Sunday, 29 March 2009

A Poem

salam sis and bros

I want to thank for those who reminds me about my late blog.. as i went visit it back..I just found out that I have written this poem once upon a time ago.. huhu.. i've totally forgotten about it already..
However, what is interesting is.. I discover that this poem is still picturing thecurrent feeling within me right now...after all the experience i've faced since I've been in UK..huhu..specifically in Plymouth..


Between
me and Him

I am nothing, but an imperfect servant
I am nobody, but a forever learner
I am no one, but a preserving peace-seeker


Between
me and the world

I am a someone as I am a Muslim(Submitter)
I am a somebody as I am a Mu'min (believer)

I am a leader as I am a Caliph

Because

My dignity and my strength,

My love and my passion
are all gathered

in His Power and Mastery
and
I Believe I Trust
merely in His authority


O Allah, show me the true Path..


Sept 3, 2007 Lembah Pantai, Kuala Lumpur



Subhanallah.. that's something i never thought of..! Thank You ALLAH for Everything..!

Bekalan Bersama


Sabda Rasulullah Saw, "dilingkungi Syurga itu dengan duri/kesukaran dan dilindungi neraka itu dengan Syahwat / Kesenangan."
Jelas sekali janji Rasul bahawa, kiranya kita memasang impian untuk menggapai SYURGA A
LLAH, sudah pasti tidak mudah jalan yang perlu kita tempuhi.
Maka, dalam menempuh kehidupan dunia yang dihiasi dengan pelbagai ujian untuk orang-orang beriman ini..terlihatlah urgensinya untuk setiap kita punya bekalan yang cukup, ampuh agak tak tewas di pertengahan jalan. Maka di sinilah Allah menyebut, "Segala yang baik yang kami kerjakan, Allah Maha Mengetahui. Berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah TAQWA. dan Bertaqwalah kamu kepada-Ku, hai orang-orang yan berfikir!" (2:197)
Maka dengan jelas, Allah mewasiatkan bahawa sebaik-baik Bekalan Perjalanan Kita, sebagai
Orang-orang Beriman dalam menjaga Imannya ialah AT-TAQWA.

Saudara/i Muslim/ah sekalian,
apakah pula pengertian TAQWA?
Tak p
erlu pada huraian yang panjang, cukup untuk kita bersama merenung analogy yang dikeluarkan oleh salah seorang anak muda, Usamah b. Zaid ketika beliau ditanya oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a. tentang hakikat TAQWA; "Wahai Amirul Mukminin, apakah yang akan kamu lakukan apabila sedang berjalan melalui Jalan atau Lorong yang penuh dengan duri?", dan Umar r.a.menjawab, "Pastinya aku akan sentiasa berhati-hati dan melihat-lihat celah-celah yang selamat untuk aku letakkan kakiku." dan demikianlah hakikat TAQWA, apabila ia mula peka dan berhati-hati dengan setiap langkah dan tingkah yang diambilnya agar setiap satunya sentiasa SELARAS dan AMAN pada pandangan ALLAH SWT, maka itu tandanya ada TAQWA dalam dirinya.. Kerana, Orang yang bertaqwa sentiasa ingin memastikan sama ada tindakan atau sahsiah dirinya diredhai ALLAH atau dibenci-Nya. Kiranya ada sesuatu yang dibenci-Nya, dengan segera ia cuba untuk meninggalkan jauh-jauh perkara itu.

Susahnya nak jadi begitu, sis..? Ye.. memang susah. Namun, firman Allah "Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbuat kebaika
n berada dalam SYURGA penuh keni'matan, dan sesungguhnya orang-orang yang DURHAKA itu benar-benar berada dalam NERAKA." (82:14)
Berbalik pada tadi, NAK SYURGA ALLAH tak? kalau NAK, JALANnya telah PAST
I SUSAH..! Namun, begitu, kesusahan itu Allah akan gantikan dengan perasan KEMANISAN dan KETENANGAN IMAN kerana kita mentaati-Nya.. yang tak mungkin difahami melainkan oleh orang yang merasainya sendiri.. Sabda Rasul Saw, "Ada tiga keadaan, yang barangsiapa memilikinya, maka ia akan merasakan KEMANISAN IMAN. 1- apabila ia menCINTAI ALLAH dan RASUL-NYA lebih daripada segala-galanya. 2- Apabila ia mencintai manusia, maka CINTAnya hanya semata-mata kerana ALLAH. 3- apabila ia merasa BENCI untuk kembali kepada kekafiran setelah ALLAH selamatkan ia sepertimana ia BENCI untuk DICAMPAK ke dalam NERAKA-NYA." Terdapat Salaf/Sahabat berkata, "sesungguhnya ada taman penuh kebahagian di dunia ini, yang kiranya sesiapa tidak memasukinya di dunia, maka ia tidak akan memasukinya di akhirat kelak..Taman itu ialah KEBAHAGIAN dan KEMANISAN yang diperoleh HASIL KETAATAN dan KEDEKATAN dengan ALLAH swt." jadi, nampak saja macam kita susah kat dunia ni..sebab nak jadi hamba ALLAH yang Taat.. tapi, jelas bahawa.. susah itu hanya di mata mereka.. Ketenangan dan Kebahagian yang ALLAh hadiahkan untuk para Mukmin dan MUjahidah Iman adalah tak ternilai harganya..

