Sunday 27 March 2011

‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’


'seindah mawar berduri'

- cerpen yang memberi impak besar buat diri ini


Dengan Nama ALLAh yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Izinkan saya untuk mulakan blog post kali ini (setelah lama menyepi) dengan memanjatkan segala puji dan puja bagi ALAH swt, Rabb dan Illah sekelian alam. Dialah Allah, Yang Maha Sempurna, Yang tidak tidur dan tidak letih dalam mengatur dan menguruskan alam ini. Dialah ALLAH, Yang Maha Hebat, Yang Maha Perkasa, tidak ada suatu kuasapun yang setara/ sama dengan-Nya. Maha suci ALLAH swt daripada apa yang mereka persekutukan.

Selawat dan salam saya titipkan juga buat insan agung yang terpilih untuk menjadi Rasul Allah, Muhammad s.a.w. yang dengan kesabaran dan ketabahan beliau bersama para sahabat2 baginda, diri dan kalian diizin ALLAH swt menikmati dua nikmat terbesar dalam hidup seorang manusia, iaitu IMAN dan ISLAM. Moga diri dan kalian terpilih dan memilih untuk hidup dan menghidupkan 2 tinggalan baginda s.a.w. iaitu, ALquran dan Assunnah walaubagaimanapun cabaran mendatang di dunia akhir zaman ini.

Para pembaca yang dikasihi dan dihormati kerana ALLAH swt,

Kalau diikutkan hati ini, bingung saya untuk memikirkan apa yang harus saya kongsikan pada post kali ini. Mengenangkan hakikat diri yang sangat lemah dalam penulisan, saya sering berasa ‘putus asa’ untuk berkongsi melalui penulisan. Namun, Alhamdulillah, sampai hari ini, ada sahaja suara2 ikhlas dan prihatin yang terus memberi sokongan dan dokongan buat saya untuk terus menulis dan menulis hanya kerana ALLAh swt, walaubagaimanapun ‘lemah’ nya diri ini. Hakikat ‘berkongsi nikmat Iman dan Islam’ anugerah ALLAh swt pada saya ini harus diluaskan lagi mediumnya, tak cukup sekadar tersebar di kalangan mereka yang bersama ‘in person’ dengan saya, tetapi juga untuk yang berpeluang berkenalan dengan saya di alam maya ini. Apapun, moga ALLAH swt redha dan berkati setiap usaha kita untuk mentaati ALLAH swt dan melaksanakan sunnah baginda s.a.w.

Para pembaca yang budiman,

Maka, kali ini, insya-allah, penulisan saya lebih kepada perkongsian pengalaman yg dianugerahkan ALLAH swt buat diri ini. Pengalaman yang tak seberapa, tapi, harap-harapnya, ada manfaat untuk saya dan kalian semua.

Oh ya, jikalau kalian mendapati gaya penulisan saya kali ini, bunyinya lain sedikit, inilah impak hidup bersama dengan seorang yang tinggi penguasaan Bahasa Melayunya... (“,) sedikit sebanyak, dah terikut-ikut gaya bahasa ‘skema’ si dia yang sentiasa dicintai, dihormati dan didoakan kerana ALLAH swt itu... Moga ALLAH redha dengan segalanya.

*************************************************************************

Lamaran pemuda terhadap diri saya bermula dari awal remaja saya lagi. Seingat saya, lamaran mereka hadir dengan pelbagai cara, sama ada ‘direct’ atau ‘indirect’, sama ada ber’medium’ atau tidak ber’medium’. Saya akui, pemuda-pemuda ini, bukanlah pemuda-pemuda biasa. Ramai di kalangan mereka yang baik dan dihormati ramai.

Jujurnya, saya tak pasti kenapa. Kerana saya sentiasa mengakui bahawa saya adalah manusia yang berwajah ‘biasa’, berakhlaq ‘biasa’, tidak ada yang istimewa. Pernah, ketika awal remaja, saya menangis sendiri, tertanya-tanya mengapa ujian ‘lelaki’ itu hadir kepada saya, kenapa tidak kepada teman-teman saya, yang jauh lebih cantik dan solehah berbanding saya.

