'Enjoy la beb, hidup sekali je!'
erm.. biasa dengar bicara ini? biasa saja.. kadang-kadang, orang yang kita tak sangka pun bisa berkata sedemikian... huhu... tatkala mendengarnya.. bersetujukah anda? Betulkan hidup ni hanya sekali?
Well, Alhamdulillah.. hari ini.. Allah SWT dengan rahmat kasih sayang-Nya telah membuka peluang warga Muslim Marjon untuk menerima jawapan kepada persoalan ini...
Alhamdulillah.. dalam meniti kesibukan bulan Mei yang penuh dengan tugasan2 akedamik dan sosial... Allah tutupkan tirai bulan ini dengan suatu kursus yang sangat bermakna... 'Kursus Pengurusan Jenazah' anjuran Bahagian Kerohanian Persatuan Pelajar Malaysia Marjon (MAM)... Kursus sehari suntuk ini di kendalikan oleh seorang yang tak asing lagi buat kami, iaitu Ust Erfino Johari dari MSD..
Alhamdulillah.. pengisian dari beliau memang best...! bukan sahaja kerana penyampaian beliau sangat tersusun dan mudah difahami.. namun, beliau bijak mengolah pengisian kursus ini..sehingga, bukan sahaja kami dapat mempelajari tentang ilmu pengurusan jenazah itu sendiri.. kami juga memperoleh kesedaran tentang hakikat kehidupan dan kematian itu sendiri...
Dengan memetik ayat 2, surah Al-Mulk yang bermaksud, 'Yang Menciptakan kematian dan kehidupan,untuk menguji siapa di antara kamu yang baik amalnya...' beliau menerangkan kepada kami, hakikat bahawasanya Allah mencipta hidup dan mati, memang kerana Allah sentiasa nak tengok siapa yang baik.. sapa yang tak baik.. sapa yang soleh, tunduk dan patuh pada-Nya.. dan sapa yang engkar pada-Nya....
Ustaz juga memetik kalimah 'Mataaul Ghurur' yang acap kali disebut Allah dalam Ql-quran untuk menggambarkan hakikat kehidupan di dunia yang bermaksud 'Kesenangan yang Memperdaya'..
Seterusnya, beliau juga memperingatkan kami tentang adanya kehidupan akhirat yang menanti kita semua selepas kita mati..."Hidup kita tak sekali.. bahkan hidup kita dua kali.. satu di dunia, satu di akhirat sana.. kat dunia sat ja.. tak kekal.. tapi di akhirat sana kekal.. kekal.. " Ingat beliau pada kami.. ”Maka kerana itu, Allah menjadikan ’Al-Maut’ atau kematian..sebagai proses perpindahan dari satu alam ke satu alam.. alam dunia yang fana ini.. kepada alam akhirat yang kekal.. Alam dunia yang Allah sediakan hanya untuk menguji.. kepada Alam Akhirat yang Allah sediakan untuk membalas atau ’reward’ hamba-hamba-Nya...” ujar ustaz lagi..
Masya-allah.. mendengar kalam beliau, hati terus mejadi sayu... Benar..benar... kematian hanya satu ’proses transaksi atau perpindahan’.. tak lebih dari itu... Kematian itu best bagi orang beriman.. kerana itulah saat dia akan dibawa berjumpa KEKASIH yang dirindu...Namun, TIDAK bagi mereka yang engkar.. dan yang tertipu dengan kehidupan dunia.. kematian itulah saat bermulanya dia akan dihadapkan dengan azab yang kekal... Azab yang selama ini mereka dusta2kan di dunia.... Nau’zubillahi minzaalik...
Anyway.. berkenaan ilmu pengurusan jenazah... dalam post seterusnya, saya sertakan gambar2 sepanjang program tersebut, tersebut agar pembaca-pembaca yg dirahmati Allah dapat kongsi 'feel' berkenaan proses menguruskan jenazah... semoga beroleh manfaat bersama...
With Love and Care
-SERVANT-
yaAllah,besh nya hanisah dpt pluang dgar crmah nie,jeless,huhu..bgtu terkesan d ati,duniawi hnyalah permainan n senda gurau(47:36),kematian tu yg pasti..mga2 ati2 yg idup trus berusaha utk mendpat rhmatNya..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rahmat kasih Allah..
ReplyDeletetak pe la nad.. sbb tu la nisah share.. so, nad yg jauh kat Welli pun bleh baca... n dapat skit sebanyak..
tapi, minta maaf atas kekurangan.. definitely, to be there, in a majlis ilmu, is much better..
thanx for ur comment, deary nad..!
'mati itu pasti, hidup InsyaAllah'
ReplyDelete-Ramle Awang Mursyid-
a great experienced to be shared here..in UKM, most students are more concern on the Kursus Kahwin.
huhu... kursus kahwin tak salah.. bagus tu.. ilmu wajib utk semua yg bergelar muslim...
ReplyDeletetapi tu la.. hopefully, kursus tak sekadar kursus... amalan dan penghayatan dalam kehidupan itu yg amat2 penting....
wallahua'lam..