Monday, 28 December 2009

Mereka di sini...

Alhamdulillah, tadi selamat menghantar mereka balik.. setelah 22 hari bersama mereka di sini.. di bumi UK milik Allah ini..

Menangis tak? Huhu.. semestinya.. air mate deras mengalir sepanjang perjalanan bas dari standsted airport ke victoria station yang mengambil mase kurang lebih 1 jam 35 minit. Namun, tangis saya bukanlah hanya kerana perpisahan kami.. kerana perpisahan adalah rakan kepada pertemuan.. dan.. Alhamdulillah..saya hampir agak masak dengannya..

Lantas, apa yang saya tangiskan?

tangis saya kali ini lebih kepada suatu perasa keharuan.. Perasan Keharuan yang amat sangat pada DIA Yang Maha Baik... DIA yang telah memenuhi hajat saya untuk melepaskan rindu pada ibu dan adik yang amat disayangi kerana-Nya... DIA yang telah mengizinkan segalanya berjalan dengan baik sekali... dari Plymouth, ke Scotland, dan akhirnya di London...kami dapat bersama.. DIA yang mengizinkan setiap memori indah yang tercipta...

Subhanallah.. Maha Suci Allah... Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. Allahuakbar.. Allah yang Maha Besar..

'Maka nikmat Tuhan kamu yang manakan yang kamu dustakan?'

Ayat ini membuat air mata keharuan lebih deras mengalir... Ya Allah.. bantulah aku untuk menjadi hamba-Mu yang bersyukur....

Sebagai sedikit perkongsian.. saya titipkan gambar-gambar mereka sepanjang kebersamaan kami di sini... Semoga anda juga dapat membayangkan betapa Allah Maha Baik kepada hamba hinanya yang seorang ini....


Ibu tercinta dan Adik tersayang di 'the Hoe', Plymouth, England

Ibu tercinta dan Adik tersayang di Lands End, Cornwall, England

Ibu tercinta dan Adik tersayang di Cairngorm Mountain, Aviemore, Scotland

Ibu tercinta dan Adik tersayang di Edinburgh City, Scotland

Ibu tercinta dan adik tersayang di depan Buckingham Palace, London, England




Ibu tercinta dan Adik tersayang di London City, England
Adik dengan minatnya pada Chelsea

Adik, saya dan Pakcu sekeluarga (Ibu yang ambik gambar)

Tidak tergambar perasaanku sepanjang bersama dengan mereka.. meskipun penat fizikal.. tapi hati saya bahagia.. gembira dan ceria.... sepanjang 22 hari itu.. Alhamdulillah....

Untuk yang tak dapat bersama kali ini.. iaitu abangku yang telah sibuk kerja dan adik perempuanku yang kini di bumi Urdun; tak apa.. ntuma tetap di hati, di bibir dan di dalam doa kami sepanjang musafir kami di sini.... sebagai tanda ingatan....



Doaku setiap masa;

'Ya Allah.. Jadikanlah kami satu usrah (keluarga) di dunia, dan juga satu usrah di akhirat sana..'

With Lots of Love and Care;

Servant


Friday, 4 December 2009

Don't know what title should it be... :-p


“I’m very sorry to say my dear.. they have cut all of our hours.. which means we can’t keep you here.. that’s a shame I know... cause we just take you for a month, and you did very well.. I just don’t know how..”

Itulah kate bosku pagi tadi.

Aku tersenyum mendengar berita tersebut. Alhamdulillah, itu maknanya rezekiku di tempat ini, sampai di sini sahaja. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik... atau jika tidak.. berkatilah apa yang sedia ada padaku.

Memanglah sekali fikir, agak sedih kerana saat ini, aku amat memerlukan wang.. bukan hajatku untuk berbelanja boros, insya-allah.. Tapi, lebih kepada untuk menyimpan dan untuk mengeluarkannya kepada jalan kebaikan, insya-allah. Sungguh, hanya dua sebab itu yang mendorong aku untuk menceburi diri dalam dunia belajar sambil bekerja ini. Tapi.. tak pa.. Allah knows best... He always plans the best for His Servant, insya-allah..

Meskipun aku rasa aku perlu, tapi Allah tahu aku mampu lalui berita ini saat ini... insya-allah... dan tidaklah akan datang padaku melainkan telah tercatat di sisi-Nya itu adalah rezeki ku... kalau jadi macam ni ni... kire bukan rezeki aku lah tu... :-D Senangkan jadi orang beriman? Hidup tak de masalah.. sebab sumer perkara disertakan keyakinan dan iman kepada-Nya.. insya-allah....

Pagi tadi, saat kukhabarkan pada teman baikku, she shared with me a song which for me is really really good.. hopefully, you’ll enjoy it as well....


*******************************************************

Anyway.. bukan hanya itu yang nak kukongsikan di sini.. tapi, pengalamanku bekerja selama tempoh sebulan itu yang ingin sekali kuceritakan di sini.. harapanku, moga-moga bermanfaat untuk diri dan teman-teman sekalian.. insya-allah..

