Saya dan adik kedua-duanya menoleh kearah ibu. ‘Err.. mak? Tasbih ape mak?’ tanya kami kembali, sekadar memastikan kami tak salah mendengar.
‘Alah.. ape tah namenye tu.. Ketika Tasbih Bercinta..’ jawab ibu telus.
Tanpa mampu ditahan-tahan, berderai tawa saya dan adik serentak.
Ibu pelik melihat kami, dan turut tertawa (memang gelagat ibu akan ketawa bila orang lain ketawa). ‘Kenape? Salah ke? Betul la kan..’
Sambil memegang perutnya menahan senak kerana ketawa, adik berkata, ‘Mak.. bukan la.. Ketika Cinta Bertasbih..’
‘Ha.. yang tu la.. Sama la tu... Bunyinya kan sama.. ’ ibupun turut tertawa dengan perkataan rekaannya sendiri.
‘Aa.. mak.. sama-sama... cume comel lagi ade la bunyinya tu...’ ujar saya masih sambil tertawa kecil.
Begitulah salah satu detik manis yang menjadi lakaran memori indah sepanjang kunjungan ibu saya di bumi permaisuri ini. Sehingga hari ini saya tersenyum simpul mengingatkan kalimah pilihan ibu, ‘Ketika Tasbih Bercinta’.. menarik tu.. macam boleh buat cerita baru..
Anyway.. bukan Ketika Tasbih Bercinta yang ingin saya kongsi di sini.. bahkan.. Insya-allah.. Film Ketika Cinta Bertasbih yang akan menjadi topic bicara saya kali ini.
*****************************************************
Beberapa hari lalu, Alhamdulillah.. selesai saya menontot bahagian kedua Film kedua termahal Indonesia ini. Dan.. semestinya.. wajar saya ucapkan ‘MABRUK!’ kepada semua yang terlibat dalam penghasilan film ini. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha ntum dan mengiranya sebagai amal soleh di sisinya. (Insya-allah, akan saya usaha untuk memiliki CD KCB yang original sebagai tanda sokongan saya pada pihak kalian!)
Benarlah, selaku seorang yang tidak professional dalam bidang perfileman, tentulah tidak layak jika apa yang ingin saya komen adalah dari segi-segi teknikal filem. Namun, sebagai seorang manusia.. yang punya hati dan aqal.. insya-allah, saya percaya, saya sentiasa layak untuk berkongsi apa yang saya tersentuh, terfikir dan tersedar daripada filem KCB ini. Jujurnya, saya lebih terkesan dengan KCB 2 berbanding KCB 1. Maka, jangan hairan jika anda mendapati bicara saya seterusnya akan banyak datangnya daripada KCB 2.
Jika kebanyakan orang ingin katakan cerita ini tentang cerita Cinta Manusiawi, terpulang. Namun, apa yang saya peroleh daripada cerita ini adalah kehebatan CINTA-NYA dalam merencana hidup hamba-hamba-Nya. Hal ini boleh dilihat jelas melalui bagaimana jodoh watak utama dalam filem ini, Khairul Azzam, seorang pemuda yang baik akhlak dan agamanya disusun dengan indah oleh Yang Maha Menyusun. Mungkin saja ada yang bisa mengatakan, ‘ala.. plot-plot tu.. Ustaz Habiburrahman la yang reka.. bukan betul pun..’ Namun, tidak mustahil untuk benar-benar terjadi dalam dunia realiti kan? Susunan Allah sentiasa mengatasi segala-galanya. Firman Allah swt; Wallahu a'la Kulli SyaieenQadeer (Dan sungguh, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu) --> ayat favourite mak.. :-)
Memanglah pahit, untuk pemuda seperti Azzam untuk menerima satu demi satu berita ‘pinangan tertolak’. Namun, saya amat suka bagaimana watak Azzam berhadapan dengan ujian-ujian tersebut iaitu dia amat-amat berbaik sangka kepada ALLAH swt, Yang diyakininya sebagai Maha Penyusun Cinta juga kepada ibunya, yang diyakini di dalam keredhaannya ada barakah dari-NYa. Hal ini menjadikan dia kuat untuk sentiasa sabar dan redha dengan setiap ujian-ujian tersebut. Maka di sini, sebagai penonton, saya dapat lihat dan sedar, apakah yang perlu untuk menjadikan seorang juga kuat dalam berhadapan dengan ujian-ujian hidup ini. Tidak lain dan tidak bukan iaitu keimanan dan keyakinan kepada ALLAH swt, yang Maha Hebat, yang Maha Menyusun dan yang Maha Mengetahui segala-galanya. Keimanan yang tak tergugah menjadikan kita tenang, keimanan yang ampuh menjadikan kita sentiasa sabar dan redha, dan keimanan yang jitu menjadikan ujian yang pahit menjadi indah. Seperti sabda baginda s.a.w.; ‘Amat ajaib sekali perihal orang beriman itu. Sesungguhnya semua keadaan adalah baik baginya; dan hal itu tidak berlaku melainkan kepada orang beriman sahaja. Jika dia diberikan kesenangan, diapun bersyukur; maka itu baik baginya. Sedangkan jika dia ditimpa kesukaran, yakni yang memberi mudharat pada dirinya, diapun sabar; maka jadilah hal itu juga baik baginya.’ [HR Muslim]
Selain itu juga, haruslah saya ucapkan setinggi terima kasih dan tahniah kepada Ustaz Habib dan krew KCB, kerana memberi satu watak lagi, untuk dijadikan Qudwah Hasanah dalam hidup saya, sebagai seorang gadis yang berusaha menjadi soleh dan musleh di abad ini.. insya-allah. Ya, kesuluruhan cerita ini, watak Anna mengajar saya tentang akhlaq Muslimah yang seharusnya saya berusaha miliki. Kesantunan, ketinggian ilmu, kepetahan bicara dan rendah diri beliau yang tergambar dalam filem membuat saya kembali tersedar. Maklum saja, setahun terhidang dengan pelbagai karenah dan reaksi gadis-gadis barat setempat, kadang-kala menjadikan saya lupa hakikat akhlaq seorang Muslimah yang ALLAh kehendaki. Alhamdulillah, syukur pada-Nya.. filem ini kembali memperingatkan saya.
