanallah... You said such thing??’

‘Yea.. I did.... and he was like so fascinated.. and he turned quite and said nothing at all.’ Karla berkata sambil tersenyum, mungkin me’reflect’ kejadian malam itu.

‘Karla....masya-allah.. masya-allah... May God Bless you... But.. how.. how you know those things... Subhanallah... Karla... did I miss anything before...???’

‘Oh.. it’s actually... well... you know.. the Quran verse you gave to me... I did show to him.. and.. I think... that’s made us talk about Islam and other religion lots more.. I did share about what you say to Abdullah... and, yea... he told me the same.. Yet.. He elaborated more... Hmm... but.. I don;t know... whether I should believe him or not.... you know him right... I rather listen to you than him.. cause I don’t want to be bluffed... hihihi...’ katanya dengan nada berjenaka.

‘Oh... Alhamdulillah.. Thank God.. the verse... Oh... you can share with me what he told then... may be I can tell you whether it’s absolutely accurate or not...’ sambil tersenyum, aku pun membalas jenaka Karla, tanda setuju dengan pendapatnya yang si pakcik Afghanistan sorang ni... memeningkan kepala kami...

‘lot’s of things we talk about.. but, I like when he said.. you know.. like you said... which I can say that I hardly found people in other religion will say as such.... Abdullah told me that... He loves Islam... and he proud to be a muslim.... although he knew he is not a good one.. but... He said.. if he was given choices to choose other religion.. no doubt... he will still want to choose Islam...’

‘when i asked why... he told me that... Islam is not just a religion.. it’s a way of life... it encompasses everything... and... I love when he told me the same thing as you told me... about the nature of God which is so simple and so convincing as compared to other religion... he said that he agreed what you told me... cause... he also said.. the ONENESS of GOD in ISLAM made his heart become peaceful. It’s just so simple.. The GOD is one.. HE knows everything and wants the best for everyone.. HE wants no harm to humanity.. HE is the most Just.... although Abdullah said to me.. he is not a good muslim.. but he loves ISLAM very much...’

‘Subhanallah.. bagus juga pakcik Abdullah sorang ni....’detik hatiku.

‘He also did tell me about few things Muslims did as their thankfulness to the GOD for HIS BLESSINGS and GIFTS... they pray... yea.. he told me that he left the prayers so long time ago.. but, he knows.. praying has so much wonders in it... he said.. it’s because he is here... in this country.. he has changed so much... he left what he did in his country... you know Maryam... he said he behave differently in his country...’

Aku tersenyum dan membalas dengan nada jenaka ‘aha... some more excuses...don’t you think so...? God is not only in Afghanistan... God sees him at everywhere.. judge him in any where... ’

‘Yea.. absolutely.. and I told him about you and your friends... I said that... how come... Maryam and her friends can still keep praying??? They are just like you... living in this country... studying almost the same thing.... Teaching English... and, yea.. he said.. oh yes.. ‘I am just so lazy... to wake up in the morning and do the praying.. it was so that and so this....’ you know how he is, don’t you....???’ katanya sambil tertawa.

Aku juga turut tertawa... ada juga bisikan hatiku berbunyi, ‘memang betul punye betul la pakcik Abdullah sorang ni... bila la nak insaf...’ tapi ada juga berbunyi, ‘Astaghfirullah.. Maryam... patutnya kamu bersyukur.. Allah masih perlihara kamu... banyakkan istighfar dan merendah diri... bukannya rasa best atau bangga bila orang cakap macam tu...’


Ya Allah... itulah.. lemah betul diri ini... Alhamdulillah.. DIA masih izinkan imanku berbicara menyedarkan aku.

Tiba-tiba Karla memegang tanganku.. dan berkata...

