Sunday, 29 March 2009

A Poem

salam sis and bros

I want to thank for those who reminds me about my late blog.. as i went visit it back..I just found out that I have written this poem once upon a time ago.. huhu.. i've totally forgotten about it already..
However, what is interesting is.. I discover that this poem is still picturing thecurrent feeling within me right now...after all the experience i've faced since I've been in UK..huhu..specifically in Plymouth..


Between
me and Him

I am nothing, but an imperfect servant
I am nobody, but a forever learner
I am no one, but a preserving peace-seeker


Between
me and the world

I am a someone as I am a Muslim(Submitter)
I am a somebody as I am a Mu'min (believer)

I am a leader as I am a Caliph

Because

My dignity and my strength,

My love and my passion
are all gathered

in His Power and Mastery
and
I Believe I Trust
merely in His authority


O Allah, show me the true Path..


Sept 3, 2007 Lembah Pantai, Kuala Lumpur



Subhanallah.. that's something i never thought of..! Thank You ALLAH for Everything..!

Bekalan Bersama


Sabda Rasulullah Saw, "dilingkungi Syurga itu dengan duri/kesukaran dan dilindungi neraka itu dengan Syahwat / Kesenangan."
Jelas sekali janji Rasul bahawa, kiranya kita memasang impian untuk menggapai SYURGA A
LLAH, sudah pasti tidak mudah jalan yang perlu kita tempuhi.
Maka, dalam menempuh kehidupan dunia yang dihiasi dengan pelbagai ujian untuk orang-orang beriman ini..terlihatlah urgensinya untuk setiap kita punya bekalan yang cukup, ampuh agak tak tewas di pertengahan jalan. Maka di sinilah Allah menyebut, "Segala yang baik yang kami kerjakan, Allah Maha Mengetahui. Berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah TAQWA. dan Bertaqwalah kamu kepada-Ku, hai orang-orang yan berfikir!" (2:197)
Maka dengan jelas, Allah mewasiatkan bahawa sebaik-baik Bekalan Perjalanan Kita, sebagai
Orang-orang Beriman dalam menjaga Imannya ialah AT-TAQWA.

Saudara/i Muslim/ah sekalian,
apakah pula pengertian TAQWA?
Tak p
erlu pada huraian yang panjang, cukup untuk kita bersama merenung analogy yang dikeluarkan oleh salah seorang anak muda, Usamah b. Zaid ketika beliau ditanya oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a. tentang hakikat TAQWA; "Wahai Amirul Mukminin, apakah yang akan kamu lakukan apabila sedang berjalan melalui Jalan atau Lorong yang penuh dengan duri?", dan Umar r.a.menjawab, "Pastinya aku akan sentiasa berhati-hati dan melihat-lihat celah-celah yang selamat untuk aku letakkan kakiku." dan demikianlah hakikat TAQWA, apabila ia mula peka dan berhati-hati dengan setiap langkah dan tingkah yang diambilnya agar setiap satunya sentiasa SELARAS dan AMAN pada pandangan ALLAH SWT, maka itu tandanya ada TAQWA dalam dirinya.. Kerana, Orang yang bertaqwa sentiasa ingin memastikan sama ada tindakan atau sahsiah dirinya diredhai ALLAH atau dibenci-Nya. Kiranya ada sesuatu yang dibenci-Nya, dengan segera ia cuba untuk meninggalkan jauh-jauh perkara itu.

