Showing posts with label Death news. Show all posts
Showing posts with label Death news. Show all posts

Wednesday, 14 October 2009

Akhirnya dia pun pergi (entry tertangguh)



'tokwan nak berkhidmat kat sini sampai mati..
biar mati ketika mengajar.. atau mengajar sampai mati... doakan ya..!'

‘Tok wan’ panggilan kami seangkatan untuk dia. Bukan hanya kerana umurnya yang tua, tapi kerana tingginya kasih dan hormat kami padanya, juga kerana dekatnya dia dengan kami, ibarat hubungan seorang tok wan dengan angkatan cucunya.

Dia, tok wan kami, seorang guru tua yang rambut dan janggutnya telah putih semua. Matanya berkedip-kedip dengan penglihatan yang semakin kabur. Tak kurang juga pendengarannya, semakin hari semakin uzur dimamah usia tua. ’Apa dia...? cakap kuat skeet.. tokwan tak dengaq la, cik ooi..!’ itulah kata dia selalu tatkala kami berbicara tak cukup kuat dengannya.

Itulah dia di luar kelas.

Kerana dia lain ketika di dalam kelas, tatkala mencurah ilmu dan berkongsi pengalaman. akan dia berdiri tegar, penuh semangat lagak cergas seorang pemuda. Lantaran itu, tak hairan dia dinobat sebagai guru favourite ramai. Lafaznya pada tahun itu (2003) yang takkan ku lupa, ’Cikgu nak mati ketika ngajar.. cikgu nak ngajar sampai mati.. ini medan cikgu sampai bila-bila.. insya-allah. Doakan cikgu lah ya..’

Namun begitu, Yang Maha Merancang merancang sesuatu yang lebih baik untuk dia, di akhir hayatnya.

Meskipun citanya memang untuk mencurah ilmu sampai dipanggil-Nya, takdir telah mencatatkan, keuzurannya tak mengizinkan untuk dia bergelar guru rasmi KH pada akhir hayatnya. Namun, itu semua tak pernah menghalang dia untuk terus berkhidmat di tanah wakafan itu. Dia tak mahu mengalah pada usia atau juga pada uzur dirinya. Lantas, dia mencari tugas lain yang boleh dicurahkan bakti dan khidmatnya. Dia menyanggupkan dirinya untuk menjadi ’raais’ @ ketua bahagian kecerian dan kebersihan MATRI.

Kesannya, tahun 2008 menjadi saksi perubahan wajah Ma’had tercinta kami. Pelbagai warna menghiasi dinding, pelbagai tumbuhan hijau dan bunga-bungaan menceriakan perkarangannya. Semuanya datang daripada dia, seorang guru tua yang tak kenal erti duduk sahaja.

Tambahan lagi, yang menjadikan dia ketua kecerian Ma’had yang sungguh istimewa, adalah kerana dalam menceriakan Ma’had, tidak dia minta peruntukan daripada pihak pentadbiran. Bahkan, dia mengelolakan projek kitar semula secara besar-besaran, melibatkan seluruh warga MATRI serta masyarakat sekitar Ma’had. Dan, Alhamdulillah, akhirnya projek itu benar-benar berhasil dan mampu menjana modal yang cukup untuk menceriakan Ma’had itu.

Selain itu, berkat usahanya, secara tak lansung, seluruh MATRI, sama ada pelajar atau guru-guru, serta masyarakat sekitar Matri, semuanya terdidik tentang pentingnya ’recyle’@ kitar semula. Diri dan keluarga turut menjadi lebih berhati-hati dalam membuang sampah, takut-takut ada yang boleh dikitar semula oleh ’Tok Wan’ kami..

Itulah dia... saat ku tinggalkannya, ’Tok Wan’.. dengan segala kudratnya tak henti-henti mencari idea dan menyusun strategi untuk menjadikan bumi tempat dia berkhidmat, merasai impak baktinya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan alam fana ini. Walaupun dirinya semakin uzur.. semakin dimamah usia.. lafaz yang sama tak pernah lekang, ’Tak pa.. tok sah dok risau... Tok Wan akan buat kerja-kerja ni.. insya-allah sampai tokwan mati... Mati masa dok buat kerja-kerja ni pun tak pa eh, insya-allah...’ Dia masih tetap merasa izzah @ bangga dengan apa yang dilakukannya, tanpa ada tambahan kata yang berbunyi rungutan sedikitpun.

************************************************

Hari ini, tanggal 3 petang, hari Khamis 20 Ramadhan 1430 yang diberkati-Nya, bersamaan 10 September 2009, di kota diberkati Damsyik, Syria, saya menerima berita bahawa dia telah pergi buat selama-lamanya pada jam 3 pagi (waktu malaysia) malam tadi.

Alhamdulillah, dia benar-benar pergi saat dirinya masih tegar berkhidmat.

