Langit Plymouth cerah hari ini. Mentari yang bersinar ceria menjadikan suasana hari Khamis yang bertarikh 25 Jun 2009 ini seakan bersemangat sekali. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.,ada lagi peluang saya hidup hari ini. Genap 21 tahun (Masihi), saya singgah di bumi Allah ini. Rasa macam baru semalam saja saya mengenal apa itu sekolah buat pertama kali, hari ini dah separuh jalan nak jadi cikgu sekolah..insya-allah.. Itulah kehidupan dunia. Pejam celik, pejam celik, hari bersilih ganti.. tahun berlalu tahun.. tau tau.. dah Allah panggil balik.. masya-allah, apa lah bekalan kita.
Saya menyusuri kawasan Marjon, mengambil angin musim panas Plymouth yang tak kurang sejuknya. Hari ini adalah hari saya muhasabah. Mengambil masa untuk merenung tentang saya.. dan hak-hak yang perlu saya tunaikan. Saya dan Allah, cukup hambakah saya? saya dan Ibu, cukup anakkah saya? saya dan teman-teman seperjuangan, cukup temankah saya? saya dan segalanya... adalah saya telah menunaikan hak-hak mereka..?? atau saya telah banyak cuai..??
Oh Allah, ampuni hambamu ini.... oh ibu, maafkan anakmu ini.. oh teman-teman seperjuangan, maafkan temanmu ini.. Andainya esok, bukan lagi milikku.. Apa yang harus aku jawab dihadapan-NYa??
Teringat kiriman dari Malaysia yang baru diterima tadi, saya pun membukanya. Syukur pada Allah, ada yang sudi menghantar sesuatu untuk ditatap pada hari ini. Saat menatap kiriman itu, sungguh saya terpana..
'Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang berTaqwa'
(2: 133)
yang disediakan bagi orang-orang berTaqwa'
(2: 133)
Ukhtifillah,
marilah kita tingkatkan hubungan hati dengan Allah SWT. Kita jauhi dan tinggalkan Dosa dan Maksiat kepada-Nya.
Seorang salafussoleh pernah berkata;
marilah kita tingkatkan hubungan hati dengan Allah SWT. Kita jauhi dan tinggalkan Dosa dan Maksiat kepada-Nya.
Seorang salafussoleh pernah berkata;
' Apabila seseorang hamba AllahSWT melakukan DOSA,
maka akan wujudlah di dalam hatinya satu titik HITAM.
Apabila dia meninggalkan DOSA itu dan bertaubat, bersinarlah semula hatinya.
Apabila dia kembali melakukan DOSA,
akan tumbuhlah semula titik HITAM di hati itu sehingga hatinya BERKARAT.'
(MAIMUN B. MAHRAN)
maka akan wujudlah di dalam hatinya satu titik HITAM.
Apabila dia meninggalkan DOSA itu dan bertaubat, bersinarlah semula hatinya.
Apabila dia kembali melakukan DOSA,
akan tumbuhlah semula titik HITAM di hati itu sehingga hatinya BERKARAT.'
(MAIMUN B. MAHRAN)
Saya merenung bingkisan ringkas itu. Bukan saya tidak biasa dengan ayat Allah dan kata-kata hikmah ini. Namun, apabila dengan izin Allah, kedua-duanya dihadirkan semula pada masanya yang tepat pada perkiraan-Nya.. kepala saya seakan dihentak-hentak... Seolah-olah dari dalam, ada sesuatu yang mengatakan pada saya,
'Maryam, bangkitlah! Bangkit dari lalaimu..!!'
Saya terharu. Lantas merintih, 'Ya Allah, terima kasih! Engkau peringatkan aku pada hari yang memang sepatutnya aku menjadi lebih hamba pada-Mu! Ya Allah, aku mengharap kasih-Mu, untuk membantu aku menjadi Hamba-Mu yang Soleh dan Mousleh..! Aku tak mahu Lalai, Ya ALLah..!'
*********----**********
Demikianlah sedikit perkongsian tentang kelmarin, hari saya semakin tua.. 21 tahun.. walaupun selalu saja masyarakat sini menyalah anggap saya masih semuda 15 tahun. Saya teringat kata-kata yang berbunyi;'Sesungguhnya Allah sangat mencintai pemuda/pemudi yang tidak bersifat keanak-anakan.'
dan
'Ya Allah, sediakan bagi ummat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang terdahulu sebelum mereka. Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiyah, kemuliaan dan keagungan ummat Muhammad.'