Memetik pula kalam Ibnu Qayyim al-Jauzi, "Barangsiapa menyangka bahawa Allah akan samakan antara orang-orang yang berbuat TAAT dengan orang-orang yang berbuant MAKSIAT/ENGKAR, maka sesungguhnya ia telah berprasangkah buruk pada Allah! Allah berfirman, "Patutkah Kami menganggap orang-orang BERIMAN dan Mengerjakan AMAL SOLEH sama dengan orang-orang yang BERBUAT KEROSAKAN di muka bumi? Patutkah Pula kami menganggap orang-orang BERTAQWA sama dengan orang-orang yang BERBUAT MAKSIAT?" (38:28) Allah dengan SIFAT-NYA yang MAHA ADIL lagi MAHA BIJAKSANA tidak sama sekali akan menyamakan darjat antara dua golongan ini di sisi-NYa..

Jadi, bagaimana sis? Susah memang susah.. Payah memang Payah.. Namun, mari kita mengejar sesuatu yang pasti.. Mari Kita menjadi HAMBA ALLAH yang BERTAQWA.. yang BERHATI-HATI menjaga TINGKAH AMALnya.. yang sentiasa Mengejar REDHA dan CINTA-NYA..

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan." (An-Nahl:97)


wallahua'lam... Peringatan Bersama untuk diamalkan Bersama. Insya-allah. Semoga kita dapat mendidik diri dan memproses jiwa agar TAQWA benar-benar menjadi BEKALAN perjalanan dunia fana kita ini... Ameen.

Love
-SERVANT-

Saturday, 28 March 2009

Rancangan-Nya, kami Berkenalan

salam kasih dan persaudaraan untuk semua..
erm..comel tak wajah-wajah kanak-kanak ceria di atas? itulah jiwa-jiwa yang masih bersih fitrahnya.. hajatkan kebaikan.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, Allah hadiahkan saya kanak-kanak ceria dan berbudi dari STPS.. dan Alhamdulillah, perkenalan kami tak sekadar kerana Tugasan University.. tapi, nampaknya..semakin mekar dan subur, lebih dari itu.

tanggal 25 Mac baru ini, dua kanak-kanak comel di atas, Laura dan Sophie menjemput saya ke rumah mereka. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya saya agak risau kerana saya seorang diri.. Namun, susunan Allah Maha Cantik sekali. Alhamdulillah, saya diterima dengan baik sekali oleh keluarga mereka, warga tempatan Plymouth yang telah hampir 20 tahun tinggal di hujung England ini.

Awal tibanya saya dirumah mereka dari STPS, saya diterkam dan dijilat oleh anjing-anjing yang besar (Rotwailer), bukan kerana mereka ingin berkasar, tetapi, itulah cara mereka menyambut tetamu dengan mesra..! Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk tidak menunjukkan ketakutan yang amat sangat dalam hati ini.. Tapi, bagus sekali, Claire, ibu mereka memahami.. mereka keluarkan anjing-anjing tersebut selama saya berada di dalam rumah, dan mereka jauhkan anjing-anjing tersebut apabila saya keluar ke laman mereka.. menarikkan?

Seterusnya, setelah dihidangkan air teh dan bersembang-sembang dengan Claire.. saya ikut bermain 'tramplin' bersama-sama kanak-kanak ini di laman rumah mereka. Tak cukup dengan itu, saya melayan pula mereka bermain di atas rumah. Ada-ada saja yang mereka ingin cerita dan kongsikan dengan saya.. ada-ada saja game yang mereka nak saya ikut bersama.. Penat, memang penat.. tapi, dalam celah-celah kaletah kanak-kanak ini, ada sesuatu yang saya senangi pada mereka..iaitu mereka sangat positif dengan saya dan keyakinan saya. Sambil-sambil bergelak ketawa, mereka suka bertanya juga tentang pakaian saya dan apa yang menyebabkan saya taat memakainya.. apabila saya bercerita, semua duduk mengelilingi saya, berminat dengan cerita saya tentang apa yang saya percaya.. Subhanallah, bersih sungguh mereka ini. Erm..kalau atas tu, ada gambar Clowie dengan tudungnya.. itulah mereka yang sungguh gembira apabila dapat berpakaian seperti yang saya pakai...

erm, tak lupa juga kebaikan ibu mereka. Claire sungguh-sungguh nak menghidangkan saya makan malam. ketika mengetahui saya hanya makan daging vegetarian atau yang halal, susah payah Claire menyiapkan hidangan ikan dan nasi pada saya.. Subhanallah, baik sungguh dia! Dengan izin Allah juga, Claire berkongsi dengan saya tentang pengalaman-pengalaman pahit manis hidupnya. Saya terfikir, percaya pulak dia pada saya sedangkan baru sekali bertemu? Tapi, wallahua'lam.. Allah pemilik hati.. dan saya akur, dengan perkongsian itu, banyak yang saya pelajari..

begitu juga pasangan Claire, Colon. Sejurus mengetahui saya menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana saya Muslim, tahu saja Colon untuk menyesuaikan diri agar saya tidak kekok di rumah. Yang paling saya terharu, Colon membawa bersama ahli keluarganya untuk menghantar saya pulang ke MARJON kerana tahu saya lebih senang begitu..subhanallah.. sungguh berbudi mereka!

Demikian lah, pengalaman saya sepetang bersma dengan mereka yang ingin saya kongsikan di sini. Terlalu banyak saya belajar daripada ziarah saya ini. Namun yang penting, saya semakin terasa Sungguh MANISnya bersama dengan ISLAM.. dan kerana Kemanisan itu, terasa INGIN SENTIASA BERKONGSI KEMANISAN ISLAM itu dengan sesiapa sahaja..

Saya sentiasa berdoa agar perkenalan saya dengan keluarga ini tidak hanya tinggal begitu...tanpa makna... walalupun saya tahu, sungguh urusan HIDAYAH adalah urusan ALLAH.. Semoga ALLAH membantu saya untuk menjadi COntoh sebagai MUSLIM yang benar-benar MUSLIM kepada mereka...