
(nak tahu kenapa.. sila baca post sebelum ini.. :-))

seusai menunjukkan cara-cara memandikan mayat, Ustaz modelkan pula cara-cara mengkafankan mayat..
ini step yang pertama.. penyediaan kain kafan..

mayat (syide) diberi pakai selapis jubah..
erm, ust kata jubah ini sekadar tambahan.. kalau tak de tak perlu susah2..

kerana keadaan mayat seboleh2nya mahu dalam keadaan kemas..
(model mayat tak dapat tahan gelak semasa sesi.. mungkin kerana tak bersedia.. untuk mati lagi.. :p)

haruslah balutan ini dilakukan dengan lemah lembut dan kemas..

mayat diikat dengan kemas tapi tak terlalu kuat...dengan menggunakan beberapa tali (kain)..
mayat diikat di kaki, di lutut, di bhgn tengah, di bahu.. dan....

ustaz kata nama ikatan ini 'pocong'..
erm.. sumer teringatkan entiti halus itu (hantu)..
tpi, hakikatnya.. memang benarpun, nama ikatan ini, pocong..
cerita tentang entiti itu... wallahua'lam.. mungkin rekaan semata2 mungkin juga benar..
no comment

sepatutnya mayat ditutupkan seluruhnya selepas acara penghormatan terakhir dari sanak saudara.. tapi.. model mayat ni dah naik lemas.. dan ada athma.. maka ustaz dan kawan2 segeralah dibuka bahagian muka nya...

erm, ini model mayat baru pulak.. sbb, dua kali kami ditunjukkan cara mengkafankan jenazah..kemudian, baru diterangkan berkenaan solat jenazah...
Alhamdulillah.. selesai..
Jenazah boleh diselamat dikebumikan selepas selesai urusan2 di atas..
Okay.. semoga post ini bermanfaat untuk kita yang hidup yang akan ketemu kematian atau berita2 kematian pada bila2 masa...!
-SERVANT-
pasal mandi mayat tak der ke??
ReplyDeletemasa kursus ada.. sebelum proses mengkafankan.. tapi, tak de pics..so, tak letak la.. lagipun tak reti nak explain di sini..
ReplyDelete