‘You know Maryam.. I think.. My heart has been opened to what you BELIEVE... Islam.... cause.. everything in your religion just make sense to me.. I love to study more.. and learn more.... and, Maryam... thanks... you are a part of this.... ’

Masya-allah.. terpana aku mendengar katanya.. Cepat-cepatku aku kerapkan lagi istighfar, tasbih dan tahmidku.. SUngguh.. Inilah berita gembira yang sangat saya nanti-nantikan.. Segala puji bagi ALLAH.. Maha Suci ALLAh.. Tidak aku berbuat apa-apa melainkan segala-galanya dari ENGKAU... ENGKAU MAHA MEMILIH SIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI.. dan ENGKAU MAHA TAHU, siapa yang MAHU mencari-MU...

‘Me? Karla.. I did nothing... you are just a special person.. that HE gave me the precious chance to meet and to know... I’ll be missing you very much after this... believe me..’

‘Maryam, you know what Abdullah told me about your dressing? I love it.. but I don’t know whether it’s true or not...’

‘Aha.. what is it?’ Kataku sambil tersenyum.

‘He said that... Islam views Muslim ladies as high as it can.. that’s the reason.. GOD asks Muslim ladies to cover themselves in order to preserve their dignity and purity.. Abdullah said.. it’s like an apple... if you take off the skin... the apples will get rotten so easily... the fruit will turn black and no one will like to eat it.. as compared to the apple with nice skin... it looks fresher and more delicious.... that’s how Islam wants Muslim ladies to be.. well-protected.... well-preserved... as they supposed to be....


‘Oh.. gosh.. what a wonderful analogy he gave to you.. He was so brilliant..’

‘Yea... I love it... you know.. I love it very much... it just make sense you know.. and.. Maryam.. I want you to know that... it’ll be no surprise... if you find me one day... looking just like you... katanya sambil memandang tepat mata saya dengan wajah tersenyum penuh makna.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Tak putus-putus saya bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Tak tergambar perasaan saya ketika itu. Saya hanya mampu membalas senyumannya dan berkata;

‘I love you, Karla. May the Lord of the earth and heaven guides us to HIS true way...’

‘Oh, Maryam.. you know that... Abdullah did ask me the same question like you asked me before.. what’s my view about God.. and.. I kind of trying to say what I said to you.. you know.. like.. I believe in a POWER... but I don’t really know who or what is it.. then... you know.... Abdullah hushed me off... he said, ‘shhhhh.... shhhhh.... Karla... say nothing from your mouth... but listen carefully to you heart....’ you actually believe.... believe in HIM... believe in HIS presence.... there is no other POWER but that is actually the GOD... the LORD of the WORLD... the Creator of heaven and the EARTH...’ I was like.. oh Gosh... his words really touched me.... and yea.. I know now.. actually.. I believe in GOD...kata Karla penuh nada keriangan dan kepuasan.

‘Now.. I just need to keep on reading.. and learning... about HIM.. and I think... I want to know more about the GOD in ISLAM... I don’t know... EVERYTHING in ISLAM just made sense to me... what you told, what Hilal told and what Abdullah told me about ISLAM... are all the same.. and are all made sense.... what a unique...!!!! I never experience such thing with other people in other religions.... All of you are proud to say that you are embracing a Belief because you choose to do so...not because your family or force or traditions..... I even talked to A**** (nama pelajar lelaki MA dari Chile)... why we never knew about this religion in CHILE... and you know.. both of us are interested to know and learn more about this.. ’

Alhamdulilah. Tak terkata apa saya, melainkan.. terus memanjantkan segala puja dan pujian kepada yang selayaknya... Cuma, sebagai sedikit usaha lagi.. saya...

‘Karla.. I LOVE you SO MUCHHH...!!!!!’

‘Karla... I wanna give you a book...I think it helps you to learn more.. to understand more about the belief in ISLAM... though it’s not my book... it’s Ummu’s... but I believe.. she’ll be more that happy if she knows that I’ve given it to you.... would you like to have it??’ kataku sambil menghulurkan buku NEVER PLEAD IGNORANCE oleh Harun Yahya.

‘OH... GOSHHH!! I love it.. love it very much... this is the book you showed me before, don’t you.. believe me.. believe me.. I will read it all along my journey to Preston... thank you.. thank you, Maryam... You are such a great person...’

