Saturday 30 January 2010

Pulanglah dengan Yakin, dik!

“Akak, saya berdosa.. saya nak berubah.. saya nak bertaubat.. tapi, mahukan Allah terima taubat saya..?”
Bersama linangan air mata, seorang adik meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

Aku diam tergamam, sambil hatiku tak henti beristighfar dan memohon perlindungan Allah. Mungkin kerana aku tidak menyangka detikan hatiku benar.

Ya, segala puji bagi Allah.. benar rasa hatiku sejak pertama kali berkenalan dengannya. Setiap kali kami bertemu, sorotan matanya sentiasa menggugah perasaanku. Dapat aku rasakan hebatnya pertempuran dalam jiwanya, hingga membuatkan aku tertanya-tanya, ‘beban apakah yang dia tanggung? Sudikah dia untuk dibantu?’

Maha suci Allah, pada hari ini.. segalanya terjawab.

Dan, dengan memohon pertolongan DIA yang Maha Esa, aku cuba menyusun bicara untuk membantunya ‘pulang dengan yakin’.

“Adik, segala puji bagi ALLAH yang Maha Baik atas perasan SESAL ini.. Tahniah, kerana akhirnya kamu menangkan iman kamu.. Segala puji bagi ALLah yang memberi kamu kekuatan ini.”

“Sungguh, jangan kamu risau, dik. Betapa banyak nama Allah (asma’ ALLAH) yang ALLAH gambarkan betapa DIA MAHA MAHA PENGAMPUN, dik... maka, jangan sekali-kali kamu ragu tentang DIA..”

“Ketahuilah dik, Dia, ALLAH AGHAFFAR, Maha Pengampun. Dia ALLAH juga ATTAWWAAB, Maha Penerima Taubat, dan Dia ALLAH ARRAUF, Allah Maha Pemaaf. Dia ALLAH juga ALBAAREEU, Allah Maha Baik.. Dan tentunya Dia ALLAH ARRAHEEM, Maha Luas Kasih Sayangnya.”

“Maka, jangan sekali-kali kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, dik! Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kamu perasaan dan kesedaran ini... Semoga Allah memberi kamu kekuatan..”

“Adik, ketahuilah, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud

‘setiap anak adam, tak terlepas dari berbuat salah. Dan, sebaik-baik orang berbuat salah adalah mereka yang berTAUBAT’

jangan kamu risau dik.. teruslah bertaubat.. teruslah kembali segera pada Allah.. sementara Dia masih memberi kesempatan nyawa ini..”

Air mata adik itu terus berlinang.

“Adik, kamu tahu tak ALLAH swt sendiri, dalam hadith qudsi (hadith 42, Kitab hadith 40) pernah berkata (yang bermaksud);

‘Hai anak Adam! Sesungguhnya engkau, selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, AKU ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau dan aku tidak peduli.

Hai anak Adam! Kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke awan langit, kemudian kamu memohon ampunan-Ku, nescaya AKU ampuni bagi engkau.

Hai anak Adam! Sesungguhnya kalau engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi (ini), kemduian itu engkau menemui Aku padahal TIADA engkau MEMPERSEKUTUKAN aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi.’

Jadi, jangan kamu risau dik.. jangan kamu risau.. Dia menanti kamu. Dia tidak pernah tinggalkan kamu.. DIA MAHA BAIK, dik.. DIA MAHA BAIK.. asalkan kita tidak sama-sekali mempersekutukan DIA dengan sesuatu apapun...”

“Adik, tak lupe.. ingat firman ALLAH ini ya..

‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.’ (Az-Zumar, 53)

‘Sesungguhnya yang berputus asa dari Rahmat Allah itu hanyalah kaum yang tidak beriman.’ (Yusuf, 87)

Maka, jangan kamu risau dik.. jangan kamu risau.. teruslah bertaubat pada-Nya. Jangan berlengah lagi.. Kuatkan Tekad kamu, dik... insya-allah, Allah sentiasa Mengasihi kamu..”

ujarku sambil suaraku serak menahan hangatnya perasaanku.

Sungguh, bebicara tentang taubat bila manapun, dengan siapapun, sentiasa membuat hatiku basah. Kerana tidak ada.. sungguh tidak ada Deen lain yang mengajar cara untuk berTAUBAT dari DOSA seindah DEENUL ISLAM..