Susahnya nak jadi begitu, sis..? Ye.. memang susah. Namun, firman Allah "Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbuat kebaika
n berada dalam SYURGA penuh keni'matan, dan sesungguhnya orang-orang yang DURHAKA itu benar-benar berada dalam NERAKA." (82:14)
Berbalik pada tadi, NAK SYURGA ALLAH tak? kalau NAK, JALANnya telah PAST
I SUSAH..! Namun, begitu, kesusahan itu Allah akan gantikan dengan perasan KEMANISAN dan KETENANGAN IMAN kerana kita mentaati-Nya.. yang tak mungkin difahami melainkan oleh orang yang merasainya sendiri.. Sabda Rasul Saw, "Ada tiga keadaan, yang barangsiapa memilikinya, maka ia akan merasakan KEMANISAN IMAN. 1- apabila ia menCINTAI ALLAH dan RASUL-NYA lebih daripada segala-galanya. 2- Apabila ia mencintai manusia, maka CINTAnya hanya semata-mata kerana ALLAH. 3- apabila ia merasa BENCI untuk kembali kepada kekafiran setelah ALLAH selamatkan ia sepertimana ia BENCI untuk DICAMPAK ke dalam NERAKA-NYA." Terdapat Salaf/Sahabat berkata, "sesungguhnya ada taman penuh kebahagian di dunia ini, yang kiranya sesiapa tidak memasukinya di dunia, maka ia tidak akan memasukinya di akhirat kelak..Taman itu ialah KEBAHAGIAN dan KEMANISAN yang diperoleh HASIL KETAATAN dan KEDEKATAN dengan ALLAH swt." jadi, nampak saja macam kita susah kat dunia ni..sebab nak jadi hamba ALLAH yang Taat.. tapi, jelas bahawa.. susah itu hanya di mata mereka.. Ketenangan dan Kebahagian yang ALLAh hadiahkan untuk para Mukmin dan MUjahidah Iman adalah tak ternilai harganya..

Memetik pula kalam Ibnu Qayyim al-Jauzi, "Barangsiapa menyangka bahawa Allah akan samakan antara orang-orang yang berbuat TAAT dengan orang-orang yang berbuant MAKSIAT/ENGKAR, maka sesungguhnya ia telah berprasangkah buruk pada Allah! Allah berfirman, "Patutkah Kami menganggap orang-orang BERIMAN dan Mengerjakan AMAL SOLEH sama dengan orang-orang yang BERBUAT KEROSAKAN di muka bumi? Patutkah Pula kami menganggap orang-orang BERTAQWA sama dengan orang-orang yang BERBUAT MAKSIAT?" (38:28) Allah dengan SIFAT-NYA yang MAHA ADIL lagi MAHA BIJAKSANA tidak sama sekali akan menyamakan darjat antara dua golongan ini di sisi-NYa..

Jadi, bagaimana sis? Susah memang susah.. Payah memang Payah.. Namun, mari kita mengejar sesuatu yang pasti.. Mari Kita menjadi HAMBA ALLAH yang BERTAQWA.. yang BERHATI-HATI menjaga TINGKAH AMALnya.. yang sentiasa Mengejar REDHA dan CINTA-NYA..

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan." (An-Nahl:97)


wallahua'lam... Peringatan Bersama untuk diamalkan Bersama. Insya-allah. Semoga kita dapat mendidik diri dan memproses jiwa agar TAQWA benar-benar menjadi BEKALAN perjalanan dunia fana kita ini... Ameen.

Love
-SERVANT-

Saturday, 28 March 2009

Rancangan-Nya, kami Berkenalan

salam kasih dan persaudaraan untuk semua..
erm..comel tak wajah-wajah kanak-kanak ceria di atas? itulah jiwa-jiwa yang masih bersih fitrahnya.. hajatkan kebaikan.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, Allah hadiahkan saya kanak-kanak ceria dan berbudi dari STPS.. dan Alhamdulillah, perkenalan kami tak sekadar kerana Tugasan University.. tapi, nampaknya..semakin mekar dan subur, lebih dari itu.

tanggal 25 Mac baru ini, dua kanak-kanak comel di atas, Laura dan Sophie menjemput saya ke rumah mereka. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya saya agak risau kerana saya seorang diri.. Namun, susunan Allah Maha Cantik sekali. Alhamdulillah, saya diterima dengan baik sekali oleh keluarga mereka, warga tempatan Plymouth yang telah hampir 20 tahun tinggal di hujung England ini.

Awal tibanya saya dirumah mereka dari STPS, saya diterkam dan dijilat oleh anjing-anjing yang besar (Rotwailer), bukan kerana mereka ingin berkasar, tetapi, itulah cara mereka menyambut tetamu dengan mesra..! Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk tidak menunjukkan ketakutan yang amat sangat dalam hati ini.. Tapi, bagus sekali, Claire, ibu mereka memahami.. mereka keluarkan anjing-anjing tersebut selama saya berada di dalam rumah, dan mereka jauhkan anjing-anjing tersebut apabila saya keluar ke laman mereka.. menarikkan?

