Wednesday, 19 August 2009

Doakan saya.

Mengikut jadual awal, perkelanaan saya ke bumi damsyik (insya-allah tak lama lagi akan bermula), akan menjadi satu perkelanaan yang bebas; merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Dalam erti kata lain, tidak ada tugasan akademik yang ikut bersama saya. Saya merancang untuk fokuskan minda, hati dan perasaan saya kepada Ramadhan Kareem dan segala pengisian-pengisiannya.

Sudah hampir 3 tahun, Ramadhan saya dipenuhi dengan tugasan-tugasan akademik yang menyerabutkan. Maka, saya kira hal itu tidak akan berlaku lagi pada Ramadhan ini. Saya kira saya akan terbebas daripada semua itu berdasarkan segala perancangan tahunan yang termaktub dalam Planner Universiti saya.

Namun, setiap takdir adalah daripada ALLAH. ALLAH yang MAHA MENGETAHUI yang GHAIB. Manusia merancang, tetapi tentu saja ALLAH sebaik-baik PERANCANG.

Tiga minggu yang lalu, lecturer saya mengalami masalah kesihatan, sehingga tidak dapat hadir ke kelas. Ketidakhadiran beliau banyak menangguhkan pemberian tugasan-tugasan kepada kami (yang sepatutnya diselesaikan lebih awal). Maka, telah termaktub di Lauh Mahfuz, seminggu akhir sebelum cuti bermula, dapatlah saya akan satu tugasan akedamik baru.

Satu? Erm, Berpuluh-puluh dalam Satu kut rasanya. Hal ini kerana tugasan kali ini, ada portfolio yang menuntut tulisan-tulisan berpemikiran kritis dan kritikal, dan ada pula presentation yang menuntut persediaan rapi bahan-bahan alat-bantu-mengajarnya. Maka, tentunya pada saya, tugasan ini TIDAK MUDAH untuk dipersiapkan, apa lagi untuk dilaksanakan.
Tambahan, kedua-duanya pula punya tarikh-akhir-hantar betul-betul seminggu selepas 1 Syawal 1430H. Aduh….Memang menguji dan memang teruji.

Saya juga berfikir, takkan saya nak siapkan semuanya di bumi Damsyik? Yang mana bahasa rasminya bahasa Arab? Yang mana buku-buku rujukan English, saya perlu bawa? Yang mana saya pun tidak pasti jadual pengisian Ramadhan saya bagaimana? Masya-allah... Memang menguji, dan memang teruji.

Lebih sakit lagi, tadi, saya dimaklumkan, nama saya naik sebagai presenter pertama daripada kalangan teman-teman sekuliah saya. Saya kira-kira, mungkin saat itu, tak hilang jek lek bumi syria, sudah kena present..? Masya-allah.. Mana kebebasan yang saya rancang sebelum ini? Bagaimana Ramadhan saya?

Memang betul-betul rasa nak menangis.. Rasa seakan tertekan! Rasa ada batu atas kepala!


*******************************************************************

Namun, dalam pada itu...Allah hadirkan dalam minda saya satu kenangan di tanah wakafan Kem rekreasi Wang Mu 7 tahun yang lalu.

'Sebagai Manusia Cemerlang, kita yang akan sesuaikan diri dengan alam, bukan meminta alam sesuaikan diri dengan kita!'

tegas Cikgu S kepada kami, para peserta Kem Pahala MATRI.

Ketika itu, hujan lebat membasahi tanah wakafan Kem rekreasi Wang Mu, Perlis. Khemah utama kami roboh. Demi meneruskan sesi penyampaian yang penting, para peserta terpaksa berhimpit-himpit dalam pondok yang agak kecil saiznya. Dalam keadaan seperti itu, kalam Cikgu S itu benar-benar menjadi sangat bererti.

Dapat saya faham ketika itu, untuk menjadi manusia cemerlang, kita tidak akan menyerah pada keadaan. Bahkan, kitalah yang harus belajar untuk survive dengan apa yang ada, sesuaikan dengan alam sekitar, bertindak sesuatu demi mencapai objektif utama kita yang lebih penting.

Benar, hujan lebat yang hadir ketika itu adalah kejadian alam yang tidak boleh diubah. Khemah roboh juga adalah sesuatu yang tidak dirancang. Lantas, daripada menjadi reaktif kepada keadaan itu dengan mengeluh dan merungut berkenaan hujan tersebut dan robohnya khemah tersebut, sebagai manusia cemerlang, sehabis mampu kita bertindak proaktif, mencari tempat baru. Walaupun tempat serba kekurangan, asalkan mencapai objektif iaitu untuk memberi dan menerima penyampaian, maka hal itu tidak menjadi masalah!

Dan pada hari ini, masalah kesihatan lecturer saya adalah suatu yang tak dapat dielak atau diubah lagi. Penangguhan tugasan saya juga adalah suatu yang tak dirancang sama sekali. Lantas, daripada bertindak reaktif terhadap keadaan itu, dengan mengeluh dan merungut tentang bebanan tugasan itu, sebagai manusia cemerlang, sepatutnya saya berusaha sehabis daya untuk bertindak lebih proaktif..!

Ramadhan tetap Ramadhan.. dengan segala janji-janji-NYA. Bahasa Arab tetap bahasa Arab.. dengan segala keindahannya. Namun, tugasan tetap tugasan.. dengan segala tuntutannya. Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini.

Bahkan sayalah yang harus belajar untuk melaksanakan tanggungjawab saya dalam kedua-dua hal ini, walau di bumi mana saya berada, dalam keadaan apapun yang akan saya hadapi. Sayalah yang harus proaktif dalam menjaga masa saya. Sayalah yang harus lebih menundukkan hati saya tawakal penuh pada-Nya. Sayalah, sayalah dan sayalah... bukan yang lain..!

Lantas, saya mohon doa dari semua.

Doakan saya lebih Tunduk pada-Nya. Doakan saya menjadi lebih Sabar dan Ikhlas.. Doakan saya untuk menjadi lebih Proaktif, bukan Reaktif..!

Doakan saya....cemerlang DUNIA AKHIRAT..

ameen. insya-allah...

wallahua'lam.

Plymouth, UK


4 comments:

  1. salam ziarah kak servent

    gud Luck untuk tugasan dan juga untuk Ramadhan
    ingat Allah bersama hamba-hambanya yang selalu mendekatiNya...

    insyaAllah ...kejayaan bersama Ummat Islam.

    selamat menjadi tetamu Ramadhan

    ReplyDelete
  2. salam..
    nad yg bacer ni pun wase tba2 ad berlonggok2 batu ats kpala..insyaAllah,Allah mudahkan keja hanisah..
    moga Allah beri kekuatan kat hanisah^_^ kuatkan diri yer,doa nad sentiasa iringi hanisah^_^

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah mudahkan perjalanan anti di sana.Banyakan berdoa dan pergantungan kepada Allah SWT.~BroHamzah

    ReplyDelete
  4. Hadir peringatan disaat genting... Ia turun ke lubuk hati orang beriman disaat manusia mengalami kegoncangan...

    Syabas

    ReplyDelete

Your Precious Thougths