TERUS, DIRECT dengan ALLAH swt. TIDAK ada orang PERANTARA. TIDAK perlu buka AIB KESALAHAN kita kepada sesiapa. Cukup, cukup dengan kita balik terus kepada ALLAH swt, memohon keampunan dan rahmat kasih sayang-Nya.Yang DIA MAHU, hanya SEBUAH PENGESAAN CINTA semata-mata kepada-NYA segala-gala-NYA.

Sejurus adik itu tenang, dia segera memelukku, “Akak, terima kasih... doakan saya ya, kak!”

“Insya-allah, dik.. sentiasa.. Semoga Allah memberi kamu kekuatan, dik..” balasku sambil memeluknya erat.

Sekian.. Insya-allah. Sekadar berkongsi.

Sama-sama doakan adik ini, terus kuat. Kuat untuk melalui jalan, menjadi hamba-hamba yang ALLAH swt redhai..

Semoga ALLAH sayang kita semua.

Firman Ali Imran ayat: 133,

"Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

p/s:

  • TAUBAT adalah PINTU menuju JALAN ALLAH swt.. ayuh, jangan TANGGUH lagi!
  • Teman-teman, ayuh, sedarlah.. masyarakat menanti kita! Bangkit, jangan bermalasan... ayuh sebarkanlah kebenaran dengan penuh rasa CINTA! Bukankah SYURGA yang kita kejar-kejarkan??

Wallahua’lam...

Wassalam..

With Lots of Love and Care,

Servant

Plymouth, England



Friday 22 January 2010

Refleksi dari KCB

‘Maryam, pasangkan mak Ketika Tasbih Bercinta, boleh?’ ujar ibu saya di suatu petang di bumi Plymouth permai nian ini.

Saya dan adik kedua-duanya menoleh kearah ibu. ‘Err.. mak? Tasbih ape mak?’ tanya kami kembali, sekadar memastikan kami tak salah mendengar.

‘Alah.. ape tah namenye tu.. Ketika Tasbih Bercinta..’ jawab ibu telus.

Tanpa mampu ditahan-tahan, berderai tawa saya dan adik serentak.

Ibu pelik melihat kami, dan turut tertawa (memang gelagat ibu akan ketawa bila orang lain ketawa). ‘Kenape? Salah ke? Betul la kan..’

Sambil memegang perutnya menahan senak kerana ketawa, adik berkata, ‘Mak.. bukan la.. Ketika Cinta Bertasbih..’

‘Ha.. yang tu la.. Sama la tu... Bunyinya kan sama.. ’ ibupun turut tertawa dengan perkataan rekaannya sendiri.

‘Aa.. mak.. sama-sama... cume comel lagi ade la bunyinya tu...’ ujar saya masih sambil tertawa kecil.

Begitulah salah satu detik manis yang menjadi lakaran memori indah sepanjang kunjungan ibu saya di bumi permaisuri ini. Sehingga hari ini saya tersenyum simpul mengingatkan kalimah pilihan ibu, ‘Ketika Tasbih Bercinta’.. menarik tu.. macam boleh buat cerita baru..

Anyway.. bukan Ketika Tasbih Bercinta yang ingin saya kongsi di sini.. bahkan.. Insya-allah.. Film Ketika Cinta Bertasbih yang akan menjadi topic bicara saya kali ini.

*****************************************************

Beberapa hari lalu, Alhamdulillah.. selesai saya menontot bahagian kedua Film kedua termahal Indonesia ini. Dan.. semestinya.. wajar saya ucapkan ‘MABRUK!’ kepada semua yang terlibat dalam penghasilan film ini. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha ntum dan mengiranya sebagai amal soleh di sisinya. (Insya-allah, akan saya usaha untuk memiliki CD KCB yang original sebagai tanda sokongan saya pada pihak kalian!)

Benarlah, selaku seorang yang tidak professional dalam bidang perfileman, tentulah tidak layak jika apa yang ingin saya komen adalah dari segi-segi teknikal filem. Namun, sebagai seorang manusia.. yang punya hati dan aqal.. insya-allah, saya percaya, saya sentiasa layak untuk berkongsi apa yang saya tersentuh, terfikir dan tersedar daripada filem KCB ini. Jujurnya, saya lebih terkesan dengan KCB 2 berbanding KCB 1. Maka, jangan hairan jika anda mendapati bicara saya seterusnya akan banyak datangnya daripada KCB 2.