Namun, setelah dewasa, diri semakin matang, saya menyedari hakikat bahawa ALLAH swt Maha Tahu bagaimana caranya untuk ‘mendidik’ dan ‘mengajar’ kita, sebagai hambaNya yang sangat lemah, dan sangat mengharap pimpinan dan bimbinganNya. Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH swt yang menyelamatkan diri saya daripada jatuh ke lembah kehinaan.

Titik perubahan saya untuk faham hakikat ‘ujian’ ini ialah apabila hadirnya sebuah cerpen bertajuk ‘Seindah Mawar Berduri’ hasil karya seorang kakanda solehah, Fatimah Syarha di dalam peti surat sekolah saya, yang di alamatkan kepada saya. Ketika itu, saya berada di Tingkatan 4. Semoga pengirim cerpen ini sentiasa di rahmati ALLAH swt.

Saya tergamam membaca tulisan kakanda solehah itu. Diskripsinya terkait ujian-ujian yang hadir dalam hidup salah seorang watak beliau, iaitu ‘Khazinatul Asrar’ memberi kesan pada hati saya. Saya jadi malu sendiri. Apalah sangat ujian yang saya lalui berbanding ujian Khazinatul Asrar lalui. Saya gariskan satu persatu point-point yang saya rasakan penting daripada cerpen itu untuk saya jadikan panduan dalam menggariskan prinsip hidup saya terkait ‘ujian’ ini. Antara point-point yang saya masih ingat (walaupun, cerpen itu telah lama dihilangkan oleh teman-teman saya lantaran banyak sangat yang meminjam buat rujukan);

Put Your Full Trust to ALLAH swt

Jangan biar diri ada krisis keyakinan dengan ALLAH swt

Dialog antara Khazinatul Asrar dengan teman baiknya terkait prinsip cinta dalam hidup Khazinatul Asrar

Alhamdulillah. Doa saya setiap kali mengenangkan ‘turning point’ yang saya lalui ialah; semoga ALLAH swt merahmati kakanda solehah, penulis cerpen ini, serta pengirim cerpen ini. Tanpa usaha kalian, mungkin saya masih dilalaikan oleh ‘ujian’ yang tak seberapa buat diri saya ini.

********************************

Bermula saat itu, saya berusaha membina ‘jati diri’ saya terkait hal ini. Saya mempersoalkan apa yang saya inginkan dalam hidup ini? Apa tugas dan posisi sebagai makhluq Allah bernama ‘wanita’ dalam kehidupan dunia ini? Apa pula tugas dan posisi seorang lelaki kepada saya? Apakah perkara yang boleh mendekatkan saya kepada syurga-Nya? Perkara apakah yang boleh menjunamkan saya kepada neraka-Nya? (nau’zubillah) Soalan-soalan ini terus menjadi ‘guidance’ untuk saya membina jati diri saya sebagai seorang wanita Muslimah yg hajat kepada Redha ALLAh swt.

Dan, Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH. Kesibukan saya dalam membina jati diri muslimah saya telah menjauhkan saya daripada memikirkan ‘ujian’ itu. Saya semakin tidak peduli kepada hal-hal yang terkait dengan ‘pemuda’. Focus saya ketika itu adalah menjadi Muslimah SOlehah dalam semua segi seperti dikehendaki ALALH swt dan menjadi seseorang yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja di sekelilingnya, khususnya Muslimah dan wanita-wanita lain yang ditemukan ALLAh kepada saya sepanjang perjalanan hidup saya menujuNya.

Namun, dalam pada masa yang sama, Alhamdulillah, segala puji bagi allah juga kerana dalam diam-diam, tanpa saya sedari, telah terbina dalam diri saya satu kriteria pemuda bagaimanakah yang saya hajat untuk menjadi Imam dalam hidup saya, dan apakah tanda-tandanya bahawa pemuda tersebut adalah pemuda yang dipilih ALLAH swt untuk saya.

Oh ya, saat itu, konsep yang saya pegang terkait hal-hal jodoh ini hanya sepotoh hadith baginda s.a.w, ‘Jagalah ALLAH swt, ALLAH swt pasti menjaga kamu!’ Senang kata, hadith ini juga saya dapati daripada cerpen Seindah Mawar Berduri itu juga. Alhamdulillah. Sekali lagi, semoga ALLAH swt merahmati penulis dan pengirim cerpen ini sentiasa.

