Tuesday 1 December 2009

Secebis pengalaman tarbawi..

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Adalah biasa bagi langit senja pada musim luruh untuk gelap. Dari tingkap bas, jalan raya basah kerana hujan renyai yang tak berhenti sejak tengah hari tadi. Kaki saya sudah terasa lenguh. Perjalanan ke London dengan menaiki coach memang menguji kesabaran.

“bile bas ni nak berhenti ye?” teman yang duduk disebelah telah bersuara. Nampaknya dia pun telah kelenguhan kerana duduk terlalu lama. “Ntah la, Hana.. selalunye after 2 hours and half, die akan berhenti.. lenguh bangat dah ni..” jawab saya.

Untuk menghilangkan lenguh, saya pun bergerak-gerakkan badan dan melurus-luruskan kaki ke hadapan. Dalam pada itu teringat tugasan saya yang tak dipenuhi lagi. Tugasan menyediakan risalah sempena sambutan Eid kali ini. Lantas, segera saya mencapai laptop di dalam ‘backpack’ untuk menyiapkannya. Dalam masa yang sama, saya juga memasang earphone pada mobilephone saya untuk mendengar berita-berita terkini di channel radio 4 BBC. Saya larut dalam merndengar berita dan juga focus menyiapkan makalan Eid saya.

Alhamdulillah. Kira-kira 50 peratus tugasan saya siap, saya perasan bahawa coach kami pun mula bergerak perlahan dan belok ke arah simpang menuju ke tempat perhentian R&R. “Alhamdulillah, sampaipun.” Detik hati saya. Lekas-lekas saya menyimpan laptop saya, dan kemudian baru menanggalkan earphone mobilephone saya dan simpan di pocket coach seat saya.

“Alhamdulillah, berhentipun. Jom Maryam!” kata Hana. Tak berfikir panjang, saya pun turun tanpa perasan berapa minit masa coach driver itu peruntukkan untuk masa rehat ini. “Insya-allah, dalam 20 minutes kut.. as usual.” Detik hati saya. Saya pun melihat jam tangan untuk self-timing diri. Bukan tak biasa saya melihat penumpang-penumpang yang lewat ditinggalkan coach.

Sejurus sampai di kawasan tandas, kelihatan manusia-manusia berbaris. “Alahai, ramai la pulak!” getus hati saya. Saya dan teman ikut beratur sehingga tiba giliran kami. Selesai, kami pun ke kedai dalam perhentian bagi mencari sesuatu untuk mengisi perut dan memanaskan badan. Kelihatan dua adik junior saya sedang membeli ‘hot choc’. Saya pun melihat jam tangan, ‘masih ada masa, insya-allah.. tapi kena cepat ni.’ Detik hati saya. Saya pun terus mengambil minuman Caprisun dan dua ‘Melteser’ dan terus ke kaunter bayaran. Selesai.

Saya pun mencari teman saya dan kelihatan dia masih mundar mandir mencari sesuatu. Terlupa pada baki masa yang ada, saya pergi menegurnya. “Hana nak makan ape? Beli la hot choc kalau rasa sejuk. Maryam rasa panas tadi.. tu yang amik Caprisun je.” “Hana tak reti la nak guna bende tu, boleh tolong tak?” kata teman saya menunjukkan kepada mesin self-hot-drink-maker. Tanpa berfikir panjang, dan tanpa melihat masa yang ada, saya pun terus menemaninya ke mesin itu dan membuatkan untuknya secawan hot choc. Selesai, segera kami ke kaunter bayaran.

Setelah itu, baru saya terperasan. “Ya Allah, dah tinggal berapa minit ni! Ya Allah, mane adik-adik tu?” kata saya sambil segera melihat jam tangan dan melihat kawasan sekeliling. Ketika itu, teman saya baru nak meletakkan gula ke dalam hot chocnya. “Nanti Hana, kite kena cepat! Jom!” Kata ku sambil mengambil barang-barang dalam berlari anak ke pintu utama. Dalam masa yang sama, saya capai mobile phone saya dan call adik-adik itu. “Salam, Zaf! Korang kat mane?” “Kak, cepat kak! Bas dah jalan!” suaranya berbunyi sangat cemas. “Allah! Boleh bagitau driver kami tak de dalam bas?” tanpa tunggu jawapan, saya terus matikan telefon dan berlari ke parking lot.