Jika kebanyakan orang ingin katakan cerita ini tentang cerita Cinta Manusiawi, terpulang. Namun, apa yang saya peroleh daripada cerita ini adalah kehebatan CINTA-NYA dalam merencana hidup hamba-hamba-Nya. Hal ini boleh dilihat jelas melalui bagaimana jodoh watak utama dalam filem ini, Khairul Azzam, seorang pemuda yang baik akhlak dan agamanya disusun dengan indah oleh Yang Maha Menyusun. Mungkin saja ada yang bisa mengatakan, ‘ala.. plot-plot tu.. Ustaz Habiburrahman la yang reka.. bukan betul pun..’ Namun, tidak mustahil untuk benar-benar terjadi dalam dunia realiti kan? Susunan Allah sentiasa mengatasi segala-galanya. Firman Allah swt; Wallahu a'la Kulli SyaieenQadeer (Dan sungguh, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu) --> ayat favourite mak.. :-)

Memanglah pahit, untuk pemuda seperti Azzam untuk menerima satu demi satu berita ‘pinangan tertolak’. Namun, saya amat suka bagaimana watak Azzam berhadapan dengan ujian-ujian tersebut iaitu dia amat-amat berbaik sangka kepada ALLAH swt, Yang diyakininya sebagai Maha Penyusun Cinta juga kepada ibunya, yang diyakini di dalam keredhaannya ada barakah dari-NYa. Hal ini menjadikan dia kuat untuk sentiasa sabar dan redha dengan setiap ujian-ujian tersebut. Maka di sini, sebagai penonton, saya dapat lihat dan sedar, apakah yang perlu untuk menjadikan seorang juga kuat dalam berhadapan dengan ujian-ujian hidup ini. Tidak lain dan tidak bukan iaitu keimanan dan keyakinan kepada ALLAH swt, yang Maha Hebat, yang Maha Menyusun dan yang Maha Mengetahui segala-galanya. Keimanan yang tak tergugah menjadikan kita tenang, keimanan yang ampuh menjadikan kita sentiasa sabar dan redha, dan keimanan yang jitu menjadikan ujian yang pahit menjadi indah. Seperti sabda baginda s.a.w.; ‘Amat ajaib sekali perihal orang beriman itu. Sesungguhnya semua keadaan adalah baik baginya; dan hal itu tidak berlaku melainkan kepada orang beriman sahaja. Jika dia diberikan kesenangan, diapun bersyukur; maka itu baik baginya. Sedangkan jika dia ditimpa kesukaran, yakni yang memberi mudharat pada dirinya, diapun sabar; maka jadilah hal itu juga baik baginya.’ [HR Muslim]

Selain itu juga, haruslah saya ucapkan setinggi terima kasih dan tahniah kepada Ustaz Habib dan krew KCB, kerana memberi satu watak lagi, untuk dijadikan Qudwah Hasanah dalam hidup saya, sebagai seorang gadis yang berusaha menjadi soleh dan musleh di abad ini.. insya-allah. Ya, kesuluruhan cerita ini, watak Anna mengajar saya tentang akhlaq Muslimah yang seharusnya saya berusaha miliki. Kesantunan, ketinggian ilmu, kepetahan bicara dan rendah diri beliau yang tergambar dalam filem membuat saya kembali tersedar. Maklum saja, setahun terhidang dengan pelbagai karenah dan reaksi gadis-gadis barat setempat, kadang-kala menjadikan saya lupa hakikat akhlaq seorang Muslimah yang ALLAh kehendaki. Alhamdulillah, syukur pada-Nya.. filem ini kembali memperingatkan saya.

Oh ya, pada saya, jika Anna yang dibawa dalam filem ini nak dikatakan cantik, Anna tidaklah terlalu cantik. Namun, Anna sangat anggun orangnya. Dia seorang anak gadis kiyai yang santun pekertinya, tinggi ilmunya dan petah bicaranya. Pernah saya terbaca komen daripada para penonton lain, ‘watak Anna tu watak 1 dalam 1000.. tak real....’ pada saya, terletak pada kitalah untuk merealisasikannya.. insya-allah.