*****************

Hadirnya dia dalam hati ini tak pasti bila. Tapi, Allah swt menjadi saksi mujahadah saya untuk menyingkirkan dia daripada menganggu hati dan perasaan ini. Bukan kerana dia tidak soleh, bukan kerana dia tidak disegani, tapi pada awalnya, dia tidak memenuhi beberapa syarat yang saya tetapkan untuk seorang pemuda yang akan menjadi Imam saya. Dan, pada saya, saya serius dengan syarat saya. Kerana pada saat itu, saya yakin, syarat-syarat saya terbina atas dasar mengharap redha dan maghfirah ALLAH swt, serta restu bonda saya yang tercinta.

Terkait dengan penetapan syarat, saya berbelah bahagi sama ada perlu atau tidak untuk saya kongsi di sini. Tetapi, mengenangkan hajat-hajat adinda2 tercinta, saya kongsikan juga di sini, agar mudah-mudahan menjadi iktibar dan ibrah buat kalian. Oh ya, saya akui, syarat saya ini pastinya bukan yang terbaik, namun, mudah2n ada manfaatnya untuk kalian ya akhowat yang dikasihi kerana ALLAH swt sentiasa.

Syarat pertama saya ketika itu ialah ‘pemuda itu haruslah direstui bonda tercinta’. Nampak simple kan? Tapi, hakikatnya syarat inilah ramai yang daripada awal-awal lagi tak masuk dalam list pilihan. Oh ya, mungkin saya perlu kongsikan di sini, siapa bonda pada saya, sehinggakan restu bonda adalah segala-galanya buat saya ketika itu.

Bonda orangnya mudah dan memudahkan. Bonda orangnya senang dan disenangi. Perkara pertama yang membuat saya terikat kuat dnegan bonda bukanlah kerana ketegasan bonda dalam mendidik kami, adik beradik. Tetapi kerana prinsipnya yang jelas dalam melaksanakan pendidikannya kepada kami anak-anaknya. Prinsipnya daripada dahulu; ‘Yang Baik adalah apa yang Syara’ kata baik, Yang Buruk adalah apa yang Syara’ kata Buruk’. Jelaskan? Oleh itu, saya amat terikat dengan restu bonda kerana restu bonda ada kaitanya yang besar dengan REDHA ALLAH swt pada saya ketika itu.

Saya akui, syarat saya terkait restu seorang ibu ini mungkin ada yang mengatakan tak ‘applicable’. Ada yang pernah bertanya, kalau dapat ibu yang tak soleh macammana? Namun, pada saya, kembalilah merujuk kepada apa yg ALLAH swt dan RasulNya katakan dalam ALQuran dan ALHadith terkait restu ibu dalam hidup seorang anak. Yakinlah kepada konsep, ‘ada Barakah dalam Ketaatan’. Insya-allah, Allah tak sia-siakan hajat seorang anak yg mengharap restu ibu dalm hal-hal yang tidal menyalahi perintahNya, demi mencari redha ALLAh swt.

Oh ya, kembali kepada kisah asal bahagian ini, iaitu kisah si dia, pemuda pilihan ALLAH swt buat diri ini. (“,)

Ringkas cerita, dengan izin ALLAH swt yang Maha pengasih, tanggal 2005, selesai SPM saya, berita hadir kepada saya (tanpa saya mencari-carinya) bahawa si dia itu telah lulus syarat bonda yang pertama. Oh ya, lupa saya kongsikan tadi bahawa bonda saya pun punya syarat – tapi, mungkin tak perlu sya kongsikan di sini, kerana syarat2nya lebih berbentuk teknikal, contohnya seperti, ‘mesti orang utara!’ ^_^.