Kata ibu, ’dah lama dah Tok Wan sakit... tapi...dalam orang dok suroh rehat...tak bagi dia mai Matri tu.. dalam tu jugak Tok Wan tu mai.. macam besa la dia tu… dok cari ja idea bagi Matri tu cantik…nak berkhidmat sampai akhir hayat..’

Walaupun sebak menerima berita tentang dia ini.. namun... selaku anak murid, selaku cucu tak rasmi si dia... akan ku sentiasa sisipkan namanya di dalam doa dan ingatan.. kerana dia sungguh istimewa.. guru tua yang tak kenal erti duduk sahaja....

Semoga Allah menerima amal-amalnya.. dan semoga dia terpilih untuk ditempatkan bersama para Soliheen di sisi-Nya.. insya-allah..

Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Zainuddin Juson @ Tok Wan (yang dikasihi dan disayangi kerana ALLAh sentiasa)

Servant

10 September 2009

Kota D-masq, Suria

Friday, 26 June 2009

Another shocking death news: Mikaeel Jackson a.k.a. Micheal Jackson


Salam everyone. May Allah guides us to His path till the day we return to HIM.

King of Pop died at the age of 50
Micheal Jackson is pronounced death
Everyone is schocked!

Tributes to MJ

Well, sincerely, I have no idea for what reason I'm posting this shocking news of the entire world of pop music lovers. Yea, Micheal Jackson; I bet how many of us do not know his name. Though I'm not a music lover, what more pop music lover, still i have some little idea bout him. Well, some people regards him as the most controversial celebs in this decade. Yea.. even me knows that this person had entirely life making various kinds of controvercial issues (a lot to be mentioned though!)..

However, I think the recent one is the most interesting which is his conversion to Islam. Though I'm not really sure bout this matter, but I have read some valid articles here that comfirms that matter such as Ynetnews, Gurdian Angel, Daily Mail and etc (find yourself though).

Therefore, if he did becoming Muslim, he is our brother in Islam, isn't he? So, i think, as a Muslim, we should show our respect to him as our brother in Islam same as our other brothers. Perhaps, we could also pray 'Jenazah' for him as usual. Though I'm not sure bout this and still waiting what others American Muslim scholars' says in this matter..but, I'm personally thinking as such.

I just remembered a Sirah where Rasulluah denounced the action of killing a person who has pronounced his shahadah during war, though in that crucial and critical condition, the person may purposely pronounced shahada to save his life. As prophet (peace be upon him) says which means 'no one could ever truely knows one's intention in an action but ALLAH only' which shows that the person's shahadah was literally approved. So, i think, in this case, we are no body to judge whether bro Mikaeel jackson has been sincerely becoming muslim or not. As long as he pronounced shahadah in front of two witnesses, I believe, he then becomes our brother in Islam.

Well, personally, perhaps because my recent months have been fulled by Death news, so this news again has touched my heart. How we as human, often forget that Death is actually merely round the corners. No one would ever escape from it. Some people fear death very much and really look forward to new inventions that prevent them from death. But, still.. death is death.. invites us in may ways..in any time...

So, are we prepared?

Besides, many people says 'may he rest in peace' whenever they heard bout any death news. But, to ourselves, are we sure that every single soul will be having a peaceful rest when we die? Well, check it out, man!

So, I believe, it would be good for us to watch these two videos from the Deen Show here. Perhaps, it'll help us to be more aware the Truth bout Death.. and prepare for it... as it is comfirmed to be happen to us one day..Insya-allah.







With Love and Care,
Servant

Friday, 12 June 2009

Pulangnya anak muda akhirat ke kampungnya..


Pemimpin yang dihormati,
saudara yang dikasihi,
teman yang dekat di hati

Sungguh, walaupun saya segan untuk berbicara tentang kaum muslimin, namun hati saya terus menyesak untuk saya ukirkan sesuatu kepada seorang saudara seperjuangan yang amat dihormati, allahyarham akh Ammar bin Zulkifli. Maka saya gagahi juga untuk menulis entry ini.

Sebagai muslimah, saya hanya berpeluang untuk mengenali akh Ammar di balik tabir syara' yang membatasi pergaulan antara lelaki dan wanita. Namun, cukup dengan beberapa pengalaman dan pertemuan yang disusun Allah, sejak dari kecil hingga saat kami, gen-11 Matri melangkah masuk ke medan DnT di IPT masing-masing, membuatkan saya punya rasa hormat yang tinggi pada allahyarham.

Beliau tampak biasa dari segi penampilannya. Namun, kerana peribadi dan keteguhan tekadnya dalam usaha untuk menjadi Muslim yang SOLEH dan MUSLIH, saya bisa kira tidak ada hati mana yang tak tertawan olehnya.

