Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya ALLAh.. bantulah aku untuk berkongsi lagi di laman ini..
Sedar tak sedar, hampir 3 minggu saya tidak mencoret apa-apa di laman ini.
Subhanallah.
Tidak ada perkataan lain harus saya katakan selain ‘MAAF’.
MAAF kerana tak pandai membahagikan masa dengan baik.
MAAF kerana tidak atas kelemahan diri yang tak teratasi lagi.
MAAF kerana tak menunaikan hak anda sebagai pembaca.
MAAF dan MAAF.
Semoga anda sudi memaafkan saya, dan semoga ALLAH sudi mengampuni saya.
Dan pada hari ini, saya bertekad.. Insya-allah, saya mesti berkongsi.. dengan semua di sini.. tentang satu lagi pengalaman yang diizin ALLAH untuk saya lalui. Insya-allah, moga-moga perkongsian pengalaman ini akan bermanfaat untuk saya dan kalian.
*************************************************
Pernah anda menonton video saudara Joshua Evan, bagaimana dia dipimpin Allah kepada ISLAM?
Suka saya petik kata-katanya;
‘Lots of people out there are like me before, looking for the lights. Please... share the lights with them. You know how??? By becoming the true MUSLIMs! Nothing else, JUST become the real MUSLIMs, believe me you will lighten up the people around you.. insya-allah.’
Bagaimana pula dengan cerita saudara Hamzah Yusuf? Apa yang membuat dia mula terfikir tentang keperluan untuk beragama?
Antara kata-katanya;
‘I experienced seeing death few times since I was at a quite young age. DEATH made me pondered a lot. I started to think, why am I here and why? What’s my end?’
Tentu saja kalian pernah menonton video saudara Ruben Abu Bakr? Betapa kehebatan ALAM ini menundukkan Egonya untuk dia benar-benar mengakui hakikat keWUJUDan TUHAN.. yang selama ini, dia masih ‘terfikir-fikir’.
Ya, secara peribadi, kisah-kisah ini amat amat mengesani hati saya dari pelbagai sudut. Dan, Insya-allah.. perkongsian saya kali ini terkait dengan ketiga-tiga kisah mereka tersebut. Alhamdulillah.
*************************************
Kisahnya bermula begini.
Sejak akak-akak tersayang pulang ke Malaysia, Bait Nurul Jannah punya satu kekosongan. Dan, Alhamdulillah, awal Februari yang lalu, kami dimaklumkan akan menerima seorang teman rumah yang baru yang akan bersama dengan kami selama sebulan kerana mengikuti kursus-pendek anjuran university kami. Menurut ‘cleaner’ kesayangan kami, Sue, nama teman baru kami itu, Karla. Tetapi kami tidak dapat meneka dari Negara mana dia, apalagi bangsanya atau agamanya.
Bagaimanapun, Alhamdulillah, kami berazam untuk berbuat yang terbaik sebagai teman rumah Muslim. Kami serumah telah berpakat untuk memberikan hak yang sewajarnya kepada dia agar dia selesa tinggal serumah dengan 3 orang Muslim dari Malaysia ini.
Seperti masa yang dimaklumkan, Karla pun muncul di rumah kami, bersama dua orang teman senegaranya. Alhamdulillah pada ketika itu, kami baru sahaja ingin turun masak untuk makan malam. Kami saling berkenalan. Rupanya dia asal dari benua Amerika Latin iaitu Chile. Dia berbahasa Spanish dan sangat ramah dan ceria. Alhamdulillah. Memandangkan kami memang ingin memasak, maka kami terus mempelawa dia dan teman-temanya, Kamila dan Ferrnanda untuk makan bersama. Menu malam itu adalah ‘tomyam udang’ dan ‘telur bistik’. Alhamdulillah, mereka gembira untuk mencuba makanan dari negara dan budaya baru.
Mulai hari itu, Karla menjadi sebahagian dari kami, terutamanya saya sebagai teman serumah yang tinggal separas.
Minggu pertama, Karla dan teman-temannya sibuk dengan kursus-pendek mereka. Saya dan teman-teman serumah juga meneruskan hidup kami sebagai seorang pelajar Muslim TESL. Bekejar-kejar dengan assignment yang nak dihantar minggu itu. Tetapi, Alhamdulillah, kami saling bertegur sapa setiap kali bertemu. Karla orangnya ceria, jadi saya secara peribadi amat senang dengan dia. Tambahan, kerana biliknya dan saya sama tingkat, maka kami sering berinteraksi (senyum dan bersembang-sembang) secara sambil-sambil; sebelum masuk ke bilik atau bilik air, sambil menyediakan makanan dan lain-lain. Yang paling saya suka dengan Karla seminggu saya berkenalan dengannya ialah dia ‘pembersih’ dan ‘jujur’. Dua sifat yang pada saya sepatutnya dimiliki seorang Muslim, dan Alhamdulillah dia telah memilikinya. Dalam diam, saya mendoakan ‘kebaikan’ padanya.
Oh ya. Dalam minggu itu juga, ada satu peristiwa yang menjadi pencetus fikiran Karla dan juga saya secara peribadi. Terdapat satu hari dalam jadual Karla dan teman-temannya yang melibatkan warga TESL Year 3, iaitu kelas saya. Dengan izin Allah, dalam kelas tersebut, terkeluar isu ‘pandangan kita tentang kematian’ hasil dari diskusi tentang satu ‘poem’. Seperti biasa, isu kematian bukanlah isu popular di dalam budaya Inggeris atau umunya mereka yang non-believers. Namun, Alhamdulillah, ketika itu, respond pelajar-pelajar Muslim tentang isu itu sangat baik. Saya secara peribadi mengungkapkan perasaan saya tentang kematian dengan perkataan yang lebih kurang bunyinya begini;
‘In Islam, we believe death is just a transition process of a person from this world to another world. The life in hereafter world will be according to what you did in this world, which means this world is just the place you sow all the good things.. and there.. in hereafter.. is the place we will get the reward for what we have sowed. And, this notion always encourages us to do the best for our life in this world.. so that we will get the best in the hereafter, insya-allah...