Ketika bersembang dengan si dia yang kini telah sah menjadi Imam buat saya, dia sendiri ketika itu agak terkejut dengan pemindahan mereka ke negeri utara itu, setelah hamper 15 tahun menetap di negeri timur yang sangat dia dan keluarganya senangi. Namun, setelah perkongsian saya terkait syarat bonda itu, tersenyum si dia mengenangkan susunan ALLAH swt buat kami berdua. Sungguh, kita tidak pernah tahu apa yang simpankan untuk kita. Just, Keep Moving Forward according to ALLAH’s way! Insya-allah, pasti dan pasti, ada hikmah yang besar buat kita, insya-allah. tak di dunia, di akhirat sana kelak, insya-allah.

*******************************

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH swt, tanggal 2 Dis 2006, terjalinlah ikatan pertunangan antara kami. Sungguh, saya amat terkejut ketika mengetahui si dia telah menghantar keluarganya ke rumah untuk berbincang terkait hal kami. Mana tak terkejut, seingat saya, kami tidak pernah berhubung sebelum sebelum itu, bahkan tidak pernah bertemu melainkan dalam program2 rasmi atas urusan2 rasmi sahaja. Allah swt menjadi saksi bahawa hubungan kami hanyalah hubungan hati yang berharap kepada kasih dan sayang daripada ALLAH swt. Tidak ada medium perantara yang saling mengenalkan kami, melainkan ALLAH swt sahajalah yang menjadi mediumnya. Dan tentulah DIA adalah sebaik2 medium, sebaik2 penghubung cinta antara hati2 orang-orang beriman.

**************************

Ya, saya akui, tempoh pertunangan kami boleh di katakan ‘sangat lama’ oleh kebanyakan orang. Secara peribadi, saya sendiripun merasakan amat lamanya tempoh itu. Namun, Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAh swt yang telah menguatkan hati kami berdua dalam menjalani tempoh yang penuh ujian terhadap hati itu. Saya amat bersyukur kepada ALLAH swt kerana dikurniakan kekuatan untuk menjaga batas-batas syara’ sepanjang tempoh yang lama itu. Percaya atau tidak, selama 4 tahun itu, (2 tahun saya di Malaysia, 2 tahun saya di UK), tidak berlakunya sebarang ‘verbal interaction’ antara kami untuk urusan peribadi melainkan semuanya atas urusan rasmi yang penuh limitasi? Sebut aja medium yang ramai anak2 muda hari ini gunakan utk berhubung dengan kekasih-kekasih hati mereka, seperti SkYPE (utk orang-orang oversea), YM dan phone call (typically Malaysians syle), Facebook atau dulunya Friendster. Alhamdulillah, ALLAH lindungi kami daripada terjebak dengan sebarang interaksi-interaksi murahan itu. Alhamdulillah, segala puji bagi allah yang meyelamatkan kami dariapda terjatuh dalam lembah kehinaan.

*******************************

Apakah ujian2 semasa pertunangan? Dan bagaimana cara menghadapinya?

Itu soal-soalan yang hadir di inbox dan private mesej saya setelah saya dan si dia sah menjadi suami isteri tanggal 12 Mac 2011 baru-baru ini.

Sungguh, saya berlepas daripada apa sahaja yang disangkutkan kepada saya semata-mata dalam soal ketaatan kepada ALLAH swt, kerana pada saya, tidak saya mampu sedikitpun untuk menjadi Hamba ALLAh swt yang taat melainkan semuanya atas Rahmat dan kasih sayang ALLAH swt buat diri ini.

Insya-allah, hajat hati ini untuk berkongsi lebih panjang terkait soalan itu sahaja. Tapi, mungkin ringkasnya saya sebut di sini ialah ujian yang saya hadapi sepanjang tempoh bertunang adalah ‘RAGU-RAGU’. Dan pada saya, ujian ‘ragu-ragu’ inilah jika tanpa rahmat dan kasih sayang ALLAH, saya telah lama mengikut cara orang baisa dalam melalui tempoh pertunangan kami. Maklumlah, saya dan dia memang tak pernah ‘berkenalan’ sebelum bertunang, pastinya timbul dalam hati saya 1001 soalan terkait hal2 peribadi kami, contohnya; saya begini dengan keluarga, bagaiman dia dengan keluarganya, saya suka warna dan cara pakai itu, bagaimana pula dengan dia? Walaupun soalan2 ini Nampak remeh, tapi percayalah, ramai yang tewas dengan soalan-soalan seperti ini yang kemudiannya membawa mereka kepada perhubungan sebelum kahwin yang sangat bahaya untuk kebersihan hati.

