Sunday, 16 August 2009

Syria: di sebalik kegemilangannya..


Meneliti sejarah Syria, membuatkan hati hiba dan air mata bergenangan.

Itulah yang dapat saya simpulkan tatkala saya sedang menelaah catatan-catatan sejarah bumi Syria pada saat ini. Sungguh,selama ini,menyebut Syria, hanya beberapa peristiwa atau figur sejarah yang muncul di benak minda. Contohnya seperti, Syria ialah bumi yang mana seorang manusia hebat, pembebas bumi Palestin bernama Sultan Salahuddin Al-ayubi menghembuskan nafas terakhirnya. Selain itu, saya juga tahu bahawa bumi syria juga adalah tempat kelahiran Imam hadeeth yang muktabar, Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi (Imam Nawawi). Semoga Allah rahmati roh-roh tokoh-tokoh besar ini dan menerima segala amal kebaikan mereka.

Namun begitu, di balik segala kegemilangan, rupanya masih banyak tentang Syria yang saya tidak tahu. Sejarah yang membuatkan hati ini hiba dan mata ini bergenangan lantaran kesedihan. Sedih terhadap bumi yang mana wujudnya manusia yang mengaku ISLAM, namun... hanya Allah yang Maha tahu betapa mereka telah menghancurkan ISLAM itu sendiri, dengan tangan dan fikiran mereka. Dan akhirnya hilanglah sebuah Daulah, sebuah Rumah tempat berteduh UMMAH tangan mereka.

Pernah kenal Lawrence of Arabia? Mungkin pernah terdengar, terbaca atau terlihat movie berkenaan salah seorang manusia yang digelar ‘the greatest British hero’ ini? Jika tidak, izinkan saya berkongsi sedikit maklumat berkenaan beliau. Beliau adalah utusan kerajaan British kepada kerajaan Arab Saudi, sebagai penasihat, merangkap perancang kepada penentangan mereka terhadap kerajaan Turki Othmaniah, merangkap Daulah/Khalifah Islam. Lawrence ini jugalah yang menjadi pelopor kepada serangan terhadap bumi damsyik pada awal abad 20-an, yang kemudiannya menyumbang kepada peristiwa duka dalam sejarah ISLAM iaitu keruntuhan Daulah Islam di Turki, perpecahan Negara-negara Islam atas nama kemerdekaan, serta kewujudan Negara haram Israel. Masya-allah.. banyak lagi peristiwa hitam yang amat pahit untuk disebut di sini.

Namun, jika diteliti sejarah pahit tentangnya, sungguh kita akan dapati, manusia bernama Lawrance ini dengan segala rancangan liciknya tidak akan berjaya sama sekali tanpa bantuan dan sokongan penuh daripada pemerintah Arab yang mengaku Islam ketika itu. Tak ingin saya sebut nama-nama mereka kerana tak sanggup. Nama-nama Muslim. Namun, nama saja muslim. Daulah Islam jatuh lantaran ketamakan mereka. Mereka bersekutu untuk menjatuhkan pusat empayar Islam demi sebuah cita yang tak kemana akhirnya.

Sungguh, tak dapat saya menahan air mata tatkala mendapati ummat Islam sendirilah yang menjatuhkan Daulah/Rumah mereka. Dan kini, ummat Islam menganggung derita kerana hilangnya Rumah tempat mereka berteduh. Isu kemiskinan ummah, isu palestin, isu penghinaan terhadap Allah dan Rasul, Isu penghinaan terhadap Al-quran, Isu pembunuhan wanita bertudung dan segala isu yang wujud hari ini... Umat islam, walaupun berjiwa sedar hanya mampu melihat, dan berkata ’kasihannya, ummah!’ kerana kita tidak mampu berbuat apa-apa. Rumah telah dirobohkan oleh Ummat sendiri. Ummat yang tamak.Umat yang rakus. Umat yang tertipu dengan janji-janji palsu kuffar!

Wahai saudara-saudari muslimku, inilah sejarah kita! Inilah yang pernah berlaku pada kita! Jatuhnya ummah di masa silam, bukan semata-mata salahnya Kuffar dan segala perancangan mereka! Namun, banyaknya adalah daripada kita sendiri. Atas sebab sebuah kejahilan, dan ketamakan nafsu yang tak diatasi sejak awal kemunculannya dalam hati dan jiwa.

Maka, ayuh sama-sama, tidak kita ulangi sejarah pahit ini. Sama-sama, kita tegakkan ISLAM dalam diri kita.. Kita bina kefahaman Islam yang sebenar dalam diri kita. Seterusnya, kita kongsikan kepada keluarga, teman-teman, masyarakat dan akhirnya kepada DUNIA.. insya-allah.. Kerana kita tidak tahu, kita semua adalah pemimpin masa hadapan! Jika dari sekarang tidak kita bersihkan jiwa kita, tidak kita atasi kejahilan kita, tidak kita hapuskan kerakusan nafsu kita..Bimbang sekali.. bimbang kita akan mengulangi sejarah mereka yang mengaku ISLAM, tetapi menghancurkan ISLAM dengan tangan-tangan mereka.. Nauzubillahiminzaalik..

Wallahua’lam.

Plymouth, UK

1.51 a.m. 16th August 2009

Sedang menatap; Damascus-history-online

5 comments:

  1. thanks sis for writing something that nobody care about today.

    Sedikit perkongsian.

    Ini bukanlah sejarah silam yang telah mati tetapi sistem inilah yang berkitar dalam negara-negara Islamhari ini.Melahirkan muslim yang takut dengan Islam dan menghasilkan muslim yang tahu sebahagian sahaja dari ISlam itu.

    Islam adalah sistem hidupyang perlu difahami oleh setiap individu muslim.

    ReplyDelete
  2. salam ukhtie..syukrn berkongsi..
    tergambar2 syria dalam memori.. RINDUUUU

    ps:: judul buku?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Syukran to Ustaz Umaq dan sis Sinar for your visit and comments.

    benar, ana setuju sangat apa yg diutarakan oleh Ustaz. Alhamdulillah. terima kasih kerana menambahkan apa yg kurang dalam artikel di atas.

    untuk sis Sinar, act tak de buku yg exactly ana refer utk menulis artikel ini. tpi, based on pengetahuan ana yg sedikit ttg manusia bernama lawrance itu, dan juga setelah membaca link ini http://www.damascus-online.com/damascus.htm

    yang mencatatkan

    'During World War I, the Ottomans sided with Germany, and Syria was drawn into the conflict. An Arab revolution against Turkish rule started from Hijaz under leadership of Sherfi Hussein of Mecca. In 1918, Arab troops under his son, Faisal, entered Damascus along with British forces, marking the end of a four-century long Ottoman occupation.'

    jika ukhti hajatkan maklumat lebih detail tentang syria, boleh baca keseluruhan artikel dalm link tersebut,insya-allah..

    Moga sama2 beroleh manfaat, insya-allah..

    ReplyDelete
  4. hmm, sejarah perlu didalami agar kecemerlangan dahulu dpt diulangi dan kesilapan semalam dapat diperbetuli.

    sampaikan salam ana pada bumi syria, entah bila ada rezeki menapak kesana.
    (sayu je bunyi T-T )

    -Tegakkan Islam dalam dirimu, maka akan tertegaklah Islam dikelilingmu-

    ReplyDelete
  5. salam..
    mohon kbnaran utk copy artcle..

    ReplyDelete

Your Precious Thougths