Friday 19 June 2009

Untuk anda dan saya

Hari ini adalah genap seminggu daripada post saya yang lepas. Tak ingin bercakap panjang. Sekadar ingin berkongsi video pengkembumian seorang mujahid muda, Allahyarham Muhammad Ammar bin Zulkifli susunan teman sesekolah beliau dan juga saya sendiri, Ihsan bin Makmum. Semoga setiap kita beroleh manfaat bersama.



Bersama ini, suka saya petik kata-kata guru yang saya hormati, Abu Umar yang berbunyi;

Mungkin persoalannya...berapa lama kehilangan beliau akan memberi kesan kepada hati-hati kita? Jawapannya setakatmana kita mengaitkan semua ini dengan keimanan. Apa saja yang dikaitkan dengan keimanan maka ianya akan kekal lama tetapi jika kita sekadar menghubungkannya dengan persahabatan dan hubungan duniawi yang lain maka sentuhan itu hanya kan terasa seketika sahaja. Tidak lebih dari sisa-sisa makanan yang terjatuh dari meja kehidupan (sepertimana yang pernah digambarkan oleh Syed Qutb dalam bicaranya tentang kematian). Segala kesedihan akan hilang dan segala kenangannya akan pudar warna. Tetapi jika kita hubungkannya dengan keimanan, takdir dan iradah Allah SWT maka berbagai persoalan akan bermain difikiran kita hingga bertambahnya keyakinan kepada janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT.

Sama-sama kita jadikan kekelaman peristiwa ini sebagai 'turning point' untuk kita meningkatkan diri kita daripada segala aspek, terutamanya dalam aspek hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan Akhirat. Sungguh, alangkah beruntungnya andai kita juga terpilih untuk meraih 'husnul khatimah' (pengakhiran yang baik) dan kembali menghadap Allah dalam keadaan yang aman sekali.. mudah-mudah.. ameen.

Tersentuh saya dengan kata-kata ini;


Wallahua'lam.

P/s: Lakaran lanjut tentang Allahyarham Ammar (moga menjadi pengajaran bersama)

Akh A'li I'rfan
Akh Ahmad

Akh Munsyi
Akh Nabil

4 comments:

  1. insya Allah. Moga tidak padam keimanan dan semangat yg lahir dr kejadian ini.

    ReplyDelete
  2. ye mariam..
    r0h ama tlh mnghidupkn kmbali
    jiwa ak y da mati lama dhulu..
    ama telah mnyedarkn ak ..
    bhwa ak msih mmpunyai hati utk mnangis..
    baru ak sedar utk ape ak idop kt dunia nie..
    bwu ak tau nape ummi slalu ckp psl fitnh dnia
    fitnh dunia ak da lame nmpk cume ak xpnh seda
    ak slalu kate ble kwn2 nsiht ak psl ftnh dnia
    ak cume ckp ak tau ape y ak buat
    tp ak xtau y ak trprngkp..
    ama kamu da sdr kn ak..
    kamu da slmt kn ak..
    ak akn pstikn jiwa ak sntiase id0p dgn r0h smangt kamu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Smg Allah anugerahkan kita semua keteguhan iman dan kekuatan tekad untuk menempuh perjalanan menuju-Nya yang panjang dan penuh dugaan.. Sungguh Syurga Allah itu Mahal Harganya.. Belilah ia dengan menjual dunia ini kepada-Nya..

    Ameen. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  4. but n0w when i c0me back into malife.. i noe
    im n0t a str0nger than i think...
    i noe i do wrong but i can't guide maself..
    thts so hard to fight satan.. i try pr0tect maself but smtimes i just folllow de flow.. huhu

    ReplyDelete

Your Precious Thougths