Lantas, bagaimana saya atasi ‘Ragu2’ itu? Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAh swt, yang memberi kekuatan untuk saya kembalikan segala keraguan, kerisauan dan kebimbangan hanya kepada-Nya. Tarbiyah imaniyah yang mendidik saya untuk meyakini Hanya ALLAH swt Sandaran sebarang Harapan kerana Hanya DIalah yang Maha Tahu, apa yang dalam hatiku dan apa yang dalam hatinya; dan Hanya DIalah yang Maha Tahu, bagaimana sifat dan keperibadian ku, dan bagaiamana sifat dan keperibadiannya. Dan tentunya Hanya ALLAH yang MAha Tahu akan kesukaanku dan kesukaannya. Keyakinan kepada KeESAAN dan KeBesaran ALLAH swt lah, pada saat itu, dan pada saat ini, menjadi sumber KEKUATAN untuk saya sabar dalam menempuh tempoh pertunangan yang penuh ujian buat hati ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillahi Rabbil A’lameen.

Doa saya setiap masa, “Ya Rabb yang jiwaku di tangan-Mu, Engkau Yang berkuasa atas segala sesuatu. AKu Mohon dengan rahmat kasih sayang-Mu, Jauhkan aku daripada apa yang aku tidak mampu. Engkau Maha Tahu tentang diriku, lebih daripada diriku sendiri. Hanya Engkaulah kami sembah, dan Hanya Engkaulah kami mohon pertolongan. SUngguh, aku pasti termasuk dalam golongan mereka yang rugi, jika tanpa rahmat, kasih sayang dan ehsan pertolonganMu, Ya Ilahi Rabbi...”

************************

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH swt yang memberi kekuatan untuk menulis karangan panjang ini. Insya-allah, banyak lagi yang boleh di’detail’kan untuk perkongsian yang lebih panjang. Namun, buat masa ini, mudah-mudahan, kalian beroleh sesuatu daripada perkongsian ini.

Afwan kathira @ Maaf banyak-banyak atas sebarang kelemahan dan kecacatan dalam penulisan saya ini. Terima kasih kepada yang sudi memberi sokongan dan dorongan buat diri ini untuk terus sabar dalam menulis... insya-allah, semoga penulisan ini akan menjadi amal soleh yang diterima ALLAH swt.

Oh ya, sebelum penutup, lupa saya katakan...

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang Maha Baik terhadap hamba-hambaNya.

2 minggu hidup sebagai isteri kepada pemuda pilihan ALLAH, sungguh saya amat terkejut apabila mendapat terlalu banyaknya persamaan antara kami yang kami sendiri tak pernah menyangka. Percaya atau tidak, bukan sekadar pandangan dan prinsip hidup kami adalah sama, hal kecil seperti makanan dan warna kegemaran, cara ‘menconteng’ quran, hobi di masa lapang dan banyak lagi semuanya sama antara kami berdua! Subhanallah, Maha Suci ALLAh swt Yang MAHA BAIK! Terima Kasih Ya Allah!

Maka, kesimpulaannya, JAGALAH ALLAH swt, ALLAH swt Pasti MENJAGA KAMU!

Moga Allah redha dengan perkongsian ini, dan moga perkongsian ini member manfaat untuk dunia dan akhirat saya dan kamu.

Wallahua’lam. Wassalam wbt.

Atas Bas, on day way balik ke KL (setelah 3 hari 2 malam bersama kekasih hati pilihan ALLAH buat saya)

Sincere Servant (a.k.a. Hanisah Hazni)

Saat paling bermakna dalam hidupku (Malam 12 March 2011)

- dia, pemuda pilihan ALLAH, sah sebagai Imam untukku


26 comments:

  1. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Sangat bermakna dan bermanfaat perkongsian ini, terutama buat diri yg terlalu mudah untuk tergelincir, dan menunggu untuk tarbiyyah dariNya.. Mujahadah, bukan mudah namun tidak mustahil.. Semoga dilindungi hati-hati yang amat mudah berbolak balik, semoga dikuatkan hati-hati yg terlalu cepat lemah, semoga hati-hati ini menempatkan cintaNya, dan mendapat tempat di sisiNya.. Ameen. Jazakillahu khaira Kak Maryam atas perkongsian yg inshaAllah mungkin menjadi turning point dan pendorong buat kami yg sedang bermujahadah ;-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..jazakillah k.maryam atas perkongsiannya..doakan lal

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum buat Zaujati yang disegani lagi dikasihi, MasyaAllah - dalam kesibukan, keletihan dan kepenatan Allah izinkan dirimu menukilkan semua ini. Maha Suci Allah SWT atas segalanya.