Tiba di sana, saya diam dan segera istighfar. Bas kami telah tidak ada. “Maryam, mane bas kita? Betul ke parking lot ni?” Tanya teman ku cemas. Saya hanya diam dan terus beristighfar. Saya capai mobile phone saya dan terus call adik-adik saya. “Salam, Zaf. Macammana?” “Kak, driver tu terkejut. Die kata dia nak patah balik! Akak, akak okey ke? Sorry kak... Akak tunggu bas ni patanh balik tau!” Zaf menjawab dengan nada sangat cemas. Saya diam dan istighfar. ‘patah balik? Tak mungkin..’ detik hati saya. Bukan apa.. aku memang telah biasa sangat melihat orang lain kena tinggal dengan coach.. dan sepanjang itu, tak pernah coach yang saya naiki itu patah balik, semata-mata untuk mengambil orang yang ditinggalkannyal

“Tak pa, Zaf.. tak pa.. patah balik? Ish.. tak pernah bas buat macam tu, zaf.. cuba zaf tanya balik, confirmkan.. Kalau tak, akak akan cari jalan lain..” kataku pada adik itu. Dalam diam, hatiku sedang terus beristighfar atas musibah ini, mengharap belas ihsan Allah swt. ‘Ya Allah, Engkau Maha Baik. Aku yakin, tidak Engkau uji aku melainkan berpada dengan kemampuanku... dan tentunya untuk aku sedar kesilapanku dan menjadi lebih dekat dengan-Mu..’ hatiku bermunajat.

Aku melihat temanku, Hana. Aku tahu dia cemas dan risau. Ini suatu yang tak terfikir olehnya. Aku tahu dia akan rasa bersalah kerana dia pasti akan berasa, ‘kerana aku lah ni...’. Tapi, aku senyum padanya dan berkata, “Hana, Allah hadiahkan ini untuk kita berdua.. Sabar ya?” Hana diam berfikir dan kemudian, senyum balik padaku. Aku tahu, insya-allah dia faham kata-kataku.

Tak lama kemudian, menunggu call yang tak kunjung tiba, aku terus call Zaf, adik juniorku, “Salam Zaf. Macammana?” “Kak... betul la kak.. dia tak nak patah balik.. dia dah marah marah dah... Zaf takut..” jawab dia. “Aisey.. tak pa, tak pa.. Insya-allah, we’ll try to work out jalan untuk ke London. Doakan kami ye, Zaf. Anyway.. nak minta tolong boleh? Tolong ensure our bags and luggages are brought together when you’ve arrived? And, Kak Hana’s and My Qurans are in the seat’s pockets.. can you please masukkan sekali dalam my begpack?”. “Baik, kak.. No probs..insya-allah.. Kak.. Sorry sangat..” “tak pa Zaf.. Allah susun.. doakan kami ye? Dok baik-baik dalam bas tu. Nanti insya-allah akak inform kak husna untuk pick up you guys kat Victoria.. Okay? Salam warahmatullah.” “Salam kak.”

Hatiku teruskan istighfar. ‘Ya Allah, mudahkanlah..’ Sesungguhnya, ketika itu, tak tahu kenapa.. tidak sedikitpun hatiku rasa cemas.. bahkan Allah anugerahkan suatu perasaan yakin pada-Nya.. Yakin bahawa Allah takkan sama sekali membiarkan hamba-hamba-Nya; dan, ujian daripada Allah adalah untuk membersihkan kelemahan diri dan mendekatkan hamba-Nya dengan-Nya. Keyakinan itu membuat hatiku damai dan redha dengan musibah ini. ‘Insya-allah, Engkau pasti takkan biarkan aku, Ya Rabb yang Maha Pengasih..” hatiku munajat lagi.

Aku mendekati temanku, yang mungkin juga sedang bermuhasabah dan beristigfar. “Hana, Alhamdulillah... Allah tak izin bas tu patah balik.. so, insya-allah, kita kena cari jalan lain. Tapi, tak pa.. doa banyak-banyak.. istighfar banyak-banyak.. Insya-allah, Allah tak biarkan kita..” kataku pada temanku. Temanku senyum dan berkata, “Maryam, musibah ni mesti sebab nak bersihkan niat Hana gi London kan... tu la.. fikir sangat macam-macam..” Aku senyum mendengarkan kata-katanya itu. ‘Alhamdulillah, dia faham.’ Getus hati ku. Bukan faham pada hakikat ‘punishment’ untuk kesalahannya.. tapi, dia faham bahawa ujian Allah adalah untuk meningkatkan kita.. menyedarkan kita.. dan membersihkan kita.. bukan sekadar menghukum kita.. kerana Allah, Rabb yang Maha Baik.. tidak sama sekali Allah akan menzalimi hamba-hamba-Nya. “Jom Hana, masuk dalam.. kita usaha tengok macammana...! Insya-allah, Allah takkan biarkan kita.” Ajakku sambil senyum padanya.