Oh ya, pada saya, jika Anna yang dibawa dalam filem ini nak dikatakan cantik, Anna tidaklah terlalu cantik. Namun, Anna sangat anggun orangnya. Dia seorang anak gadis kiyai yang santun pekertinya, tinggi ilmunya dan petah bicaranya. Pernah saya terbaca komen daripada para penonton lain, ‘watak Anna tu watak 1 dalam 1000.. tak real....’ pada saya, terletak pada kitalah untuk merealisasikannya.. insya-allah.
Jujurnya, saya juga kurang setuju dengan komen itu. Lantaran, Alhamdulillah, sepanjang hidup saya, selalu saja saya bertemu dengan manusia-manusia real seperti itu, cuma tinggal, mereka tak pernah diketengahkan oleh masyarakat dan media perdana. Dan juga, saya nampak, mungkin telah tiba masa-nya manusia-manusia real seperti Anna ini, masuk dan bergaul dengan masyarakat.. kerana ketahuilah teman-teman.. masyarakat menanti kalian.. menanti watak-watak ANNA yang real untuk hadir di depan mereka, dan berbicara hikmah dengan mereka... menyampaikan ilmu penuh cinta kepada mereka. Insya-allah, saya pasti.. dengan rahmat Allah.. hati mereka akan terbuka menerimanya. Sabda baginda s.a.w; ‘Demi ALLAH, andaikata Allah memberikan hidayah kepada seseorang dengan sebab usaha kamu, maka itu adalah lebih baik daripada unta-unta merah (Unta merah adalah kiasan harta benda yang paling dicinta bangsa Arab ketika itu).’ [HR Muttafaqun A’laih]
Okay, insya-allah.. saya rasa, sehingga di sini saja bicara reaksi saya terhadap filem kedua termahal di Indonesia ini. Hampir 1000 patah perkataan sudah saya curahkan dalam post saya kali ini. Mohon 1000 kemaafan pada sebarang salah dan silap sepanjang bicara. Semoga post kali ini beroleh rahmat Allah swt sert bermanfaat untuk setiap kita.. amen, insya-allah.
Mohon teguran dan tunjuk ajar andai terzahir kelemahan..
With Love and Care,
Servant
Stansted Airport, London
(On the way ke Dublin for WISE Eire 2010)
terima kasih kerana berkongsi..
ReplyDeletekadang2 akak rasa awk membunuh rasa utk membaca entry2 awk sbb akak rasa entry awk dah best sampai ke puncak then BUUMMM terus jatuh menjunam ke tanah. HABIS...
~ehm.. ni komen tak puas hati~
alamak.. ye ke.. tu la masalah ana kak.. aisey man.. penutup tak best la ni.. mesti tiba2 tutup kan?
ReplyDeleteanyway.. thnx kak.. nanti ana bgi akka bace dulu.. baru post.. okey? (*winks2*)
Salam ukhuwwah..
ReplyDeletesaya juga berkesempatan menonton cerita ini baru2 ini.bila terbaca ada orang kata cerita ini filem lucah islam,berjela2 komen saya padanya.
=) ketika maryam berbicara...
ReplyDeleteterdiam ana seketika..
syukran sharing
Salam ukhuwwah juga buat Kak Sakinah dan Sinar..
ReplyDeletealhamdulillah.. terima kasih krn sudi memberi komen di sini..
Ya kak.. masing2 punya padangan.. cuma pada saya.. apa atau siapa sahaja yg membawa saya dekat dengan Tuhan saya.. saya akan mendoakan kebaikan utk mereka.. i-allah..
begitu juga utk team KCB ini.. semoga allah rahmati mereka, dan smg Allah jauhkan mereka dari fitnah2 dunia yng menipu.. insya-allah..
utk Sha.. hihi.. lama tak ziarah nti.. thanks krn meninggalkan jejak!
*hugs from plymouth!*