‘And, Karla... I have few links to show you... you know that you’ll get lots and lots of info about ISLAM in the internet? Last two days... I even discovered a good website about ISLAM in Spanish language.. such a wonderful one! I’ll show you...’

Ya, tiga hari lepas.. Allah ketemukan saya dengan website ini, dan hati saya amat-amat teringatkan Karla. Moga-moga, website ini sedikit sebanyak membantu dia untuk terus belajar dan faham tentang DEEN-NYA ini, dan mana tahu... satu hari... benar-benar.. dia terpilih menjadi saudara Muslimah saya.. insya-allah..

‘Aha.. that’s great.. that’s great.... I would love to see it.. can I?’

‘Of course..’ Segera saya membuka link website tersebut.

‘Oh, great.. great... I love this link.. oh, gosh... it’s in Spanish.... look, look.. ******** (Karla bercakap dalam bahasa Spanish)... oh great..’

‘This man is an Argentinean... he has become Muslims... i can show you the link... but, Karla.. I want to show you a short and interesting video... an Australian become a Muslim.. HIS name is Ruben.. Abu Bakr... would you like to see it now? Cause... you might be hard to find time to watch it when you are in Preston....’

‘Oh great.. yes..please.. I would love to do so...’

Sayapun membuka link You Tube tersebut. Karlapun duduk di kerusi saya dan bersedia untuk menonton video selama 14 minit 21 saat itu.



[terpaksa disambung lagi kerana post kelihatan terlalu panjang, insya-allah, kali ni, sambungan akan dilakukan sesegera mungkin]




Sunday, 7 March 2010

Cerita tentang dia 5 [Bapa kepada anak-anak kita]

Sambungan Cerita tentang dia 1, 2, 3 dan 4 [Sile bace 4 posts sebelum ini untuk mendapat maklumat awal cerita ini]

Kepada yang telah membaca..

Pertama, harus saya ingatkan kepada semua, cerita ini cerita benar.. bukan cerita rekaan. Jadi, apa yang tulis di sini adalah usaha kecil saya bersama dengan kekuatan dari ALLAH swt dan kelemahan dan kekurangan saya untuk menceritakan setepat mungkin seperti apa yang berlaku. Insya-allah. Selain itu, mohon pembaca bersabar untuk menanti ‘sambungannya’.. Ya la.. Andai rekaan, boleh saja saya cipta ‘ending’nya sendiri.. insya-allah.. tapi, apabila cerita benar.. hanya kepada-Nya kita serahkan pengakhirannya.. ye tak? (‘’,)

Anyway... Alhamdulillah, sambungannya begini...

************

Masa berlalu. Tinggal beberapa hari lagi Karla akan pulang. Tak dinafikan, setiap hari yang berlalu, hati saya tertanya-tanya, apa perkembangan dia.. Apakah dia telah lupa dan tewas pada ‘nafsu’ yang memang sahaja sentiasa menghalang manusia dari dekat dengan kebenaran? Apakah apa yang sampaikan tempoh hari tidak cukup untuk ‘membantu’ dia ‘berfikir’?

Untuk mengelakkan daripada encik syaitan mengambil kesempatan pada pemikiran saya, saya perbanyakkan istighfar dan munajat. Benar, murabbi / pendidik saya selalu berpesan, ‘Jika ada yang tak kena dalam kerja-kerja kita, segera kembali kepada DIA.. Hanya Dia tempat kita bergantung..

Oh ya, saya lupa. Saya nak kongsi satu dialog lagi yang terlalu banyak yang sya belajar darinya. Basically, bersangka baiklah. Jika ragu-ragu, ‘clarify’ / bertanyalah. Hal ini sangat memberi kesan kepada mereka yang kita ‘seru’, insya-allah. Silap-silap, kita akan mendapat jawapan luar jangkaan kita.. insya-allah...

Begini kaitannya...

