Sambungan Cerita tentang dia 1, 2 dan 3 [Sile bace 3 post sebelum ini untuk mendapat maklumat awal cerita ini]
Sambil melihat Karla bergerak pergi bersiap-siap untuk ke kelasnya, tak henti-henti saya beristighfar memohon ampunan-Nya, takut kalau-kalau apa yang saya bicarakan tadi punya kesalahan dan kesilapan sama ada saya sedar atau tidak. Saya pulangkan segala urusan kepada-Nya yang Maha Mengurus hamba-hamba-NYa.
Ada sebab mengapa saya menulis ayat Allah tersebut. Alhamdulillah, Allah yang memberi ilham tersebut.
Selain daripada kami bertiga (Ahlul Beit Nurul Jannah), Karla juga berkawan dengan pelajar-pelajar lelaki yang beragama Islam dari negara-negara lain; Abdullah dari Afghanistan serta Hilal dan rakan-rakannya dari Oman. Mereka semua boleh berbahasa arab dengan baik memandangkan itu bahasa ibunda mereka. Tak ingin saya komen banyak tentang mereka, tetapi boleh saya katakan pemuda-pemuda Muslim dari negara lain ini seakan-akan berhadapan ‘culture/ religion shock’ sepanjang keberadaan mereka di sini (Segala puji bagi Allah yang memelihara saya dan teman-teman saya daripada berkeadaan demikian).
Maka, sengaja saya memberi Karla ayat Al-quran dan memintanya memohon bantuan mereka yang berbahasa arab untuk menterjemahkannya tersebut..
Pertama, adalah untuk memberi peluang saudara-saudara Muslims saya itu ‘menyampaikan’ keindahan Deen Islam kepada teman baru mereka ini... saya tak ingin mereka sekadar ‘berkawan’ dengan Karla untuk suka-suka..
Mungkin ada pembaca tertanya, mereka ‘lelaki muslim’ tetapi, mengapa mereka berkawan dengan Karla? Jawapan yang boleh saya berikan adalah; ‘kerana itulah saya kata kan mereka ‘culture shock’!’ wallahua’lam. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah-Nya buat saya dan mereka.
Selain itu, pemilihan ayat tersebut juga tentu saja.. sebagai peringatan untuk mereka sendiri sebagai Muslim yang seharusnya beriman ‘hidup ini bukan untuk bermain-main’ tak kira di mana kamu berada... England ke.. Oman ke.... Afghanistan ke.. mana-mana pun........ KITA tak diciptakan untuk SIA-SIA! Itu masej saya pada mereka.. insya-allah.. melalui Karla.
Akhir sekali, saya ingin Karla berfikir dan terus berfikir.. tak kira masa.. Saya sedar, saya hentikan perbualan tadi sebenarnya saya hentikan peluang saya untuk bercerita lagi padanya tentang TUHAN dia dan saya... apalagi melihat jadual kami yang sebenarnya susah untuk memberi laluan pada kami untuk duduk ‘bersembang’ lagi seperti ini...
‘Ya Allah, dengan segala kebesaran-MU.. Engkau menjadi saksi aku telah menyampaikan. Aku tak berdaya sedikitpun ke atasnya. Aku serahkan urusan dia pada-Mu, ya Rabb.. Tidak ada Illah yang layak disembah selain Engkau.. Sungguh aku termasuk dalam golongan mereka yang menzalimi diri sendiri...’
**********************************************************************
Masa berlalu pantas. Seminggu saya tak bertemu Karla.. masing-masing kami sibuk. Saya punya urusan saya, dan dia punya urusan dia. Sekali sekala kami hanya terserempak dan saling berbalas senyuman dan sembang-sembang ringkas. Sengaja khabar tentang keinginannya untuk tahu ‘lagi’ tak saya tanyakan. Pada saya, insya-allah, senyuman akan melaksanakan tugasnya.
Tambahan, prinsip saya dalam menyampaikan ialah ‘Orang CARI kita BAGI’.. wallahua’lam.. mungkin kerana berdasarkan cebisan pengalaman-pengalaman yang dikurniakan Allah untuk diri ini... menjadikan saya lebih suka ‘diam’ dan ‘berusaha melahirkan Islam dalam kehidupan’ daripada banyak berbicara tanpa diri tak menjadi contoh yang baik kepada mereka di sekeliling saya.
Apalagi berurusan dengan ‘non-muslim’. Saya lagi-lagi tak ingin kelihatan mendesak. Saya yakin, insya-allah, jika dia masih berhajat dan bersedia untuk mendengar, dia akan mencari saya lagi... atau mungkin... tidak.. wallahua’lam... Sungguh, HIDAYAH adalah MILIK ALLAH swt...... hadiah utk mereka yang IKHLAS BERFIKIR... dan sungguh TIDAK ada PAKSAAN dalam BERAGAMA......... ALLAH akan menunjuki sesiapa yang DIA KEHENDAKI... insya-allah....
p/s: Kamu rasa apa sambungannya???
maybe she choose to change..i just make a guess
ReplyDeletethnx Atiq..
ReplyDeletewell. ameen.. we'll see, i-allah...
i'll continue this story asap i can...i-allah...
perhaps she wants to know more and more...
ReplyDeleteor she starts to wear hijab :)
Karla memilih apa yang dia yakin..
ReplyDeleteana rasa dia memilih ISlam..atau ana salah?
can i say sumtg kak yam:
"anti kena bukukan. Biar blh jadi edaran or perhaps blh jadi sisipan dalam risalah gen11"
semoga insyaAllah..
ReplyDeleteInsya-Allah...
ReplyDeletesha:
kte setuju sgt......
lama tk bagi pape kt risalah gen11~