Seterusnya, setelah dihidangkan air teh dan bersembang-sembang dengan Claire.. saya ikut bermain 'tramplin' bersama-sama kanak-kanak ini di laman rumah mereka. Tak cukup dengan itu, saya melayan pula mereka bermain di atas rumah. Ada-ada saja yang mereka ingin cerita dan kongsikan dengan saya.. ada-ada saja game yang mereka nak saya ikut bersama.. Penat, memang penat.. tapi, dalam celah-celah kaletah kanak-kanak ini, ada sesuatu yang saya senangi pada mereka..iaitu mereka sangat positif dengan saya dan keyakinan saya. Sambil-sambil bergelak ketawa, mereka suka bertanya juga tentang pakaian saya dan apa yang menyebabkan saya taat memakainya.. apabila saya bercerita, semua duduk mengelilingi saya, berminat dengan cerita saya tentang apa yang saya percaya.. Subhanallah, bersih sungguh mereka ini. Erm..kalau atas tu, ada gambar Clowie dengan tudungnya.. itulah mereka yang sungguh gembira apabila dapat berpakaian seperti yang saya pakai...

erm, tak lupa juga kebaikan ibu mereka. Claire sungguh-sungguh nak menghidangkan saya makan malam. ketika mengetahui saya hanya makan daging vegetarian atau yang halal, susah payah Claire menyiapkan hidangan ikan dan nasi pada saya.. Subhanallah, baik sungguh dia! Dengan izin Allah juga, Claire berkongsi dengan saya tentang pengalaman-pengalaman pahit manis hidupnya. Saya terfikir, percaya pulak dia pada saya sedangkan baru sekali bertemu? Tapi, wallahua'lam.. Allah pemilik hati.. dan saya akur, dengan perkongsian itu, banyak yang saya pelajari..

begitu juga pasangan Claire, Colon. Sejurus mengetahui saya menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana saya Muslim, tahu saja Colon untuk menyesuaikan diri agar saya tidak kekok di rumah. Yang paling saya terharu, Colon membawa bersama ahli keluarganya untuk menghantar saya pulang ke MARJON kerana tahu saya lebih senang begitu..subhanallah.. sungguh berbudi mereka!

Demikian lah, pengalaman saya sepetang bersma dengan mereka yang ingin saya kongsikan di sini. Terlalu banyak saya belajar daripada ziarah saya ini. Namun yang penting, saya semakin terasa Sungguh MANISnya bersama dengan ISLAM.. dan kerana Kemanisan itu, terasa INGIN SENTIASA BERKONGSI KEMANISAN ISLAM itu dengan sesiapa sahaja..

Saya sentiasa berdoa agar perkenalan saya dengan keluarga ini tidak hanya tinggal begitu...tanpa makna... walalupun saya tahu, sungguh urusan HIDAYAH adalah urusan ALLAH.. Semoga ALLAH membantu saya untuk menjadi COntoh sebagai MUSLIM yang benar-benar MUSLIM kepada mereka...

Sunday, 22 March 2009

Andalus, Nantikan KAMI..!

Salam sahabat-sahabat yang dikasihi!

insya-allah, cuti ESTER akan datang ini, saya dan kawan-kawan MARJON seramai 8 orang akan ke ANDALUS. erm.. pernah dengar ANDALUS dan tahu tak sejarahnya? Alhamdulillah..Kelmarin merupakan hari yang bermakna buat kami berlapan. Dengan izin ALLAH, suatu Daurah (kursus) Andalus Plymouth 2009 telah di adakan di sini sempena nak perancangan kami ini. Ye la..Nak pi tempah bersejarah, mesti kena tau sejarah dia dulukan.. Jadi, alhamdulillah, dengan Izin ALLAh, penyampai yang comel dan petah, kakak A'in telah berjaya membentangkan tentang Sejarah ANDALUS denga sangat berkesan pada kami. Jadi di sini, ingin saya kongsikan sedikit sebanyak tentang ANDALUS, bumi kita yang HILANG dirampas lantaran HILANGnya IMAN dan TAQWA.

Sebelum tu, meh kita tengok Firman Allah dalam surah Al-Fatir,34 dan 35 yang bermaksud; "...tetapi ketika pemberi peringatan datang kepada mereka, tidak menambah (apa-apa) kepada mereka, bahkan mereka semakin jauh mereka dari (kebenaran). Kerana kesombongan (mereka) di bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu hanya akan menimpa diri mereka sendiri. Mereka hanyalah menunggu berlakunya ketentuan kepada orang-orang terdahulu. Maka kami tidak mendapatkan perubahan bagi ALLAH, dan tidak pula akan menemui penyimpangan bagi ketentuan ALLAh."

erm..kalau kita tengok ayat Allah ini menjelaskan bahawa, telah ditetap suatu sunnatullah (ketetapan) bahawa kalau datang peringatan untuk kembali kepada ALLAH, kemudian kita berpaling.. maka, tunggulah kehancuran yang akan datang seperti mana yang telah datang kepada kaum yang terdahulu..yang telah tinggal sejarah...