Sejak ada Karla, kami serumah juga terpaksa mengamalkan satu ‘culture’ baru iaitu sentiasa bertudung dan berpakain lengkap di rumah. Alhamdulillah, kekuatan dari Allah. Tahu kenapa kami terpaksa begitu? Seperti yang saya sebut dalam entri ke 4 cerita ini, Karla berkawan dengan pelajar Muslim lelaki yang lain (Omanis dan Afghan). Jadi, sepanjang Karla ada di sini, rumah kami pun jadi seperti rumah mereka juga.. mereka keluar masuk.. (huh?)

Namun, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang memberi kami kesabaran dan juga memelihara kami dari fitnah. Dengan izin Dia, kami memang jarang bertembung dengan mereka.. atau boleh dikatakan, tak pernah.. kecuali satu kali dengan Abdullah dan satu kali dengan orang-orang Omani.. ketika mereka menunggu Karla bersiap untuk keluar berjalan. Alhamdulillah, mereka tak menganggu kami apa-apa, bahkan menghormati kami sebagai saudara muslimah mereka.

Namun begitu, masuk minggu ketiga Karla di sini, hubungan dia dengan Abdullah menjadi semakin rapat. Kawan-kawan dan adik-adik yang datang menziarahi kami semua ‘bercakap-cakap’ berkenaan mereka. Bukan apa... Alhamdulillah, adik-adik ini concern/ kesah kerana merka tak nak maksiat berlaku dalam ‘Bait Nurul Jannah’ kesayangan kami bersama ini (ahaks!). Dan, saya juga sedar saya harus berbuat sesuatu, tapi... ‘apa’? Tambahan, malam itu, kami berkumpul ber’Qiamullail’ di bait ini.. tentu saja hati rasa ‘nak meletup’ jika mengenangkan ‘maksiat’ sedang berlaku dalam tempat yang sama.

Kalau ikut hati saya yang ‘membara’, insya-allah, saya tak kisah je untuk pergi ‘mengetuk’ pintu bilik Karla dan memberi ‘ceramah free’ pada si Abdullah sorang ni... dan saya juga tak kisah kalau dia atau Karla nak marah saya.. saya memang tak kisah..insya-allah... Saya tahu, saya tak marah pada Karla. Tapi, saya marah benar pada si Abdullah sorang ni... (aisshhh!--> tahan marah)

Tapi... Alhamdulillah.. Allah bagi kesedaran untuk saya bertanya balik pada diri saya; ‘atas dasar apa saya bertidak sedemikian?’ Bila diteliti.. pada saya... ‘kemarahan’ saya itu adalah kerana saya ‘bersangka’ pada mereka.. kenapa tidak saya ‘clarify’ sendiri dengan Karla atau Abdullah...? Kenapa saya harus bersangka dan marah? Kan ALLAH kate ‘sebahagian besar dari prasangka itu dosa!’

Alhamdulillah. Dengan berbekalkan kekuatan dari ALLAH, saya berazam untuk memberanikan diri bertanya keesokkan harinya. Seperti biasa, masa sarapan adalah masa kami akan bersua-muka, insya-allah.

‘Hola Karla.. are you alright?

(soalan ditanya kerana melihat mata Karla lebam seperti tak cukup tidur)

‘Oh yea... I’m okay.. how are you Maryam..?’

‘Yup.. good as well.. wanna have some bread with me?’

‘Oh..it’s okay... I’m going to have mine as well..’

‘Erm.. Karla.. is Abdulllah inside?’

‘Oh.. no no.. he was out since last night..

‘Oh, great...!’

(jujurnya, saya terlepas cakap ayat ini)

‘Why?’

(maka, dia pun bertanya kehairanan)

‘Oh, nothing.. err.. yea... nothing. Well, Karla. I’m sorry to say that.. last night.. remember you open the door for my friends to come in? I’m not sure whether you or Abdullah.. but, they we really surprised... you know.. to see a man in this house, late at night...’

‘Oh yea.. yea.. he was going out.... I chased him out... hahahaha..’