Memori yang sangat segar berkenaan arwah, tentu saja saat beberapa dari kami, gen-11 MATRI berusaha untuk merancang program akhir tahun untuk semua teman-teman seangkatan gen-11. Tak mungkin saya lupa saat itu, lantaran banyak sekali urusan yang terpaksa saya dan teman-teman muslimah bicara dan berbincangan dengan beliau. Raut wajah beliau yang tenang mendamaikan kami yang sering saja gelisah dan bimbang dengan andaian-andaian atau kemungkinan-kemungkinan negatif yang kami fikirkan untuk melaksanakan program tersebut. Paling saya ingat, ketika menguruskan jamuan 'graduasi' gen-11, sebagai seorang yang 'particular' dalam pengurusan, saya amat risau dengan persiapan-persiapan jamuan tersebut. Alhamdulillah, ada akh Ammar yang menenangkan dan memahami. segera beliau uruskan hal-hal yang masih belum selesai.

Selain itu, tentu saja memori-memori sepanjang program-program Remaja seperti Pewaris dan Kelab Minda Kreatif. Semua itu amat-amat mengesan di hati. Sering saja Allahyarham dalam memberi pandangan, bicaranya lembut, penuh santun dan tersusun. Masih amat segar saat allahyarham menjadi pemimpin dalam salah satu program tersebut pada tengah tahun 2006, sebelum berangkatnya beliau ke bumi anbiya' mesir. Selaku ahli dibawah pimpinan beliau, saya amat segan dan seakan dipaksa oleh diri untuk menghormati setiap arahannya kerana saya tahu ada wibawa di balik kecil tubuhnya. Yang paling saya suka cara allahyarham dalam memimpin ialah beliau amat menghormati pandangan dari ahli-ahli bawahannya, sama ada muslim atau muslimah. Jadi, seingat saya, tidak pernah saya rasa keberatan untuk mengutarakan apa yang saya fikirkan kepada beliau. kerana saya tahu, akh ammar akan sabar mendengar setiap hujah atau pandangan saya, sama ada bagus atau tidak.

Saat mendengar berita kepastian tentang pemergiannya, memori-memori ini pintas saja berputar di benak fikiran hingga air mata tak bisa dihentikan sama sekali. Apalagi, baru saja 3 hari sebelum permergian beliau, saya digerakkan Allah untuk melawat blog-blog teman-teman seangkatan gen-11 Matri, dan dipertemukan dengan gambar beliau ketika zaman persekolahannya. Air mata mengalir tanpa henti. Kehilangan beliau, amat-amat dirasai sehingga reaksi saya seperti lebih sedih daripada kehilangan-kehilangan yang saya rasai sebelum ini. Terbit rasa rindu untuk melihat wajah dan mendengar bicara tazkirah dari mujahid muda yang tenang dalam senyumannya ini lagi.

Namun, saat menerima 'text' masej berbunyi,

'Ammar pergi dalam perjalanan kembali dari menguruskan urusan hal demi kebaikan sahabat seperjuangannya di mesir'

'Ammar pergi ketika beliau bergelar musafir ilmu'

'Ramai ikhwh (saudara) yg tgk mengatakan arwah seolah2 tersenyum dan ketika pulang sempat mengucp kalimah syahadah..subhanallah..moga ruh beliau dicucuri rahmat..'

Pantas, air mata saya mengalir bukan lagi kerana pahitnya kehilangan. Namun terbit rasa cemburu pula pada beliau; lantaran mengenangkan.. telah selesai perjuangan beliau di dunia.. dalam usaha menjadi Mujahid Islam, Musafir Ilmu yang diredhai Allah. Apalagi saat mengetahui, kalimah yang beliau benar-benar pegangi dalam hidupnya ialah;

Deras air mata mengalir mengenangkan betapa kini beliau benar-benar terpilih untuk melihat dunia dari jendela akhirat dalam usia yang amat muda sekali.. Insya-allah, saya yakini, perginya beliau dalam keadaan diredhai oleh Tuhannya, di kasihi kedua ibu bapanya, disenangi teman-teman seperjuangannya. Maka, insya-allah, kematian ini menjadi satu proses transaksi untuk beliau bertemu Kekasih hatinya yang menanti di alam yang abadi sana.. dan menikmati kerehatan yang sebenar di sana..

Masya-allah, beruntungnya saudaraku ini. Dirimu terpilih oleh Allah..!

Akhir kalam, besar harapan saya sebagai saudara seperjuangan, apalagi keluarga beliau untuk setiap kita di mana saja, mengambil iktibar dari pemergian Allahyarham Ammar ini.. Seperi petikan kalam Timbalan mudir Matri ketika hari pengkebumian Ummi Halimaton;

'Panjang atau pendeknya umur hidup seseorang itu bukanlah menjadi ukuran, yang penting ialah isinya.. isi hidup atau umur itu ialah Iman dan TAQWA kpada ALLAH swt yang membuahkan amalan-amalan yang soleh yang akan mengiringi jenazah seseorang di kubur dan kekal menemaninya ke alam barzakh dan di akhirat kelak..'

