Friday, 15 October 2010

Sembang-sembang tarbawi: Tarbiyatul Aulad


“Ana Zaireen, dari Besut. Alhamdulillah, sedang sambung pelajaran di peringkat sarjana di Southampton University dan telah berkeluarga. Dan, Alhamdulillah, ana mula mengenali tarbiyah sejak di MRSM lagi.”

Asma’ tertib mendengar dengan tekun ketika Kak Zai memperkenalkan dirinya kepada sisters yang hadir di situ. Panjang juga kak Zai berkongsi bagaimana mula kak Zai tertarik untuk lebih serius dalam memahami Deen ALLAh ini. Alhamdulillah, sangat menarik. Asma’ suka mengambil pelajaran daripada kisah-kisah sisters seperti kak Zai ini.

Bagaimanapun, dalam diam, Asma’ juga bermuhasabah. Sebentar lagi giliran dia pula untuk memperkenalkan diri. Tetapi, dia resah kerana belum dia peroleh jawapan untuk soalan ini bilakah dia mula mengenali tarbiyah.

“bila ya aku mula kenal tarbiyah?” bisik Asma’ pada dirinya.“err… bukan dari kecil ke?”

Dengan izin ALLAH, saat itu, segala kenangan liqo’ aulad banat yang dia ikuti ketika dia berumur 7 tahun hadir dalam benaknya. Teringat-ingat kenangan makcik Sarah, makcik maimunah, ibunya sendiri dan pelbagai program, pengisian dan permainan yang mereka susunkan untuk Asma’ dan teman-teman sebaya. “Subhanallah, moga Allah rahmati mereka…dari situ rupanya banyak aku belajar…” Asma’ bertasbih dan berdoa untuk murabbi-murabbinya dalam hati. Sungguh, dia akui, sangat banyak jasa mereka dalam membentuk diri Asma’ hari ini.

“Okey, sis Asma’. Sila perkenalkan diri, banyak kami nak tahu ni?” perlawaan kak Ruhi memecahkan gambaran dalam minda Asma’.

“Oh saye ye?” ujar Asma’ sambil tersenyum segan. “Blurr nye aku..” detik hatinya.

Asma’ pun mula berkongsi sedikit sebanyak personal detailnya sampai pada bagaimana mula perkenalaannya dengan tarbiyah. “Ana tak pasti bila ana mula kenal tarbiyah, sebenarnya.. tapi, seingat ana, bahan pertama yang ana digest terkait tauhid ialah pada ana berumur 7 tahun, insya-allah.” Asma’ diam berfikir. “Ya, 7 tahun insya-allah. Bukan halaqah keluarga, tapi halaqah mingguan yang memang terancang dan berguru dengan murabbi-murabbi mithali, insya-allah. Tapi, ya lah, lama dalam tarbiyah tidak menentukan apa-apa sangat sebenarnya…” ujarnya sambil merendah diri kerana sedar siapalah dia berbanding sisters di hadapannya.

“Subhanallah, awak umur 7 tahun asma’? Besar anak akak tu, Durra… hesh.. nak kene mula ngan Durra ni…” kak Sue member respon, teruja.

“Masya-allah, awalnya. Tapi Asma’, awak ingat lagi ye?” soal kak Amee pula.

“Err… insya-allah, kak. Mungkin sedikit perkongsian untuk semua… ana sendiripun belum ada anak… tapi, apa yang ana lalui, seingat ana.. memang kita tak boleh pandang remeh kepada Tarbiyatul Aulad… atau bahasa Melayunya Pendidikan Anak-anak.. Insya-allah, anak-anak yang kita lihat hari ni, yang mungkin pada kita hanya tahu bermain.. tapi sebenarnya mereka sedang aktif belajar… belajar apa sahaja yang didedahkan di sekelilingnya… jika baik suasana kita sediakan, insya-allah… pasti suasana baik itu akan member kesan kepada pemikiran, jiwa dan tingkah laku ana tersebut dalam kita sedar atau tidak, insya-allah.”

“Insya-allah, ana yakin, liqo’ itulah yang pertama ana hadir dalam hidupnya. Selain dari liqo’ di rumah yang memang dijadikan rutin keluarga, liqo’ banat itulah antara yang membantu ana faham Islam dengan lebih baik. Paling penting, Liqo’ itulah yang membina asas aqidah yang ada dalam jiwa Asma’ hari ini. Alhamdulillah. Semoga ALLAh rahmati murabbi-murabbi Asma’” ujar Asma’ tertib.

“Boleh Asma’ kongsi sedikit apa yang makcik-makcik buat dalam liqo’ tu?” tanya kak Tee dengan penuh minat. Ya lah, kak Tee sendiri seorang yang bersungguh dalam mendidik anak-anaknya.

“Err… ana bagi contoh satu bahagian dari liqo’ kami ye kak. Misalnya, terkait tentang Tiga cabang Tauhid.. ketika makcik ingin bantu kami nampak tentang Tauhid Rubbubiyah.. iaitu keesaan ALLAh dalam kekuasaan-Nya.. makcik mulakan dengan menekankan satu ayat sahaja, iaitu surah Al-Furqan, ayat 2. Tapi, dari ayat itu, makcik extract kan jadi 5 phrase yang pendek-pendek, untuk kami tadabbur satu demi satu.”