Jadi, hal yang sama lah yang terjadi kepada ANDALUSIA kita. Ketika Umat Islam hidup dengan ruh JIHAD yang berakarkan IMAN dan TAQWA, Allah telah menganugerahkan bumi ANDALUS itu pada kita, umat ISLAM melalui pembukaan yang dilaksanakan oleh panglima Islam TARIQ bin ZIYAD serta Gabenor MUSA bin NUSAI serta yang masyhur sejarah kepahlawanan dan kewarakan mereka. Selama hampir 800 tahun, Islam menguasai dan memerintah seluruh bumi HISPANIA ini dengan aman dan damai. Menurut sejarah, di Cordova sahaja, terdapat hampir beratus ribu MASJEED yang terbina dan penuh saffnya setiap kali waktu solat. Terdapat satu masjeed yang dinamakan MUZQUITTA sempena kagumnya mereka (orang asing) kepada betapa ramainya Umat ISLAM yang masuk ke MASJID setiap kali waktu solat dan kemudian keluar bertebaran di bumi COrdova setelah selesai solat untuk meneruskan kewajiban seharian..mereka kelihatan seperti nyamuk-nyamuk yang tangkas berterbangan. Seni bina bangunan dan bandar-bandar sehingga kini menjadi kekaguman manusia umumnya. Itulah ANdaLUSIA kita. Andalusia juga pernah menjadi KEM utama kepada OPERASI membuka PERANCIS. (percaya tak hampir 70 % FRANCE pernah menjadi milik kita? Ya.itulah yg tercatat dalam sejarah)


Namun, setelah generasi demi generasi berlalu. IMAN dan TAQWA kepada ALLAH semakin terhakis dari bumi ini.. Harta dan perhiasan DUNIA semakin menjadi subjek utama warga Andalus. Perebutan kuasa antara pemimpin Islam, penyelewengan harta rakyat oleh yang berkuasa dan pelbagai masalah dalaman telah membuka peluang pihak KUFFAR untuk MENAWAN dan MERAMPAS kembali bumi ini. Sehingga tanggal 1492M, apabila kunci kota Granada diserahkan kepada Raja Ferdinand kerana pemimpin Islam terpedaya dengan janji-janji palsu yang mereka tabur, maka ketika itu jatuhlah Andalus seluruhnya ke tangan mereka. dengan disaksikan oleh pemipin Islam itu sendiri, umat Islam di setiap inci ANDALUS telah dibunuh, dipenggal kepala dan dizalimi sampai mati oleh tentera KUFFAR sejurus kemasukan mereka. ANDALUS berdarah dengan darah UMAT ISLAM.. sehingga habis..tidak tinggal seorang pun lagi.. maka menangis kekesalan la si pemimpin itu..sehingga terkeluar kata-kata masyhur dari lidah ibunya yang berbunyi; "Hai Sultan, Menangislah kami seperti PEREMPUAN kerana suatu ketika dulu, kamu tidak menjaga ANDALUS seperti seorang LELAKI!"

Demikian lah sedikit sebanyak, kisah Andalus yang saya dengar, catat dan ingat. Wallahua'lam, mungkin saja ada kelemahan dan kekurangan. Namun, begitulah betapa kita boleh lihat ketetapan ALLAh bahawa "Sejarah jatuh bangunnya tamadun manusia ialah sejarah jatuh bangunnya keIMANan dan keTAQWAan."-->ini kalimat guru saya yang semakin saya fahami.. alhamdulillah.

Jadi sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, berbalik kepada diri kita sendiri.. ALLAH MAHA ADIL. sama-sama kita nak jaga HAQ- HAQ ALLAH supaya mudah-mudahan ALLAH jaga HAQ-HAQ kita.. HAQ allah ilah kita memberi ketaatan sepenuhnya pada-NYa dalam segala perkara (personal atau pulic matters).. dan Hak kita ialah Janji SYURGA serta kemengan ISLAM di muka bumi-NYA.. insya-allah.

wallahua'lam.

