Wednesday 14 October 2009

Akhirnya dia pun pergi (entry tertangguh)



'tokwan nak berkhidmat kat sini sampai mati..
biar mati ketika mengajar.. atau mengajar sampai mati... doakan ya..!'

‘Tok wan’ panggilan kami seangkatan untuk dia. Bukan hanya kerana umurnya yang tua, tapi kerana tingginya kasih dan hormat kami padanya, juga kerana dekatnya dia dengan kami, ibarat hubungan seorang tok wan dengan angkatan cucunya.

Dia, tok wan kami, seorang guru tua yang rambut dan janggutnya telah putih semua. Matanya berkedip-kedip dengan penglihatan yang semakin kabur. Tak kurang juga pendengarannya, semakin hari semakin uzur dimamah usia tua. ’Apa dia...? cakap kuat skeet.. tokwan tak dengaq la, cik ooi..!’ itulah kata dia selalu tatkala kami berbicara tak cukup kuat dengannya.

Itulah dia di luar kelas.

Kerana dia lain ketika di dalam kelas, tatkala mencurah ilmu dan berkongsi pengalaman. akan dia berdiri tegar, penuh semangat lagak cergas seorang pemuda. Lantaran itu, tak hairan dia dinobat sebagai guru favourite ramai. Lafaznya pada tahun itu (2003) yang takkan ku lupa, ’Cikgu nak mati ketika ngajar.. cikgu nak ngajar sampai mati.. ini medan cikgu sampai bila-bila.. insya-allah. Doakan cikgu lah ya..’

Namun begitu, Yang Maha Merancang merancang sesuatu yang lebih baik untuk dia, di akhir hayatnya.

Meskipun citanya memang untuk mencurah ilmu sampai dipanggil-Nya, takdir telah mencatatkan, keuzurannya tak mengizinkan untuk dia bergelar guru rasmi KH pada akhir hayatnya. Namun, itu semua tak pernah menghalang dia untuk terus berkhidmat di tanah wakafan itu. Dia tak mahu mengalah pada usia atau juga pada uzur dirinya. Lantas, dia mencari tugas lain yang boleh dicurahkan bakti dan khidmatnya. Dia menyanggupkan dirinya untuk menjadi ’raais’ @ ketua bahagian kecerian dan kebersihan MATRI.

Kesannya, tahun 2008 menjadi saksi perubahan wajah Ma’had tercinta kami. Pelbagai warna menghiasi dinding, pelbagai tumbuhan hijau dan bunga-bungaan menceriakan perkarangannya. Semuanya datang daripada dia, seorang guru tua yang tak kenal erti duduk sahaja.

Tambahan lagi, yang menjadikan dia ketua kecerian Ma’had yang sungguh istimewa, adalah kerana dalam menceriakan Ma’had, tidak dia minta peruntukan daripada pihak pentadbiran. Bahkan, dia mengelolakan projek kitar semula secara besar-besaran, melibatkan seluruh warga MATRI serta masyarakat sekitar Ma’had. Dan, Alhamdulillah, akhirnya projek itu benar-benar berhasil dan mampu menjana modal yang cukup untuk menceriakan Ma’had itu.

Selain itu, berkat usahanya, secara tak lansung, seluruh MATRI, sama ada pelajar atau guru-guru, serta masyarakat sekitar Matri, semuanya terdidik tentang pentingnya ’recyle’@ kitar semula. Diri dan keluarga turut menjadi lebih berhati-hati dalam membuang sampah, takut-takut ada yang boleh dikitar semula oleh ’Tok Wan’ kami..

Itulah dia... saat ku tinggalkannya, ’Tok Wan’.. dengan segala kudratnya tak henti-henti mencari idea dan menyusun strategi untuk menjadikan bumi tempat dia berkhidmat, merasai impak baktinya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan alam fana ini. Walaupun dirinya semakin uzur.. semakin dimamah usia.. lafaz yang sama tak pernah lekang, ’Tak pa.. tok sah dok risau... Tok Wan akan buat kerja-kerja ni.. insya-allah sampai tokwan mati... Mati masa dok buat kerja-kerja ni pun tak pa eh, insya-allah...’ Dia masih tetap merasa izzah @ bangga dengan apa yang dilakukannya, tanpa ada tambahan kata yang berbunyi rungutan sedikitpun.

************************************************

Hari ini, tanggal 3 petang, hari Khamis 20 Ramadhan 1430 yang diberkati-Nya, bersamaan 10 September 2009, di kota diberkati Damsyik, Syria, saya menerima berita bahawa dia telah pergi buat selama-lamanya pada jam 3 pagi (waktu malaysia) malam tadi.

Alhamdulillah, dia benar-benar pergi saat dirinya masih tegar berkhidmat.

Kata ibu, ’dah lama dah Tok Wan sakit... tapi...dalam orang dok suroh rehat...tak bagi dia mai Matri tu.. dalam tu jugak Tok Wan tu mai.. macam besa la dia tu… dok cari ja idea bagi Matri tu cantik…nak berkhidmat sampai akhir hayat..’

Walaupun sebak menerima berita tentang dia ini.. namun... selaku anak murid, selaku cucu tak rasmi si dia... akan ku sentiasa sisipkan namanya di dalam doa dan ingatan.. kerana dia sungguh istimewa.. guru tua yang tak kenal erti duduk sahaja....

Semoga Allah menerima amal-amalnya.. dan semoga dia terpilih untuk ditempatkan bersama para Soliheen di sisi-Nya.. insya-allah..

Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Zainuddin Juson @ Tok Wan (yang dikasihi dan disayangi kerana ALLAh sentiasa)

Servant

10 September 2009

Kota D-masq, Suria

6 comments:

  1. sungguh..dia benar2 tokwan bagi kita..semoga Allah merahmati tokwan..

    ReplyDelete
  2. terkejut mse mula2 dgr berita pemergian beliau..
    benar2 insan yg bekerja utk Islam hingga ke akhir hayatnya

    ReplyDelete
  3. ana xrpt sgt dgn 'tok wan' tp die mmg byk bbakti dgn Matri/Islam. Bile pgziarah matri je mesti ade benda br die buat. Moga ditempatkn Allah di klgn org soleh.

    ReplyDelete
  4. salam lama tak jengah ke mari. TQ perkenalkan ana dgn "arwah" kami lebih kenali dia dengan pak din Tapi ana antara antumyg menyaksikan keikhlasan dia sejak awal awal dia ke MATRI.

    teringat masa nakal dulu dia tak pernah marah. Bahkan suka sangat belanja kami.

    ReplyDelete
  5. teringat kenangan lama...
    sama2 membuat meja...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. syukran atas singgahan dan komen-komen ntum.. Semoga perkongsian ini memberi kita semangat dan kesedaran untuk mencontohi beliau... hingga ke akhir hayat memberi khidmat dan bakti kepada Islam...insya-allah..

    wallahua'lam. wassalam.

    ReplyDelete

Your Precious Thougths