Aku kemudiannya mulakan sedikit usaha. Pertama, saya segera menelefon tuan kepada rumah yang menjadi destinasi kami untuk raya di London, kak Siti. Mendengar berita tersebut, Alhamdulillah, kak Siti hanya tenang dan menyuruh kami berbuat beberapa hal iaitu; tahu anda berada di mana ketika itu; dapatkan nama stesen kereta api terdekat dan dapatkan nombor telefon local taxi. Alhamdulillah, kamipun berusaha menurutinya.

Tapi, dengan izin Allah.. setelah menelefon beberapa nombor local taxi, yang menjawab panggilan itu semuanya memberitahu, “I’m sorry, there is no taxi passing by that way until half past ten.” ‘10.30 malam baru naik taxi ke train stesen? Then, bila kami boleh nak sampai rumah?’ getus hati ku. Aku melihat keluar dan terus beristghfar. ‘Ya Allah, mudahkanlah.. Aku yakin Engkau telah rancang segalanya dengan sebaik-baiknya..’ munajat hatiku. Aku kemudiannya segera member tahu temanku tentang berita itu dan berbincang dengannya. Kemudian, kami berdua sepakat untuk cuba juga menunggu taxi pukul 10.30 malam itu kiranya tidak ada jalan lain.

Tapi, jauh di sudut hatiku, aku tetap merasakan bahawa jika hal itu berlaku, berapa aku bimbang tidak mampu..kerana aku ini berada di Negara orang.. tidak tahu tempat ini bagaimana.. tambah-tambah.. malam jumaat pula sekaran ini.. macam-macam boleh berlaku... Bukan itu sahaja... lari lah budget safar aku... sedangkan budget aku sangat ketat dan perlu sangat dijaga... Aku istighfar lagi...dan terus berdoa, ‘Ya Allah, Engkau Maha Tahu kemampuan kami.. dan Engkau sama sekali takkan zalimi kami.. Andai ada cara lain yang boleh selamatkan pembaziran wang kami, Engkau permudahkanlah Ya ALLAH...’

Tiba-tiba.. belum sempat aku hubungi semula nombor local taxi itu untuk comfirmkan tempahan taxi kami, mobile phoneku berbunyi. “Salam maryam. Dah call taxi?” Tanya kak siti. “Belum. Baru nak call ni, insya-allah. Tapi, pukul 10.30 baru ada.. maklumlah tengah-tengah highway ni.. mana la nak ada taxi...” jawabku. “Ha... Alhamdulillah la tu.. ni.. tak yah telefon taxi.. Akh J on the way dari warwick. Insya-allah, dia boleh ambilkan.. Cuma kena dapatkan nombor postcode cepat-cepat.. before dia masuk M1.” Kata kak siti. “Masya-allah, akh J datang London juga ka?” tanyaku tak percaya, kerana setahu aku, guruku itu sambut rayanya di Warwrick. “Aa.. insya-allah.. dah on the way dah tu.. dah.. gi cepat cari postcode!” “okay, okay.. insya-allah...”

‘Allahuakbar! Ya Allah, segala puji bagi Engkau yang Maha Baik!’ Aku bertakbir dalam hati dan segera maklumkan pada temanku. Dalam kesyukuran, segera kami dapatkan nombor postcode setempat dan memaklumkan semula pada kak siti dan akh J. Tak lama kemudian, textpun sampai; ‘Insya-allah, ana akan sampai dalan one hour and half.. maaf kalau lambat.’ “Lambat apa tu, maryam.. Lagi cepat dari tunggu taxi tadi!” teman ku bersuara dengan nada syukur dan gembira... “Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah.. Hana, sama-sama kita ucap syukur pada Allah... Insya-allah, Allah memang takkan biarkan kita.. Allah saja nak tarbiyah kita ja..” Temanku tersenyum dan berkata “aaa... betul tu.. Alhamdulillah sangat.. segala puji bagi Allah... yang Maha Baik terhadap hamba-hamba-Nya..”