So, for us, death does not mean the end of your life, yet it is just the beginning of another life.. and.. believe me... Good Muslims... love death... and see death as something joyful.. as we want to... to see what GOD gives us for what we’ve done in this world.. and more beautiful.... cause we want to see HIM, GOD the Almigthy...’
Alhamdulillah. Tanpa saya sedar, dalam diam, sungguh dia ingat ungkapan-ungkapan dan dalam diam dia amat-amat berfikir.
Masa berlalu dan masuk minggu kedua bagi Karla. Hari-hari berlalu seperti biasa. Ada masa kami berborak-borak tentang hal-hal seharian dan ade masa kami hanya berbalas senyuman. Satu hari, dengan izin Allah, saya dan Karla meluangkan masa ‘branch’ bersama. Mungkin kerana telah mesra, kami sembang pelbagai perkara. Tibanya, dia berkata,
‘I see you and your friends are really good in practising what you believe... which is really rare for that to happen in my culture. Often, I see people seek religion or God just when they are in worry or hardship.. Which I don’t really agree..! I love to see that (practise what we believe) in you guys.. really!’
Saya terkesima. Dalam hati, segera saya berzikir dan beristighfar, bimbang hadir pula rasa ujub atau apa-apa yang sama waktu dengannya. Dengan izin Allah, Allah ilhamkan saya,
‘Oh, thank you.. I din expect you to notice that.. but, Thank God for that.’
‘Yea.. you know.. it’s not easy for a person to commit to a belief and really act according to that belief.. isn’t it? And, I’m really happy if I have the chance to meet those persons..!’
‘Oh, really? That’s good.. which honestly.. i should say.. strange.. as compared to people I met before..’
‘Yea.. I know.. most people said me weird.. and even weird when I said, I’m happy to live with Muslims.. cause.. most my friends said, ‘Muslims are boring!’’
‘Boring?’
‘Yea.. you know.. you don’t drink.. you don’t go to clubbing... so people said it’s like a boring life.. but, for me, that’s not true.. I see you are happy in your life.. and I know I’m happy to be with you..!’
Saya tersenyum mendengar kalamnya, sambil memuji Tuhan Pencipta kami berdua.
‘Ya Rabb, kau pertemukan aku dengan seorang manusia seperti dia.. apa hikmahnya ya..?’ saya berbisik pada diri sendiri sambil terus bermunajat.
Melihat masa yang ‘limited’, saya hentikan sembang kami dengan satu soalan.
‘You know... don’t you think that the belief that they believe.. must be unshakable... and really strong... that’s why the believers of that belief can really act according to what they believe... don;t you think so?’
‘Yup..! ahaa..’
‘Would you like to know our belief? Or my belief personally...??’
‘Oh, that’s great..! I want to.. if you don;t mind..’
‘I would never mind that.. and I would love to share it with you one day.. if both of us happen to be free... insya-allah (God’s willing)’
‘Great! I’ll wait for that!’
****************************************************
Kemudian, masa berlalu. Kami jarang bertembung memandangkan jadual masing-masing penuh dengan kelas. Meskipun begitu, saya sentiasa ingat janji saya pada dia. Cuma saya tidak pasti kesungguhannya. Satu pagi, ketika saya sedang menyediakan sarapan.
‘Hai Maryam! How are you...? We hardly see each other recently!’
‘Oh, Hi Karla! I’m good.. How are you..? Yup, both of us were really busy this week, didn’t we?’
‘Yup.. very! Anyway, Maryam, I’ve been thinking about your question. When are you going to share ‘what you want to share’ with me? Are you free today?’
Aku tersenyum.
‘Oh, Karla. I’ve been waiting for you to ask that question.. cause you know... I don’t want to force you to listen to me... but, since you still really want to know.. I have no problem at all.. especially today. I have no class at all! How about you?’
‘I have class at the noon, about 3 o’clock. I don’t mind, Maryam... yet, i’m waiting for that!’
‘Subhanallah, sungguh-sungguhnya dia,’ detik hati saya yang masih terkesima.
‘Ya Allah, mudahkan urusanku berkongsi tentang ni’mat deen-Mu ini..’
Tak lama kemudian, di bilik saya yang lapang, dengan tenang dan lafaz Basmallah, saya pun duduk memulakan perkongsian.
****[Perkongsian bersambung di post seterusnya..]****
salam..smbung2 smpai habis.hu
ReplyDeletesama2 kita doa agar pengakhirannya dia share the same light like us inshaallah..
Salam...dearest sahibahku...
ReplyDeletedaku menanti sambungannye..=)
MasyaAllah..I love to know more sis..
ReplyDeletehurry up, please continue as soon as possible..
slm k.mym..
ReplyDeleteyea, plis continue it ASAP..hehe..
am i demanding 2 much?
btw, great story! subhanallah!
subhanallah cik!!
ReplyDeletenur fahri
i was ignoring this entry before becoz i wanna find the right time to read and ponder..ur writing once in a blue moon will bring something different..so better to find a suitable time to read it carefully...yes like others, cant wait to read the story till the end..thanks for the sharing..
ReplyDelete=) terasa hangatnya kasih sayang Allah...
ReplyDeletesalam. cant wait 4 da next post. :)
ReplyDeleteI live in the UK at the min, but I dun think I hv ever met someone like Karla - so eager to learn! but I do hv frens who asks about Islam tho ^^