Karla bercerita dengan nada berjenaka.

‘Chasing him out? Oho... great! Hahaha... Well, honestly.. some of them thought you and Abdullah are in love.. well, I’m sorry Karla.. I told them not to bother others’ matters.. but you know... may be.. they concern about you... and me as well... Indeed, I was very worried... You know... what will your mum said...... when you hang around with a muslim from Afghanistan... I personally don’t want myself to be accused for leading you into this ‘love’ matters...’

Saya juga berkata-kata dengan nada berjenaka dan tentu saja tak serius. Tapi, memanglah saya hajat dia berfikir tentang itu...

‘Hahahhahaha.... yea... yea... it’s true Maryam...’

‘What’s true? Are you really in love with him? Oh, God... You can’t be serious, can you?’

‘Oh, no.. no.. no... hahahaha...’

‘Well, Maryam.. to be honest.. He wants me.. you know right what he wants?’

Saya mengangguk-angguk. ‘Dasar lelaki!!!’ geram hati saya.

‘Yea.. last night, he was terribly serious... Yea.. you know him, right? His baby face could melt any lady I think...’

‘Really? Alhamdulillah, not me.. Ya Allah perlihara hatiku dari sebarang fitnah..’ bisik hati saya.

‘But, yea.. that’s why I shooed him out.. immediately..! I dont’ want him to be more than just a friend.. so, I said to him last night... ‘OUT! Otherwise, I call someone to kick you out!’’

‘Really? Wow.... you are really great!’

‘Hahahahaha.... was I so cruel?’

‘Nope... you are brilliant actually! I love you Karla...

Saya bercakap dengan nada berjenaka, tapi sungguh saya amat bermaksud.

‘But, Karla.. Can I know why? Why did you chase him out.. or why you rejected him last night? Hahahhaa.....Is that because he’s from Afghanistan?’

‘Erm.... well... basically.... it’s because.. I’m serious when comes into this matter... I don’t want myself easily fall into any man. I want that man to be the father of my children. I hate the so-called ‘relationship’ or ‘partnership’ where promise woman nothing... You want to be with me, you got to marry me first! You want to marry me, you must be good enough to be the father of my children... I don’t want to be easily fall and pick any man to be the father of my children!!’

Aku terkesima. ‘She speaks as if she’s already Muslim,’ bisik hatiku.

You are great, Karla... you are really great.... I’ll pray for you the best...’

Dalam hatiku, macam nak tambah ayat tu sikit, tapi tak tertambah pula. Ingin sekali, saya katakan... itulah hikmah ‘pengharaman zina’ dalam Islam.. dan juga hikmah Islam menggalakkan pernikahan.. demi memelihara zuriat keturunan manusia sejagat.

‘And... you know Maryam.. as I told you before... I don’t want to talk about marriage.. until... I found myself believing something that strong! I want to be a good example to my children.. and, I know.. I’ll be not good enough until I believe or follow any religion that convinced me enough....’

Aku ternganga. Ya.. baru aku teringat.. dia pernah berkata demikian.. masa awal-awal kami ingin berbicara tentang ‘agama’.

‘Oh, Maryam.. I’m sorry. I need to go now.. I’ve classes today..’

‘Oh yea.. it’s okay.. no problem. I’m sorry to take your time..’

‘It’s okay, Maryam.. I always love to talk with you... Oh, yea.. before I forget... I want to know more about your belief.. I mean, you told me before...’

‘Oh, I don’t mind at all... I’ll be here always... just find me when you’ve got free time.’

‘Oh, Maryam.. I forgot.. Hilal.. remember Hilal? He sent me a copy of the Quran.. the Islam book that you showed me before... But, it’s in email... I wish you could check whether it’s okay or not.. and... Do you think if I read it, I’ll get to know your belief more?’

‘Subhanallah, moga Allah beri kebaikan pada kamu, Hilal (salah seorang dari pelajar Oman)’ doa saya.