    Dirimu - kesungguhan, kekuatan dan keluhuran peribadi menjadi inspirasi dan motivasi buat diri ini jua.Semoga Allah SWT menguatkan ikatan ini dengan cita-cita hanya untuk mengapai keredhaan-Nya.

    Sekian,
    - Abang -

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...

    alhamdulillah..sgt bermanfaat perkgsian ini...

    kat BRO HAMZAH tajuknya CINTA DI SYURGA-MENGASYIKKAN...

    sungguh indah percaturan Allah..

    smg Allah merahmati kak yam & ustaz berdua...^_^ sweet sgt pic kawen kak yam & ustaz...

    p/s: walopon xkenal tp hati ini rase dekat sbg tautan ukhwah saudara islam..

    doakan ana ya...

    ReplyDelete
  5. Aslmwbt sis,

    Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fil khair. Alhmdulillah wa syukrillah. May Allah's blessings shrouds both of you in your path to jannah and may we meet, if not here, in a place where there are two rivers of milk and honey.

    With love,
    Kak Nabilah & zauj

    ReplyDelete
  6. Bismillahirrahmanirrahim..
    P'k0ngsian yg sgt mnarik, benarlh..jika kta m'jga Allah,pstinya Dia akn m'jga kta jua.. tahniah d ats p'kahwinan kak yam..mga Allah sntiasa mredhoi dn mrahmati kalian b'dua...ameeen100x :)

    *ex-smakl student 2010

    ReplyDelete
  7. Kembara syahadah:
    Alhamdulillah, terima kasih atas jejak yang penuh makna. Afwan kathira ukhti yg sentiasa dekat di hati, hanya ini yang mampu akak titipkan buat masa ini. Mudah2n, perkongsian ini bermanfaat untuk dunia dan akhirat akak dan kamu.

    Setuju ukhti,
    MUJAHADAH - sesuatu yg bukan mudah, tetapi TIDAK MUSTAHIL (insya-allah)
    Sama2 kita sering panjatkan doa kepadaNya agar sentiasa diizinkanNya untuk sentiasa menang melawan nafsu dan fitnah dunia yg melata sampai saat kita pulang bertemuNya... insya-allah.

    Motivasi untuk bermujahadah: Ingat Syurga dan Neraka ALLAh setiap masa.
    Apalah ertinya keindahan dunia yg sementara, andai balik jumpa ALLAH, neraka penuh azab, pengakhiran kita??
    Apalah ertinya susah payah di dunia, andai pulang bertemuNya, syurga yang tak terbayang keindahannya tersedia indah untuk kita??

    wallahua'lam.

    Salam sayang + rindu buat ukhti dan teman2 ukhti... ^^

    ReplyDelete
  8. Bro Hamzah, Zauji habeebi muhtaram:

    Alhamdulillah, segalanya Qudrah dari ALLAH swt. Dari ALLAh kita datang, dan kepadaNya kita pasti akan dikembalikan...

    Habeebi zauji, apalah sangat perkongsian ini berbanding perkongsian2 abang di laman abang.

    Apapun, semoga allah redha dan terima setiap titipan perkongsian kita sebagai amalan soleh...

    Sayang abang sayang kerana ALLAH swt... ^^

    ReplyDelete
  9. Setanggi Syurga:

    Alhamdulillah, terima kasih ukhti hidayah...
    Salam taaruf.. ^^
    Semoga allah rahmati kita semua...

