Sunday 7 June 2009

Rindu seorang 'akak'

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

'Kak yam, kak yam tak ingat Ai'n ke?'

tiga kali si kecil ini menyatakan suara hatinya.. nadanya penuh ikhlas..seakan melepaskan geram..pada saya.. yang bersalah.. tak 'call' Ai'n lama...Subhanallah...kata-katanya membuatkan hati saya hiba dan sayu..cepat2 saya menjawab, 'Mana bleh akak lupe Ai'n... Akak selalu tengok video Ai'n nyanti 'Wonder Pet'.. A'in ingat tak?' diam ia.. kemudian membalas, 'Kak yam, Ain ada kak yam kat sini juga.. Bear kak yam' wa.. bertambah terharu hati saya.. bear yang saya belikan ketika perkelanaan saya di Dublin tahun lalu, masih begitu Ai'n hargainya..

Sepetang saya diam termanggu, teringatkan A'in di perlis. HIngga teman saya bertanya,'nape ni?' jawabku, 'rindu seorang 'akak'..' 'aik, awak ada adik kecik lagi ke. bukan talha dah besar panjang..?' hairannya menandakan taarufnya cukup dalam pada saya dan keluarga. 'eh, bukan talha.. ada sorang lagi adik..' jawab saya. Teman diam berfikir.. 'ha? nape saya tak tahupun.'

Jadi, Sekadar sedikit perkongsian tentang salah satu yg menjadi hiasan hidup saya di dunia fana ini... seorang anak kecil yang bernama 'Nura'in Sakinah' ini... penuh dengan gimik, keletah dan rajuk manjanya...yg menghibur hati saya tiap kali pulang ke kampung halaman...

Indeed, A'in ialah anugerah Allah pada saya, sejak perkenalan keluarga saya dengan keluarganya pada hujung tahun 2006.. Alhamdulillah..semenjak pertama kali bertemu, saat A'in masih 'baby'.. Belas Ihsan Allah pada kanak-kanak 'innocent' yang tidak sempat mengenal arwah ayahnya amat jelas..dengan memberi saya anugerah untuk 'Jatuh Cinta' dengannya..tanpa sebab.....

Alhamdulillah.. susunan-Nya, banyak sangat pertemuan2 yang membuatkan saya dan dia semakin saling berkasih sayang.. sehingga, pernah.. saya akan sering bermimpikan A'in jika seminggu tak menjenguknya di rumah keluarganya.. dan, seingat saya.. antara kalimah awal2nya pun ialah 'kak yam'.. yg membuatkan seisi keluarga saya jeles kerana dia ketika itu, A'in tak bisa lagi memanggil nama2 lain seperti 'cikpah', 'bangbai', 'kak sna' dan talha.. danHanya Allah yang tahu, betapa gembiranya saya saat dia memanggil saya 'kak yam, nak tu..' ketika belum usianya 1 tahun.. saya pun tak mengerti kenapa saya rasa begitu.. semuanya Kasih Allah pada hamba-Nya..tambah2 pada si anak yatim yg suci ini...

Sempena rindu saya pada A'in, entry ini sengaja saya post supaya A'in boleh tengok gambarnya terpapar di sini...tanda rindu saya padanya... walaupun Ai'n belum boleh membaca..

erm... khusus untuk Ai'n..kerana akak tidak dapat ketemu kamu untuk 2 tahun ini... kalimah ini, titipan khas untuk A'in..tanda kasih akak buat Ai'n... semoga A'in sentiasa dalam kasih sayang Allah..Doakan Akak selalu ye, Ai'n!

Adikku, Sakeenah..
Cahaya hati akak..
berkongsi satu darah
ibu kita Hawa dan ayah kita Adam..

Akak tak pinta
untuk kamu, kasih ini hadir
tapi

itu Hadiah Allah
untuk akak, dan untuk kamu..

Tiap Ceriamu menjadi ceriaku
Tiap Hibamu menjadi hibaku

Membuatkan akak rasa akak ini lebih akak
saat bertemu, dan bersama dengan kamu..

Adikku, Sakeenah..
Akak ingin kamu tahu..
Kasih akak pada kamu
Hanya kerana kasih akak pada Allah..
Akak mahu Cinta-Nya
dengan mengasihi kamu

kerana itu

jangan bimbang A'in,
kamu sentiasa dalam hati akak..
kerana akak mahu Allah
sentiasa sayang akak...

Salam sayang+rindu
-kak yam-
6/6/09
Plymouth,UK



Wallahua'lam.. harapan saya, semoga ada Rahmat Allah di sebalik kasih yang terjalin.. yang boleh membawa saya dan keluarga.. dan tentunya A'in dan keluarganya ke Syurga Allah swt di akhirat kelak...

With Lots of Love and Care
-SerVanT-

2 comments:

  1. Masya Allah. Comelnye. Moga dpt dididik mjadi serikandi Islam yg Solehah.

    Semalam ad family day haluan d UKm, dpt jumpe dgn talhah, zubet n makcik pah. hampir xkenal talhah, dh besar panjang, dh lame xpegi m3. xrindu kt talhah lg ke? :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, nta berpeluang ke Family Day Haluan. soronoknya.
    Subhanallah,akh. mesti la rindu. tapi rindu kat adik kecil ni berbeza dgn rindu kat adik yang dah besar panjang.
    erm. susah nak cakap beza dia mcmmana. tapi, ada beza la.
    tambah2 talha dah semakin matang.. dan sedang membina identiti muslim nya.. jadi, sebagai akak, suka untuk lihat dia pandai berdikari.. walaupun rindu, ana tak suka treat my adik lelaki seperti kanak2 lagi.. let him be a new Man.. for Islam..i-allah.

    indeed, thanks for ur drop by and comment!

    ReplyDelete

Your Precious Thougths