Jujurnya, saya juga kurang setuju dengan komen itu. Lantaran, Alhamdulillah, sepanjang hidup saya, selalu saja saya bertemu dengan manusia-manusia real seperti itu, cuma tinggal, mereka tak pernah diketengahkan oleh masyarakat dan media perdana. Dan juga, saya nampak, mungkin telah tiba masa-nya manusia-manusia real seperti Anna ini, masuk dan bergaul dengan masyarakat.. kerana ketahuilah teman-teman.. masyarakat menanti kalian.. menanti watak-watak ANNA yang real untuk hadir di depan mereka, dan berbicara hikmah dengan mereka... menyampaikan ilmu penuh cinta kepada mereka. Insya-allah, saya pasti.. dengan rahmat Allah.. hati mereka akan terbuka menerimanya. Sabda baginda s.a.w; ‘Demi ALLAH, andaikata Allah memberikan hidayah kepada seseorang dengan sebab usaha kamu, maka itu adalah lebih baik daripada unta-unta merah (Unta merah adalah kiasan harta benda yang paling dicinta bangsa Arab ketika itu).’ [HR Muttafaqun A’laih]

Okay, insya-allah.. saya rasa, sehingga di sini saja bicara reaksi saya terhadap filem kedua termahal di Indonesia ini. Hampir 1000 patah perkataan sudah saya curahkan dalam post saya kali ini. Mohon 1000 kemaafan pada sebarang salah dan silap sepanjang bicara. Semoga post kali ini beroleh rahmat Allah swt sert bermanfaat untuk setiap kita.. amen, insya-allah.

Mohon teguran dan tunjuk ajar andai terzahir kelemahan..

With Love and Care,

Servant

Stansted Airport, London

(On the way ke Dublin for WISE Eire 2010)


Monday 18 January 2010

the Heathly Marriage by Nouman Ali Khan: my personal review

Salam wbt @ Peace to everyone..

Ahaa, it seems more than a week that I wrote nothing in this blog.. right? Does it matter to you, sis and bros? J (hihi.. a cruel question actually) Anyway, what always bear in my mind.. that does matter to some of my beautiful and sweet friends... and.. I really love them for keep helping me to maintain my writing momentum, mood and sincerity with all your inspirational words.. Insya-allah.. May ALLAH bless you always, sweethearts...

Anyway.. here.. again.. I would like to share a video... a talk actually... To be frank... it’s not because I have no idea to write here.. (like some people did put a video just for the sake of updating their blogs) Indeed, insya-allah... I have made long ago that.. one of my blogging principles is not to copy paste others’ works without any further comments or reflections or acknowledgement to the sources, so, insya-allah.. with HIS willingness.... I will always keep myself to that principle.

So, here you are.. a video of a talk by one of my favourite speaker Nouman Ali Khan, a muslim from USA.. I suggest, you enjoy listening to his first.. before further reading my post.. can you? nothing actually... just because I have lots of things to share based on his words in this video...

Here are the sharing of my personal review and reflection on this video...

  • How you should deal with the typical non-muslims’ questions

Well.. why I personally put as typical? Cause, it’s really really typical.. no matter where you are.. in Malaysia.. Or in Britain.. Or even in the USA... I believe in majority cases...the same questions are being posed to us, the Muslims... and, I agree as bro Nouman said, ‘why we should look as a criminal being asked to proof you’re innocent..? as we are Innocent.. we are Muslims!’, ‘why we should panic?’, ‘why we should bother to give them all the answers... as they just keep asking us one to another questions...?’ And, I love to say that I totally agree.. instead of we made ourselves answering the questions.. why not we pose them back??