Anyway, doakan perjalanan pergi dan kembali kami nanti ya!

Love
-SERVANT-

Saturday, 21 March 2009

A Text Message

Salam my dear sis!

Somebody has sent a Text Message last night.. and I felt its really meaningful. So, I would like to share it here so that you can get it as well.
"antara tanda-tanda kesengseraan adalah mata yang beku (sukar menangis kerana TAKUTkan ALLAH), hati yang keras terlampau memburu kesenangan dunia & orang yang terus menerus melakukan dosa." -HR Al-Hakim-
Jangan kita biarkan kesengseraan itu TERUS menghinggapi hidup kita.
Ukirlah SEJARAH HIDUP kita dengan keimanan dan kebahagiaan kepada ALLAH SWT.
I felt sometimes we felt sick though our body looks healthy..
But then, I realize that actually it's not our BODY is sick.. it's OUR IMAN..it's Our SOUL. They are SICK, they are StarVIng for Something that We Forgot to Fulfil them.
Yes, They are waiting for a REFRESHMENT for a RECTIFICATION for us..
So, my dear sis.. Lets Do it..! Lets refresh and rectify Our IMAN, Our SOUL.. Live it up, Sis!
May ALLAH grants us the SAKEENA IMANIYAH where we are living in peace, no worry, no sadness, cause our IMAN is ALIVE..! Ameen
Wallahua'lam.
Manusia tanpa iman adalah manusia yang kerdil dan kecil.
Manusia tanpa iman adalah manusia yang rendah dan dangkal cita-citanya.
Manusia tanpa iman adalah manusia yang sempit dan perit kehidupannya.
Manusia tanpa iman adalah manusia yang pendek dan singkat matlamatnya.
Manusia dengan iman adalah manusia yang hebat dan gagah.
Manusia dengan iman adalah manusia yang tinggi dan jauh cita-citanya.
Manusia dengan iman adalah manusia yang luas dan aman kehidupannya.
Manusia dengan iman adalah manusia yang panjang dan jauh matlamatnya.
-Assyaheed Syed QUtb-
Miss you, sis!
With love and care
-SERVANT-

Thursday, 19 March 2009

The Ambassador of ISLAM



"Mary, would you have a chair? Let me gets it for you." Tom says with a concern voice.
"Mary, do you want me do it for you (photocopy things)?" Laura offers help with a sweet smile.
"Mary, I put my new teddy's name after your name, MARY!" Sophie tells excitedly.
"Mary, Selamat Pagi!"wishes Kevin happily using a new language that he just learned last week.

A special and sweet group of Year 6 students in South Trelawney Primary school is a gift from ALLAH, the All-Generous for my 2009 School Visit. It seems giving me an entirely different experience compared to the last 2008 School visit that I have in Malaysia. I praise ALLAH for ALL HIS KINDNESS and BLESSINGS to me as HIS servant.

Yea.. I do allow them to call me ‘MARY’ as they have a very limited ability in pronouncing my real name, MARYAM. So, sort of another way to develop a close and harmony rapport, I just let them shortened my name to be ‘Mary’ as it’s more familiar to them. And, ALhamdulillah, it works! As you can see above, the can get used with me, accept me as one of them in a very short time.. Alhamdulillah. With His Blessings, their kindness, enthusiasm in learning, politeness and concern have really touched my heart.

As a Muslim foreign student’s teacher, of course I felt a bit scared to go through our School Based experience (SBE) here. I can’t really imagine entering a school where they are no idea or might have a little idea on who I am, and what I’m wearing and etc. Will they accept me? And will they give their cooperation? I kept asking myself before. However, Allah the All-Hearing and All-knowing did hear my prayers and knew what best for me. Thus, now I have a great time with these lovely students who painted my journey to be a Muslim English teacher with inspiring and sweet colour of memory film. Alhamdulillah..

Though I just have a limited chance to see them which is twice a week (until ester holiday), Allah has granted a special bond between us. I can feel, how much I'm looking forward to see them every week.. to know more about them (not because of the assignment task).. to get closer to them.. only FOR ALLAH SWT's pleasure, they have given the same feelings as well. That's made us excited whenever we see each other. What I'm really hope here is, I can be a good example of the real Islam practitioner (MUSLIM) to each of the Nice and Lovely Kids.