Setelah mendapat tahu berita gembira itu, kami berduapun mencari tempat untuk menunggu dan mengisi masa tersebut. Awalnya, bingung juga bila mengenangkan Al-Quran kami tertinggal di dalam bas. Tugasan Makalah pun tak dapat diteruskan kerana laptop pun tertinggal sekali. Tapi, Alhamdulillah, Hana kemudiannya teringat buku yang kini dia sedang tekuni, ‘you can be the happiest woman in the world’ by Dr. Aidh Al-qarni. Alhamdulillah, sepanjang tempoh menunggu itu, kamipun berkongsi tentang buku itu dan pengisian-pengisian berkaitan dengannya. Saat itu, kami berdua tersenyum mengenangkan, ‘mungkin ini hikmah musibah ini.. memberi kami peluang untuk duduk dan beriman sejenak.. menyediakan diri sebelum tiba ke Kota London dan bergembira dengan ramainya manusia-manusia di sana.. Alhamdulillah.’

Alhamdulillah, seperti yang dimaklumkan akh J, tak lama kemudian, beliaupun sampai bersama seorang teman dari Warwrick dan kamipun bertolak ke rumah kak siti bersama hati yang penuh kesyukuran.

Tapi, tak lama kemudian, mobile phone saya berbunyi. “Salam maryam.. macammana?” kedengaran suara kak siti. “Alhamdulillah, dah ada dalam kereta ni..” “Alhamdulillah.. erm.. Maryam tau ke adik-adik kamu jadi ape?” “Masya-allah, adik-adik! Ya Allah..terlupa.. mereka dah sampai ke belum? Tadi kate tersekat dalam jam for half an hour..” “erm.. tersekat dalam jam satu hal.. ni... depa pi turun kat Heathrow pula...” “Ha? Masya-allah.. La.. kesiannya.. mesti depa tak perasan...” terus hatiku berdebar-debar.. Musibah kena padaku tak apalah lagi.. Ini pada adik-adikku.. aku tersangat bimbang... ‘Ya Allah, mudahkanlah..’ sekali lagi aku bermunajat..

Terus aku hubungi Husna. Dengan nada penuh risau aku bertanya, “Salam husna.. nti dah tahu ke?” “Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah, ana dah tahu.. tak pa, nti.. Insya-allah.. Allah susun lebih baik. Lagi mudah mereka sampai ke Heathrow.. direct ke rumah kak siti.” Masya-allah.. syukur yang amat aku mendengar kata-kata husna. “Masya-allah.. jadi.. nti bagaimana?” “Insya-allah, ana gi ambik adik-adik nti yang turun di Paddington pula.. insya-allah, mereka sampai dalam pukul 11.35 malam. Jumpa nanti ya, nti.. ana nak masuk tube ni.” “Oh, okay, insya-allah.. jumpa nanti.. Salam warahmatullah.”

Terus sekali lagi aku beristighfar, bertakbir serta bermunajat.. ‘Ya Allah... Ya Rahman.. Engkau Yang Maha Memudahkan.. Engkau Yang Maha Menyusun dengan sebaik-baik susunan.. semoga ziarah kami ke Kota London kali ini, menjadi suatu ziarah yang paling tarbawi untuk ku, temanku dan juga adik-adikku..’

Dan Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah... dengan izin-Nya.. sememangnya ziarah ke Kota London kali ini adalah ziarah paling bermakna untuk diriku, sahabat-sahabatku dan adik-adikku.. Semoga apa yang kita dapat, pelajari dan alami sepanjang hujung minggu baru ini, benar-benar mendidik jiwa, perasaan dan sahsiah kita sehingga meningkatkan kita ke suatu tingkat yang lebih baik di sisi Allah swt.. Ameen. Insya-allah..


Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga sama2 meraikan Eidil Adha di rumah Kak Siti..


P/s: Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu!

With lots of Love and Care;

Servant

Plymouth

2 comments:

  1. sebab inilah yang membuat aku menyangi sahabat2...sungguh..keyakinan yang tinggi itu dibina dalam biaah yang soleh...orang bisa kata apa2 yang mereka suka.. namun.. orang yang bersedia untuk ditarbiyyah melalui masa2 tarbiyyah dengan hati yang penuh gembira...

    doakan aku sabat dalam jalan ini...

    ReplyDelete
  2. syukran akh Shah atas kunjungan dan perkongsian pandangan.. insya-allah.. semoga sama2 kita terus ikhlas dan istiqomah melalui jalan ini... Jalan singkat menuju syurga Allah swt...insya-allah..

    ReplyDelete

Your Precious Thougths