So, here, I would like to share with you the experiences of some of us.. living in Plymouth, dealing those questions.. mostly from the school students and teachers..in primary or secondary schools.. or some from the cleaning colleagues.. Whenever people asked us, ‘why are you wearing the scarf?’ or ‘why do you need to cover yourself?’.. Instead we keep trying to answer it.. we did try to pose them back questions.. without answering theirs immediately.. like for example.. ‘Have you ever seen what the Virgin Mary wore during her life?’ ‘and, why do you think she did so?’ Ahaa.. guess what their response will be? Well, most of the cases... We’ve seen, how stumble they are... struggling to answer the questions... and often, they just say.. ‘oh, it’s okay..’ and ran away.. So, sometimes.. for me, I really think.. it’s not necessarily we try to answer their typical questions... Instead.. help them to think... what they should’ve been thinking... (by questioning them) isn’t it? *winks* wallahua’lam..

  • Hopes that being placed to other than ALLAH swt WILL absolutely, necessarily make you disappointed.

This word is really really applicable reminder to us in anywhere and in anytime. This is actually, the catchiest word I found from whole lots of his talk actually.

Let me share you a story. There was a lady, a good muslim lady. She had no boyfriend, and just wanting to have a ‘halal’ boyfriend which was a good muslim husband. In her mind, ‘it’s okay for me not to have a boyfriend now, because to have a husband in future is much more better.’ In her mind, marriage is all about love and happiness. Never like coupling, full of frustrations and headaches.

Then, Alhamdulillah, she got married to a good Muslim guy. Yea, he’s a good one... but, you know.. no one perfect.. so, this man could not really spend so much time with his wife because of his other obligations.. especially to his work, community and etc.. Although he did spend his time.. but not so much time.. as what the wife expected. So, this Muslim lady became frustrated.. and all her frustrations, then, lead to arguments.. and worse to worst, the arguments leads to separations and also divorce.. (Nauzubillah)..

So.. what a sad story happens in Muslims community we had.. although it’s not totally real one.. but, similar story does happen often.. in anywhere and every where... every day.. and I face it often.. very often..

Well, so, what should we say here? The beginning of this lady’s life had sounded right... isn’t it? Yea.. She’d chosen not to experience the love before marriage.. and.. hoping that her husband is the one who would bring her happiness and love..

Oh, wait.. that’s not really right, wasn’t it? if we think back deeply... there was something wrong there...

Back to my head point where I quoted from bro Nuoman, ‘Hopes that being placed to other than ALLAH swt WILL absolutely, necessarily make you disappointed. ‘ So, here... this lady had accidently put her hope to other than ALLAH swt (Nauzubillah).. which is to her future husband.. she was hoping that through her husband, she’ll find the true love and happiness... so.. it’s not a surprise for her to be frustrated by her hope... cause.. that’s not uncommon.. to be frustrated when we put our hope to other that ALLAH to give us the two most beautiful elements in our life; ‘love’ and ‘happiness’. Instead, ONLY ALLAH who would never left us with disappointment...

So.. especially to myself, let us put our FULL HOPE and TRUST ONLY to ALLAH Swt.. in everything in anything we do, we expect or we longed for.. Insya-allah, although we might or might not get what we want.. but STILL.. ALLAH would NEVER frustrates us.. Insya-allah...

  • ‘Marriage is not similar like ‘dating’!’

I love when he said, ‘marriage is not similar like ‘dating’!’ though I have never been experiencing dating.. (Alhamdulillah, and nauzubillah..) but I’ve seen how vulnerable the dating is for most of the people here.. in Britain is.. It is really really common to find a family contains unmarried couples where they call themselves as ‘civil partners’ who have kids with different surnames as they’ve been mingled with different partners or x-spouses before they got settle down with this latest one... Oh, my.. what a complicated life they had...!

So, as a muslim... so as you... I think.. once we say or think of about marriage.. please.. we are saying about a life-long-lasting relationship.. we are not saying the same thing as they non-believers said... the need of the understanding of the reasons for marriage must be really really CLEAR..

Marriage is not the ultimate solution if there is no understanding and practice of TAQWA @ Fear God

  • Our Deen first and foremost is about our responsibilities to full fill our obligations to SERVE ALLAH swt, not ourselves!

Not so much words I can say here.. but absolutely, I love this word. It’s such an honour for the Muslimahs.. cause he seems trying to make everyone realize.. especially the men, not to use the verses of the LORD for themselves, meanwhile their other obligations were not even completed yet!

Subhanallah.. how FAIR and EQUAL ALLAH is! I Luv Allah, and I Luv Islam!

  • Follow the sunnah.. insya-allah, there will be the barakah within your marriage life..