Yesterday, I'm so pleased to know that they are sad to here that I'm going to end my School visit in two weeks time.. cause that's what I'm feeling too. However.. I'm so pleased to hear when they asked me
"Mary, can we see each other not in school? I mean.. can we (refer to herself and also to her friends) hanging out together after this, please..?"

and also when one of them told,
"Mary, my mum and I would be very glad if you can come over to my house to have a cup of coffee with us. Please Mary."

Oh.. Subhanallah.. How extremely HAPPY and SYUKR I am.. How Great ALLAh as he knows this is what I'm waiting for.. The continuity of our relationship. It's not just because of the assignment or Uni task but more than that.. Insya-allah.

So, my dear friends and sisters in ISLAM..

I'm here to share with you one of my significant life-story being here, as a Muslim foreign student teacher..who begs for HIS blessings and tenderness.. so that.. you can always pray for me...

I really hope that I can the Ambassador of ISLAM who come to share with these young adults about the one and only COMPLETE and PERFECT WAY OF LIFE, ISLAM.. Insya-allah..

wallahua'lam..

With Love and Care
-Servant-

Tuesday, 17 March 2009

ISLAM - ASLAMA - YUSLAMU

Salam kasih dan persaudaraan buat kawan-kawan yang dikasihi kerana Allah.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala ni'mat-Nya yang dengan rahmat dan kasih-Nya terlimpah buat kita..
kawan-kawan, nampak tak gambar tulisan Jawi di atas tu? Apa maknanya ya? dan.. apa la pentingnya pula? Well, baek saya terangkan..
kalimah pertama disebut ialah ISLAM,
kalimah kedua disebut ASLAMA
dan kalimah ketiga pula disebut YUSLAMU.
Well, kalimah Islam tu mesti sumer penah dengar kan..? Ada kat IC kita, jelas tertera obviously.. agama: Islam.. dan juga ISLAM di nobat sebagai the world fastest growing religion. manakala, kalimah kedua dan ketiga yang kita tak besa dengar sangat tu, sebenarnya di petik dari KALAM ALLAH yang mana Allah berfirman yang bermaksud;
"Apakah mereka mencari deen yang lain selain daripada deen Allah, padahal kepada-Nya lah menyerah diri (aslama) segala apa yang di langit dan di bumi baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan." (3:83)
"dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya (yuslamu) kepada ALLAH sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesunggunya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. Dan kepada Allahlah kesudahan segala urusan." (31:22)
So, friends.. insya-allah, both of us can see the relation between these three kalimah already,rigth? the kalimah 'ISLAM' seems to be derived from the other two kalimah which are ASLAMA and YUSLAMU. If we have a look on the above Ayatul Quran. it is clearly stated that those two words mean 'GIVING TOTAL SUBMISSION to ALLAH SWT', isn't it? so, as a thorough language learner, what can we say about kalimah 'ISLAM' itself? can we say..it has something to do with the GIVING TOTAL SUBMISSION to ALLAH SWT as well.. ??
So, as the one who being titled as a MUSLIM or in other words as the practioner of ISLAM or other words as the practitioner of GIVING TOTAL SUBMISSION to ALLAH SWT.. may be we could take some times to ponder on this matter. As TOTAL of course do refer to 100%, right? 100% of SUBMISSION to ALLAH in every aspect of our life.. That ISLAM or MUSLIM means..
But, in reality..
How much in our life that we really submit to ALLAH SWT..? can we say 99%? Nay.. can we say 80%? oh.. I think lesser than that..
We always have our own PLAN to fulfil our life rather than SUBMITTING to what ALLAH wants (or plans) us to do, isn't it?
We always wants something based on our dream and desire, rather than SUBMIT to Allah's DESIRE..isn't it?
In eating.. in studying..in choosing close friends..in choosing LIFE partner..in marriage.. and in so many things.. we always look for what say we rather that SUBMITting to what's say ALLAH..
Ooh.. How far we as a MUSLIm from the real meaning of MUSLIM which means the practitioner of GIVING 100% or TOTAL SUBMISSION to ALLAH SWT..??
Masya-allah..
So, lets PONDER.. Lets REFLECT
and
lets IMPROVE and WORK for the BEST to be the REAL MUSLIM as we should Do..
as a reminder..
key word for today :
'ISLAM= 100% SUBMISSION to ALLAH swt'

Video for Us

salam akhowat (saudara-saudara muslimah) yang dikasihi..

erm.. di sini, ada satu video best nak share.. suka sangat dengar pakcik Baba ni cakap.. hi hi.. its fun and interesting..! and, the most important it's accurate based on the authentic teaching of Islam.. so, meh, sama-sama menontonnya..
tapi, syarat.. mesti sampai abis show dia.. baru Best!
Ok, kawan-kawan, moga kita beroleh sesuatu dari video ini..! tengok, tau!