“Contohnya, phrase 1 yang bermaksud ‘(Allah) yang memiliki kerajaan langit dan bumi’. Minggu 1, kami dibawa bermain di taman permainan… manakan anak-anak seperti kami tidak seronok.. tapi, sebelum dilepaskan bermain, makcik bawa ke sudut padang permainan, dekat dengan pokok-pokok… Makcik buat macam kuiz seperti, sapa yang boleh sebut nama haiwan atau insect yang di sekelilingnya… atau sapa boleh kira awan… atau sapa boleh kira warna hijau yang dia Nampak… Soalan-soalan yang terkait dengan alam sekeliling.”

“Nampak macam kosong dan bosan… tapi, seingat saya, sebagai anak kecil, memang tak kenal erti bosan… ikut saja apa yang disuruh.. tambah-tambah apabila dibenarkan berlari2 untuk pergi ke pohon sekian dan sekian. Tapi, Alhamdulillah, yang lebih penting soalan-soalan itu membantu anak-anak aware, betapa alam sekelilingnya ini luas. Jika dicuba hitung-hitung, memang tak cukup jari. Yalah, masakan kita boleh kira awan, kan? Dari situ, anak-anak kemudiannya pada sesi lain dibawa untuk merasai keluasan keraajan ALLAH di langit dan bumi dengan melukis dan mewarna pula… wallahua’lam..”

“Itu sebagai contoh, banyak lagi, insya-allah pendekatan-pendekatan yang diambil oleh mereka. Tapi, saya tak ingat sangat. Cuma pada saya, kesannya sampai hari ini, insya-allah. Sebut tentang tauhid, dari liqo’ itulah asas-asas keyakinan kepada keesaan ALLAh terbina. Insya-allah. Teringat pula, sehinggakan, semasa sepupu saya mengajak saya menonton cerita Power Rangers, Allah izin saya masih ingat jawapan saya ketika itu, ‘tak naklah, power rangers tu ajak kite syirik. Mana ada kuasa sehebat kuasa ALLAH swt!” dan selepas itu ibu yang dimarahi nenek dan makcik kerana kononnya ibu mengajar anak pelik-pelik. Tapi, sungguh. Insya-allah, saya yakin jawapan saya tu tak dipengaruhi ibu. Tapi, datang dari kefahaman yang terbentuk dari program-program tarbiyah seumpama liqo’ itu insya-allah… wallahua’lam.” Asma’pun akhirnya menutup perkongsiannya kerana lama pula masa yang diambilnya.

“Alhamdulillah.” lafaz yang terkeluar dari banyak sisters.

“Sungguhkan, tarbiyah anak-anak ni tak boleh diringankan…” ujar kak Sue seakan bermuhasabah sambil melihat anak-anaknya bermain.

“Alhamdulillah, terima kasih Asma’. Nampaknya perkongsian yang sangat bermanfaat untuk para ibu generasi ini. Hebat apa yang telah para ibu generasi atas kita usahakan dan tentunya semua ini menuntut jihad dan pengorbanan dari kita. Tak mudah terutama untuk para ibu yang berkerjaya. Apalah yang anak-anak kita lihat dan dengar ketika kita di tempat kerja.” Tambah kak Zai dengan nada sayu.

“tapi…” kak Ruhi. “hanya ibu yang hebatlah, Allah akan dikurniakan anak-anak pewaris yang hebat, insya-allah. Mana mungkin ibu nak berbicara tentang Tauhid, jika ibu sendiri tak sure tentang hakikat TAUHID, ye tak?? So, insya-allah, jom azam jadi ibu-ibu yang hebat!!” Seru kak Ruhi penuh makna dan semangat.

“Yeay, insya-allah!!” sahut para sisters yang lain dengan penuh kesungguhan dan keazaman.

Asma’ malu sendiri. Banyak lagi yang dia harus pertingkatkan. Di hadapan kakak-kakak ini, siapalah dia. Terlalu banyak yang harus Asma’ pelajari, kerana dia yakin pengalaman adalah guru terbaik. Jadi, banyak lagi pengalaman-pengalaman kakak-kakak ini yang harus dia kutip sebagai bekalan diri, insya-allah. Inilah kehidupan. Apa yang baik yang telah dimulai generasi awal, kita teruskan dan pertingkatkan. Kerana kita semua manusia, sehebat manapun kita, ada masa naik, dan ada masa turun. Kita saling memerlukan dalam usaha untuk menjadi manusia yang lebih dekat dengan ALLAh swt. Insya-allah.

Wallahua’lam.

2 comments:

  1. Bersyukur dikurniakan hidayah tidak kira diusia mana kita ditarbiyah...

    Sekarang ana di ward kanak2... Untungnya kita, makanan cukup, pakaian cukup dan lebih beruntung agama pun boleh dikatakan cukup... tapi ada dikalangan pesakit kanak2 ni yang makanan pun tak cukup.. kurang kasih syg...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kerana mempunyai ibu yang hebat.. terima kasih berkongsi cerita pengalaman ini, semoga boleh jadi contoh dan peringatan utk mendidik anak2 saya.

    ReplyDelete

Your Precious Thougths