(Dr. Abdullah Nasih Ulwan)
(Dr. Abdullah Nasih Ulwan)
Oh, betapa ingin diri ini membina diri agar menjadi pemudi yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Tidak sama sekali keanak-anakan.. tapi, berjiwa matang, penuh azam, sanggup berkorban dan mencontohi Generasi Awal.. dalam setiap aspek hidup sebagai Muslimah Mukminah Mujahidah di jalan-Nya..
Ya Allah, dengan keluasan rahmat kasih dan kebesaran keagungan-MU, terimalah hasrat hati ini.. dan tunaikanlah.. Tidak aku sama sekali mampu melainkan dengan Izin dan Perkenan-Mu...
Oh, sebelum terlupa, di sini juga wajar saya ucapkan syukran kepada si pengirim kiriman bermakna di atas, kerana telah menjadi medium penyampai peringatan Allah pada saya. Semoga Allah merahmati anda sentiasa. Begitu juga teman-teman lain yang sudi mengingatkan saya pada hari saya sepatutnya saya meningkat menjadi lebih hamba kepada-Nya..
With Love n Care,
-Forever a Servant of HIM-
Ya Allah, dengan keluasan rahmat kasih dan kebesaran keagungan-MU, terimalah hasrat hati ini.. dan tunaikanlah.. Tidak aku sama sekali mampu melainkan dengan Izin dan Perkenan-Mu...
Oh, sebelum terlupa, di sini juga wajar saya ucapkan syukran kepada si pengirim kiriman bermakna di atas, kerana telah menjadi medium penyampai peringatan Allah pada saya. Semoga Allah merahmati anda sentiasa. Begitu juga teman-teman lain yang sudi mengingatkan saya pada hari saya sepatutnya saya meningkat menjadi lebih hamba kepada-Nya..
With Love n Care,
-Forever a Servant of HIM-
Hey lil angel......
ReplyDeleteHAPPY 21st B'DAY!!!!!!!!!
Sorry I wasnt der to celebrate dis
precious day but im here wishing u d
best in ur future endeavadour...
May this day will bring u lots of
happiness and love from people u
surrounded with...
And 4jji gives u Rahmat and Berkat
in life maryam...
Again, HAPPY BIRTHDAY MARYAM FATIN HANISAH!!!
so many things happened during our special day..and thanks to u maryam we had a long personal sharing after awhile since we contact each other..
ReplyDeleteInsyaAllah one day, we'll celebrate again the special day together.
Thanks to both of you; Ihsan and Atiqah for you visits and wishes. May Allah bless each of us, and guides us to His path till the day we return to Him.
ReplyDeleteSpecial to dearest Atiqah, we would, insya-allah..with His will, celebrate together as we always did before... best days...24, 25, 26 of June always remain in my heart forever, insya-allah..
Salam and Cheers!
huhuhu. Kak yam, sori banyak2 sebab tak wish lagi HAPPY BIRTHDAY walaupun dah 3 hari berlalu. Terlupa..(",)
ReplyDeleteyour sis..
Ha.. ni.. adik pelupa ni... should di maafkan ke tak ni.. hihi..
ReplyDeleteokla.. kerana kemaafan itu mengundang rahmat kasih Allah.. Kak yam dengan Besar hatinya memaafkan.. :D
Anyway, thanks 4 ur visit n wish.. May each of us are always in Allah's love n Guidance..
sanah helwah ya ukhti jameela...
ReplyDeletebertambah umur,
bertambah amal,
semakin dekat dengan Allah...
fastaqim kama umirta...
*hugs*
Salam Maryam..
ReplyDeleteMinta maaf banyak2..
terlalu sibuk smpaikan lupa nak wish kat MAryam.
*Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Maryam Fatin Hanisah..
Allah selamatkan kamu..
Semoga pertambahan umur mendekatkan diri kita semua kepada Pencipta:)
Wslm akak-akak yang comel dan mencomelkan kami.. hihi...
ReplyDeleteSyukran-syukran.. tak pe.. faham-faham.. manusia kan mmg lupa.. lgipun... manusia tak kan ingat satu apapun melainkan dengan izin Allah..
thanks my dear kak mira n kak nabila..
May each of us will be always guided n blessed by Allah swt...
Luv u too v much *hugs*