Monday, 16 March 2009

Ceria di MuSiM BuNGa

Salam kasih dan persaudaraan kawan-kawan..! Subhanallah... hari ini ialah hari yang sungguh CERIA!
Saya ke Ceria? Tak.. ALAM yang CERIA..! Setelah melalui hari-hari 'gloomy' dan 'foggy' di musim sejuk, tanggal Mac, 16.. bermulalah MUSIM BUNGA buat Northern Hemisphere..Alhamdulillah!
Masya-allah, hari ini mentari bersinar cerah sekali..! Tampak jelas bunga-bunga mula mekar menghiasi laman-laman kami..
ini lah antara gambar-gambar di MARJON yang dapat saya share di sini.. hi hi.. banyak lagi spot yang cantik sebenarnya..tapi, tak sempat mengambilnya..sebab eager sangat nak share..

Here's our students' village. Now, it looks more alive..!

Pink flowers have come out..!


Look, there'r no more buds.. All turn into beautiful cheerful yellow defs..!

Saturday, 14 March 2009

Pokok Bunga itu

Salam Penuh Kesejahteraan buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Semoga sentiasa dalam rahmat kasih Allah sentiasa. Kat sini, saya nak kongsi sesuatu.. Nampak tak gambar pokok bunga di atas tu.. cantik tak rupanya? erm.. mata yang sukakan kesegaran alam mungkin akan cakap "TAK cantik! Buat sakit mata saja!" hihi..itu normal.. memang tak cantik pun. itu pokok bunga saya sebenarnya.. saja saya nak share di ruangan ini.. sebenarnya, pokok tu sangat segar sebelum ni (tak jumpa gambar nak tunjuk).. pokok tu menjadi perhiasan untuk bilik saya ini sebulan yang lalu.. namun, hari ini.. pokok itu berupa seperti itu.. tidak lagi cantik dan menyegarkan.

sekadar mengajak sama-sama berfikir. sahabat-sahabat rasa, kenapa pokok tu jadi macam tu ya..? LAYU, TAK SEGAR.. Ya, tentu sebab, saya tuannya.. tidak menyiramnya..tidak ambil peduli padanya dan tidak membajainya kebelakangan ini.. maklum saja, sibuk ke sekolah, sibuk assignment dan kuliah-kuliah.. ada sahaja alasannya.. Lama kelamaan, pokok yang dahulunya indah bertukar rupa.. tidak lagi segar dan menyegarkan.. Bunga-bunganya layu.. daunnya kekuningan.. Sedihkan..

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, itu kisah jaga pokok.. tidak lah sepenting mana.. BAGAIMANA dengan PENJAGAAN IMAN kita pula?? adakah kisah penjagaan pokok bunga ini agak-agak ada persamaan tak dengan PENJAGAAN IMAN kita..? sifat IMAN sentiasa NAIK dan TURUN.. Kalau kita, tuan badan tak ambil peduli pada Iman kita sendiri.. Siapa yang akan?? IMAN--jika kita tak disirami, di ambil peduli dan dibajai.. maka Layulah Iman kita.. dan tidak segarlah Iman kita.. apa lagi untuk menyegarkan orang di sekeliling.. Sepertilah keadaan pokok bunga itu.. Namun, tentunya Perihal Menjaga IMAN adalah berganda-ganda lebih penting daripada Menjaga pokok bunga ini.. Kerana bukankah IMAN --> TAUHID menjadi kayu ukur kepada tempat akhir kita di kampung Akhirat nanti...

