“Hari ni berapa haribulan ya sayang?”
“26 Disember.” Jawabku ringkas.
Pertanyaan zauj saya secara tiba-tiba
itu benar-benar membuat saya terdiam muhasabah.
Subhanallah. Cepat sungguh masa
berlalu. Hanya tinggal 5 hari lagi tahun Miladiyah akan bertukar angka.
Tiba-tiba juga hati dan minda
berefleksi – apakah yang telah diri
lalui sepanjang 2011 ini?
Subhanallah. Satu demi satu ni’mat
ALLAH yang tak terhitung nilainya hadir di depan mata.
Ya, tahun 2011 benar-benar sangat
bermakna untuk saya. Mana taknya. Pelbagai perubahan fasa saya lalui sepanjang
tahun ini.
Daripada status seorang gadis, kepada status seorang wanita bernikah.
Daripada status seorang wanita bernikah, kepada status seorang bakal ibu.
Daripada status seorang pelajar, kepada status seorang pendidik (praktikal).
Daripada status seorang pendidik, kepada status surirumah (menunggu posting).
Dan sungguh saya akui setiap satu
fasa perubahan itu, terlalu banyak ni’mat ALLAH kepada saya.
Subhanallah. Maha suci ALLAH Yang
Maha Baik.
Masih terkenang saat diri menangis
pada malam sebelum akad nikah, sampai dipujuk kakanda solehah Nabilah Iskandar.
Masih terkenang saat diri teruja
menerima berita hamil 5 minggu.
Masih terkenang saat diri
muntah-muntah di bilik asrama, bertemankan 2 teman istimewa saya, kak long dan
izzah farhani yang sabar menyokong saya sepanjang praktikal.
Masih terkenang saat diri
tertunggu-tunggu zauj datang ke asrama setiap minggu.
Masih terkenang saat diri hampir
putus asa untuk melalui fasa praktikum dek kerana diri semakin tak larat.
SUbhnallah. Maha suci ALLAH.
Dan saat ini, semuanya telah
selesai.
Alhamdulillah, saat ini telahku tamatkan
zaman pengajian dan fasa praktikal dengan baik sekali.
Alhamdulillah, saat ini telahku
berada di samping zauj tercinta.
Alhamdulillah, saat ini telah hampir
9 bulan kandunganku, hanya tinggal saat menanti detik menyambut si kecil hamba
ALLAh ke dunia ini. Insya-allah.
Lantas, apa yang boleh saya simpulkan daripada setiap pencapaian
dan pengalaman saya sepanjang tahun 2011 ini?
Sungguh tidak ada daya dan upaya sedikitpun melainkan segalanya daripada ALLAH swt.
Dan, CUKUPLAH HANYA ALLAH bagiku.
Dan, CUKUPLAH HANYA ALLAH bagiku.
Ya, cukuplah hanya ALLAH bagiku dalam melalui setiap fasa kehidupan. Terlalu banyak perkara yang saya rasakan seakan mustahil untuk berlaku telahpun berlaku. Alhamdulillah, ALLAHlah sebaik-baik tempat kembali. Tidak ada yang mustahil apabila kita bergantung penuh hanya sanya kepada-Nya. Insya-allah.
Ketahuilah teman pembaca,
Jika saat ini banyak perkara yang
kau rasakan mustahil, kembalilah kepada-Nya
dengan kerendahan jiwa dan ketundukan hati.
CUKUPLAH
HANYA ALLAH tempat kita bergantung.
Kerana
HANYA ALLAH-lah, RABB YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU.
Kerana
HANYA ALLAH-lah, RABB YANG MAHA TAHU apa YANG TERBAIK untuk setiap kita.
Insya-allah, kembalilah pada-Nya.
Kerana
hanya pada-Nya, setiap kita akan temui BAHAGIA.
Akhir
kata, mohon maaf atas apa sahaja
kelemahan saya yang terzahir di hadapan kalian yang saya bersama secara ‘in
person’ atau di alam maya. Moga ALLAh ampuni setiap kelemahan dan kesalahan
saya sepanjang tahun 2011 itu. Dan terima
kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah membantu memberi sokongan dan
dorongan kepada saya sepanjang tahun ini. Moga ALLAH menganjari kalian dengan
sebaik-baik ganjaran. Harapan saya, moga-moga tahun 2012 yang akan hadir akan terus
menjadi medan untuk setiap kita terus
mencari bekal buat bertemu dengan-Nya.
Sekian, Wallahua’lam.
Sincere Servant
Kampung Paya Batu, Kota Bharu, Kelantan.