Bukanlah pemergiannya kita ingin nobatkan tiada penggati.. bahkan kita amat sekali berharap akan lebih ramai lagi jiwa-jiwa muda, yang bertenaga, sarat dengan kesedaran dan kefahaman akan lahir dan menggantikan beliau.. insya-allah..

Ya Allah, Ya Raheem, Engkau yang Maha Luas Rahmat kasih-Mu, terimalah saudaraku sebagai hamba-Mu yang soleh di sisi-Mu.. dan tempatkan dia di tempat yang terbaik di sisi-Mu. Ya al-Qawiy, kuatkan keluarga saudaraku ini, kuatkanlah kami saudara2 seperjuangannya dalam menerima pilihan dan ketetapan-Mu ini. Dengan kekuatan dan kebesaran-MU, kau gantikanlah pemergian Mujahid muda DeenMu ini dengan kelahiran lebih ramai mujahid-mujahid muda Islam..yang sentiasa ikhlas dan istiqomah dalam mengejar Redha-Mu. Ya Hayyu Ya Qayyum, Hanya Engkau yang sentiasa Hidup dan yang Berdiri Sendiri... ingin sekali, aku juga menyusuri langkah saudaraku ini. Pulang menghadapmu dalam keadaan yang Engkau redhai. Saat aku sedang dalam keadaan terbaik ingatanku pada-MU.. tiada daya dan upaya aku melainkan dengan kebesaran, kekuatan, dan keluasan rahmat kasih-Mu..


With lots of love and care,
SerVanT

Sunday, 17 May 2009

Kematian itu Pasti

"Setiap yang bernyawa, pasti akan mati"

Pertama kali saya merasa pahitnya kehilangan seseorang yg amat dekat ialah saat ayah saya kembali bertemu Allah, tanggal 3 Sept 2004. Kehilangan itu yg amat memberi kesan pada saya dan Alhamdulillah, menjadi satu detik yg mengubah pandangan saya terhadap kehidupan. Saya semakin sedar bahawa kehidupan ini sungguh sementara..dan sangat2 fana...

Kelmarin, tanggal 14 Mei 2009, sekali lagi dihadiahkan Allah peringatan yang sama. Allah telah mengambil seseorang yang dekat dihati saya.. Seseorang yang saya nobatkan sebagai 'Ummi' selepas ummi kandung saya.. seseorang yang memeluk saya penuh kasih saat saya kecil, dan memeluk penuh harapan saat saya telah besar panjang dan ingin berangkat ke luar negeri, bekat hasil didikan dan tunjuk ajarnya...

Saya hilang suara.. hilang kata...

kerana, semakin saya rasa.. Kematian itu dekat.. Kematian itu pasti...

Saya, kamu, kita akan kembali bertemu Tuhan.. bila-bila masa.. di mana-mana pun ada kemungkinannya..

kerana

KEMATIAN itu PASTI

Tatkala mendengar tazkirah dari Timbalan Mudir MATRI saat di tanah perkuburan.. saya tersentuh dengan kata-kata beliau yg berbunyi;

Panjang atau pendeknya umur hidup seseorang itu bukanlah menjadi ukuran, yang penting ialah isinya.. isi hidup atau umur itu ialah Iman dan TAQWA kpada ALLAH swt yang membuahkan amalan-amalan yang soleh yang akan mengiringi jenazah seseorang di kubur dan kekal menemaninya ke alam barzakh dan di akhirat kelak..

Benar... bukan Quantiti, tapi Qualiti... bukan Lama atau sekejapnya kita di dunia.. namun, apakah yang mENGHIASI hari-hari hidup kita di dunia...

Jika benar kita yakin akan Kematian.. Apakah PERSIAPAN kita?

Sya menyeru diri saya, teman-teman, shbt-shbt untuk sama-sama meluangkan masa untuk memikirkan perihal ini... kerana.. adakah urusan lain yang lebih besar, daripada urusan menghadap ALLAH di hari Pertemuan kelak...?

'Cukuplah KEmatian itu sebagai satu Peringatan'

***Pesanan Allahyarham Ummi Halimaton sehari sebelum keberangkatanku;

'Andai apa yang Ummi lalui, Maryam diizin Allah melaluinya...
Sabarlah..
kerana insya-allah, dibalik kesabaran mu
ada kemanisan yang menunggumu..'


insya-allah, takkan ku lupa pesan Ummi.. dan akan ku cuba hayatinya dalam hidupku... Semoga Allah merahmati ruhmu, Ummi.. dan semoga Allah menerimamu sebagai hamba-Nya yang Ikhlas dan SOLEH... Ameen.

wallahua'lam.

-SERVANT-