‘Hilal? Oh, great.. good.... Yea.. no problem, insya-allah... just send me, and I’ll go through it (insya-allah)... Yup.. absolutely.. I think, you will have no problem... Yet, that’s the best book you should read if you want to learn about ISLAM. Others (books and human) are just to explain it better... that’s it.. But, it’s clear.. I believe you can understand it (insya-allah)...’

‘Oh, okay.. great... great... Okay, Maryam..excuse me.... great to know you, Maryam!’

‘Oh yea... please.. no problem... great to know you too, Karla...’

Karla pergi bersiap-siap untuk ke kelasnya. Dalam hati saya, saya beristighfar. Saya masih terpana. Subhanallah... betapa ada lagi manusia seperti ini.... akur pada fitrahnya yang suci... ‘Ya ALLAH, segala puji bagi Engkau yang memberi aku peluang bertemu dengannya.. Semoga Engkau menunjuki dia ke jalan-Mu dengan rahmat-MU, Ya Rabb...’

Jauh di sudut hati saya, sungguh banyak yang saya pelajari dari ‘dialog’ saya ini.

Pertama, baru lah semakin faham ayat Allah dalam surah Al-HUjarat itu... ‘Jangan kamu bersangka.... dan perhalusilah berita yang kamu dapat...’ atau pada saya dalam kes ini, apa yang kamu lihat. Saya memohon kebaikan dari ALLah untuk dia (karla) yang masih diizinkannya ‘berfikir’ sebelum bertindak.... Semoga, kita semuapun begitu... insya-allah..

Kedua, barulah saya nampak dengan lebih jelas, hikmah ayat ALLAH ‘LA TAKRABUZZINA..’ Dah memang manusia tercipta begitu.. punya hawa nafsu yang ‘besar’. Maka Allah mahu hamba-hambanya memelihara diri mereka dari awal lagi... Jangan DEKAT dengan zina... which means... Jangan DEKAT dengan jalan-jalan menuju PENZINAAN.. apa sahaja jalan... seperti COUPLE ke.. DATING ke... ‘TEMAN tapi MESRA’ ke... apa sahaja istilah.. JANGANNN DEKATTT... macam Karla ni.. lainlah.. dia memang ‘bukan muslim’ dan baru nak belajar tentang hakikat hidup.... tapi.. kita yang ALLAH dah bagi ISLAM dari kecil ni.... takkan nak ‘JATUH’ dulu... baru nak SEDAR??? Nauzubillah...

Ketiga, saya tertarik dengan kematangan Karla berfikir tentang siapa yang akan menjadi suaminya... kerana dia amat ‘concern’ tentang siapa yang akan menjadi AYAH anak-anak tersebut. Subhanallah...untuk manusia-manusia yang Allah telah mengurniakan ni’mat hidup dalam ISLAM sejak dari lahir... SEDARlah...... BERFIKIRlah... sebelum kita bertindak... APA kamu mahu rahim kamu mengandungkan anak yang tak tahu bapanya?? Kuatkan hati mu... seperti mana si Karla ini... tanamkan azammu... JANGAN kamu diSENTUH melainkan oleh mereka yang LAYAK menjadi BAPA ANAK-ANAK kamu!!

Wallahua’lam...

Afwan/ maaf.. Emosi sikit bile berbicara bab ini... kerana... saya kasihan... realiti wanita ‘Muslimah’ hari ini.. lagi-lagi di Malaysia...erm.. tak.. diserata dunia... Subahanllah.. Sungguh.. saya kasihan..... dan saya amat kasihan.... huhuhu...

‘Ya ALLAH, dengan rahmat-MU, perlihara kami dari segala fitnah.... Ya ALLAH... dengan rahmat-MU, pimpin kami kejalan-MU yang LURUS.. Ya ALLAH... dengan rahmat-MU... jauhkan kami dari azab siksa-MU...’


p/s: macammana sambungannya?? Temanku kata.. biar pembaca digest dulu.. baru sambung lagi... boleh ke?? boleh kan... fahamkan dulu... nanti baru saya sambung lagi.... okey?