Anyway, I’m not married yet. But, his word about a simple sunnah (smiling wife) really made me ponder.. how even such a simple or little thing that sometimes we overlooked on it.. when is has been mentioned by the Messenger of ALLAH, it shows how big the effect brought by it.. Subhanallah.. What more other lots of sunnahs of him...? Wouldn’t it be more barakah in our life if we get to make ourselves used to most of his Sunnahs? Masya-allah..

Let’s follow the sunnah of HIS messenger in order to gain HIS PLEASURE...!

wallahua'lam...

Okay.. I think, that's all.. insya-allah.. for this time...quite long this post, isn't it..?

Anyway.. hope both of us will get something from this sharing...

Wassalam.

With Luv n Care,

Servant of God

Plymouth, UK

Friday 8 January 2010

Open Your Eyes, Hearts and Minds

Tears dropped from my eyes when I watched this video. So, I want to share it with all my beloved readers. May be, You've come across it, but.. come on.. why not watch it again?




Let's ponder on bro Ruben Abu Bakr's experience being educate or 'tarbiyah' by Allah on HIS LIMITLESS GREATNESS.

It is funny.. I mean.. how he could think of that.. to ask ALLAH for HIS MAGIC.. but.. If we remembered the story of our beloved Prophet Ibrahim (Peace be upon him).. He did ask ALLAH, the same thing as well.. didn't he? And.. Allah had shown him HIS POWERFUL MAGIC through the re-alive birds..

Subhanallah...Allah could do anything.. HE HAS LIMITLESS POWER..

Just us...

who always blind...and deaf.. and also DUMB...

NOw.. Let's open our EYES, our Hearts and our MInds..!

May Allah helps us not to be like the people in this ayah;

"Indeed, We have created for HELL many Ginns and Men; they have hearts, but understand not therewith and the eyes, they see not therewith and the ears, they hear not therewith. They are just like cattle; Nay, more misguided. They are indeed lying heedless."
(7: 179)

this is another video with the same song.. but more beautiful sigth seeing of HIS LIMITLESS POWER..





With Love and Care,

Servant

Thursday 7 January 2010

Beautiful Whitish Plymouth

As the coach approaching Plymouth, I was surprise how white everything was.

“This is really a blessing!” said a lady two seats besides me.

Subhanallah. I was also enjoying the beautiful whitish scenery. I remembered one of my colleagues had said before, “Plymouth had only snow fifteen years ago.. when my daughter was very little.”

So, this was really a blessing!

As I arrived home.. I mean, my house in Marjon Student Village.. Subhanallah.. again.. I was astonished to see how thick the snow was.. Until it was kind of hard to pull my luggage across the little path.. as there was no path actually... because everything was white.. and everywhere was covered by thick snow.

Subhanallah.. I kept praising HIM, the LORD of the WORLD.. who made the whitish snow..

Gosh, can you imagine if the snow is black in colour? Things would be so horrible, isn’t it?

Anyway.. here are the pictures that I took this morning.. I would love to share them with you... so that together we can see.. How GREAT the ONE who made this white thingy...

this is my sweet little village house

19 is for Maryam in the Quran.. ;-p

see.. no more green village...

my friends' snowman.. love to see it.

this is the nearest path to go to anywhere..

all turned white and slippery though!

well, this is my ancient college building..
nothing special, just because this is my daily path to my class and the library.

another ancient building in my university college..
and another path that I took often to laundry and ICT room..

this my favourite spot.. Marjon's field!
my greeny grass all was gone..
now i know, what is the grass's foe!


Anyway, although snowy scenery is a very pleasant sight, snow might bring harm if He commands so. Check-out in 'Snow all across UK' and 'Frozen UK'.

Snow is just HIS CREATION and HIS SIGN for us to see, to think and to be aware of HIM. Let's ponder this say;

"approximately 3400 W energy is needed to produce 50 L ice for and ice-cream freezer. Imagine how much energy is needed to produce whole-lots of snow all across UK? What about whole lots of snowy continents?"

Ya ALLAH.. how great YOU are...

but.. how little people understand and being grateful to You..

*********************************************************************


Here is a special snowcurve I dedicate to a place where I began to know HIM.


And.. not to forget.. to all my beloved family members..