Jadi, sahabat-sahabat.. apa perlu kita buat..untuk SEGARKAN IMAN kita?
Apa lagi.... AYUH KEMBALI kepada AL-QURAAN dan SUNNAH.. tidak adalah cara lain..Bagaimana sibukpun kita.. carilah peluang untuk sentiasa dekat dengan Kedua-dua Sumber Rabbani itu, carilah masa, ruang dan peluang untuk membaca, menatapi maknanya, memahami serta melaksanakanya dalam kehidupan.. Insya-Allah, IMAN mu akan segar.. dan terus segar.. hingga akan MENYEGARKAN orang-orang disekelilingnya.. seperti lah pokok bunga itu.. yang suatu ketika dulu, INDAH dan MEMPERINDAHkan Kawasan Sekitarnya..

wallahua'lam...
sedikit perkongsian..
sayang ntum (kalian) kerana ALLAH..

untuk warga NZ --- jumpa di YM isnin malam untuk sama-sama kita SEGAR kan IMAN kita..insya-allah!

I travel

I travel
to see the world
to feel the atmosphere
to know the people

I travel
to realize how small I am
to understand How GREAT He is
to appreciate His marvellous creation

I travel
to be a grateful servant

Lucan, Dublin
Dec 13, 2008

Monday, 9 March 2009

Kau Istimewa (Video Show)

Salam kasih buat sahabat-sahabat sekalian. tentu masing-masing peka dgn tarikh hari ini,kan? Ya, 12 Rabiul Awal 1430H, tanggal keputeraan baginda Rasulullah SAW.. seorang manusia, seperti kita.. yang telah terpilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi utusan terakhir-NYA, penyampai RISALAH TAUHID dan pembawa RAHMAT kepada sekalian alam..
tapi,
harap sahabat-sahabat juga ingat..tarikh ini juga ialah tanggal hari kewafatan baginda SAW.. yang mana bermakna pada tarikh ini jugalah pernah terputusnya hubungan direct antara langit dan bumi.. kerana Wahyu Allah telah lengkap diturunkan.. dan, sampai masa baginda Rasul SAW bertemu dengan kekasih agungnya..
Insya-allah, tak hajat bercakap panjang.. cuma hajat sama-sama dapat hayati tayangan gambar di bawah ini.. Semoga ia dapat membangkitkan lagi 'FEEL' kasih dan terhutang budi kita kepada RASULULLAH SAW..

Sunday, 8 March 2009

Cinta Saudara

Assalamualaikum sahabat-sahabat yg saya kasihi kerana Allah sekalian..

Ketika mentaddabur hadith Rasulullah yang bermaksud;
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. (Muttafaq alaihi)
Tiba-tiba saya teringat sahabat-sahabat kalian.. yang kini berada nun jauh di Southern Hemisphere.. erm.. Saya selalu mengaku saya kasih akan kalian..
oleh itu, mengikut hadith ini, saya harus berbuat sesuatu kepada kalian seperti saya suka diri saya diperbuat…
jadi.. bila saya fakir-fikir.. saya suka akan nasihat dan peringatan untuk diri saya..yang membawa saya kembali kepada Allah.. maka..insya-allah, mungkin hal yang sama dapat saya lakukan kepada kalian, sahabat-sahabatku… agar kita sama-sama dapat dekat dengan Allah.. dapat kembali kepada Allah… dan dapat sayang Allah dan disayangi ALLAH swt..

Friday, 6 March 2009

Sahabat

Kita pernah saling tak mengenali
Aku-aku, Kau-kau..
Di bumi asing, tersendiri..
Namun,
Limpahan Rahmat-Nya yang mencurah
Kau bertemu aku tanpa lelahnya pencarian
Aku berkenalan denganmu tanpa adanya paksaan
Seuntai persahabatan,
Sebuah persaudaraan,
telah tercatat
Akan tumbuh mekar dan mewangi
Bakal meninggalkan kesan dan kenangan
Yang tersendiri
di tanah itu..
Kini,
Biar berbeza masa dan jarak
Harap bakal kita terus bertemu
dalam Doa dan Rindu Yang Bersatu
Atas matlamat yang Jitu dan Satu
demi Menggapai Mardhatillah..
Saat ini,
Sekadar ingin kau tahu..
Sahabat,
sampai saat ini
Aku terus sayangkan dirimu
Hanya kerana Allah..
dan
Hanya kerana Allah sayangkan Insan bersaudara..
seperti kau dan aku..

Kerana itu, terimalah iringan lagu ini..
untuk tatapan kau dan aku..


Istimewa untuk mu

Buat sahabat yang sentiasa di hati.. biarpun video ini sering diputarkan..
aku titipkan khas buatmu..
semoga kita bertambah yakin akan
ADANYA ALLAH BERSAMA KITA..