    Kak nabilah tersayang:

    Subhanallah, syukran kak nabil atas kunjungan dan jejak kak nabil di laman usang saya ini!
    Jazakillahukhairan kathira buat kak nabilah solehah... your words always help to heal my soul... ALhamdulillah.
    Doa mudah2n baby akak akan sesoleh atau lebih soleh/ah daripada umminya yg soleheh...!

    Peluk rindu dari saya buat akak...

    Lover4eva:

    Alhamdulillah, terima kasih atas kunjungan, tinggalan jejak dan doa dari ukhti.

    Semoga dirahmati ALLAh sntiasa...

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Pertama kali baca tulisan maryam. tapi pelik juga kenapa di FB nama hanisah hazni? :D

    Tulisan yang memberi inspirasi.

    Semoga dipermudahkan semua oleh-Nya

    ReplyDelete
  11. tlg jawab: krn nama pnjgnya maryam fatin hanisah hazni..^^

    k.yam...
    really meaningful...n mnjd jawapan yg pasti buat stiap muslimah mukminah solehah..
    doakan tsya ea..kne kuat!!

    ReplyDelete
  12. ya Allah,
    sayu benar dgn penulisan ini,
    x terkata sbnrnya,
    ringkasnya,
    Abg ali dan kak maryam ~
    adlh abg dan kakak yg wajar dicthi..
    juga mjd inspirasi kpd kami adik2,

    Subhanallah.

    ReplyDelete
  13. salam ukhwah..
    keajaiban Allah...terima kaeh akak.sangat menyentuh hati. besar keagungan Allah..
    hope menjadi kekuatan pd diri ana apa yg akak post ni..insyaAllah..aminn..

    doakan ana..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat untuk dunia dan akhirat kita semua...
    Doa ntum buat kami amat kami hargai... Syukran kathira...

    ReplyDelete
  15. indah, sangat indah.

    moga saya sendiri diberi kekuatan seperti kak Hanisah Hazni utk mencari jati diri muslimah. (=

    ReplyDelete
  16. tiada tulisan dapat menzahirkan, hanya jiwa yang bersyukur akan keindahan rasa ini.

    alhamdulillah.

    moga mencapai tahap ustaziatul alam.

    salam ukhuwah kerana Allah.

    ReplyDelete
  17. Subhanallah... betapa sy harap sy akan kukuh mengikut landasan ini..tidak tewas akn permainan nafsu.cinta dn perhatian kasih syg sgalanya biarlah untuk yg haq shja... doakan sy..InsyaAllah, perjalanan sy jga msih jauh sekali... uk jga destinasi sy dengan izin Allah, smoga sy dpt menjaga hati.amin..syukran atas perkongsiannya :)

    ReplyDelete
  18. subhanallah..meleleh air mata membaca ini..meski tmapak simple.,tp amat menyentuh hati..mengapa sy tdk kuat sprt ini.. Allahuakbar.. ingin seklai begini.. tp sygnya,, sy hampir menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan.... alangkah baiknya jika sy juga seperti kisah ini..,,sedih rasanya..namun sesalan yg terbit perlu diganti dgn taubat dan pengharapan mga Allah merahmati pernikahan kmi..ameen

    ReplyDelete
  19. Suka saya baca. =) terima kasih kak. Hehe. eh ke sebaya kita?? ;p

    Saya pun nak blajar jadi hamba Allah yang diredhai! =D

    Dan nk jumpa lelaki yang Allah pilihkan. Amin!

    ReplyDelete
  20. Salam 'alaikuma , subhanallah , Allahu Akbar , mmg bnr ikatan yg dibina ats dasar taqwa itu sgt indah :)

    mabruk 'alaikuma ya ukthi :)

    ReplyDelete
  21. syukron ukhti mahbubah..

    ~menguatkan keyakinan saya untuk terus tegar memelihara..

    ReplyDelete
  22. sy very2 like semuanya
    syukran akak=)

    nk share d fb boleh?

    ReplyDelete
  23. Assalam..
    ukhti.. very nice entry.. subhanallah...

    jika tak keberatan..
    boleh ana dptkan email ukht?
    insyaAllah shbt kerana Allah.. :)

    ruhulsyaheedah@gmail.com

    ReplyDelete
  24. Allahu... bagaimana dapat aku menjadi steguhmu...

    ReplyDelete

Your Precious Thougths