BANGUN AWAL

Sebelum mendapat kerja itu, aku menghadapi masalah untuk bangun tahajjud. Memanglah, kalau nak dijadikan alasan.. boleh saje menyebut di sini.. masalah itu adalah mungkin kerana pertukaran musim di bumi UK ini, yang memberi impak pada waktu siang dan malamnya... Kesejukan yang menggamit tulang pun turut menyumbang untuk tidak bangun pada awal pagi.. Namun.. pada saya.. alasan itu tidak cukup... pasti ade solusinye... pasti saya harus berbuat sesuatu untuk memaksa diri ini bangun..... bangun sebelum subuh! Tapi.. awalnya.. memang tak berjaya..

Tapi, Alhamdulillah.. sebulan kerja baru ini.. Allah telah mendidikku.. untuk KENA bangun awal.. awal sangat-sangat... 2 jam sebelum subuh (about 4 o’clock everday).. kerana aku perlu sampai ke tempat kerja by 5.45 a.m.

Mana taknya.. setiap kali aku sampai... boss dan collegues semua sampai before that time.. masya-allah.. aku menjadi kehairanan.. dan malu pada diriku sendiri.... macammana mereka ini boleh bangun awal untuk bekerja... SEDANGKAN AKU TAK BOLEH AWAL UNTUK BERUBUDIYAH PADA TUHAN-KU??

Sejak itu, aku nekad.. aku mesti berubah!

Jujurnya, mule-mule memang malas sangat.. ade 1 kali pernah lambat bangun (about 5.30 a.m.)... berlari-lari aku mengejar masa supaya sampai on time juga.. Alhamdulillah.. Allah selamat kan dengan adenye bas free yang sudi ambik tanpa bayaran... mungkin Allah gerakkan hati pakcik tu untuk kesian melihat budak perempuan berjogging pagi-pagi bute...

Jadi, pada salah satu hari itu, untuk berubah.. aku nekad. Sambil-sambil buat kerja-kerja mencuci.. aku mengambil kesempatan sembang-sembang dengan collegues tanya bagaimana mereka boleh bangun awal untuk datang awal... salah seorang mereka menjawab dengan selambe;

“When you know what you want.. You have to do whatever it takes to get it... I knew I want work.. so, I have to do whatever it takes to get me get up from bed in the very morning.... haha.. (she’s laughing at herself maybe..) at first I have to put on few alarm clocks to make me do so.. but now.. I don’t need to... I just woke up and I’ll see it’s only 4 o’clock!”

Dush.. subhanallah.. kena kat diri sendiri...

dan sekali lagi.. aku malu pada diriku sendiri.... macammana mereka ini boleh bangun awal untuk bekerja... SEDANGKAN AKU sebelum ini TAK BOLEH AWAL UNTUK TAHAJJUD dan BERUBUDIYAH PADA TUHAN-KU??

Jawapannya... Sebab mereka BERUSAHA dan MAHU BANGUN AWAL...

AKU?

Nak bangun awal.. tapi tak cukup usaha.... :-p

Jadi, di sini.. ingin ku lontarkan persoalan yang sama pada para pembaca....

Bagaimana mereka itu boleh bangun awal untuk bekerja... SEDANGKAN KITE BERMASALAH UNTUK BANGUN AWAL DALAM MELAKSANAKAN KETAATAN DAN UBUDIYAH KITA PADA TUHAN PENCIPTA KITE??

TIDAKKAH KITE BERASA MALU??

Jom berubah! Mari Bangun Awal untuk Tahajjud!

Meh ubah sikit ayat Makcik Cleaner tu..

“When you know what you want.. You have to do whatever it takes to get it... We know we want HIS pleasure we want JANNAH.. so, we have to do whatever it takes to get us get up from bed in the very morning.... !! At first, we might need to set up few alarm clocks to get us up at the very morning... then, insya-allah.. We'll be use to it... Isn't it??"

Wallaua’lam...

Semoga menjadi renungan bersama...

Firman Allah swt;

"Those only believe in Our signs, who when they are reminded of them, fall down (sujud) and praising their Lord and they are not proud. Their sides keep away from beds and they call upon their Lord in fear and hope; and spend in charity out of what We have provided them. And no soul knows what JOY of eyes has been kept hidden for them, as the recompense of their doings." (32: 15-17)

Doaku... saat mendengar berita yang aku perlu diberhentikan itu hanyalah ‘Ya Allah, Moga-moga walaupun telah menjadi ‘unemployed person’.. tetap dapatku istiqomahkan bangun awalku untuk Tahajjud dan Subuhku.. amen. insya-allah....’

Alamak.. terpanjang la pulak.. insya-allah.. perkongsian tentang hal lain masuk dalam entry lain... insya-allah... jika dimudahkan Allah untuk menulis lagi.... :-D

Okay, teman..

Wallahua’lam..

Salam wbt!

p/s: Jagalah ALLAH, ALLAH pasti menjagamu! :-D


With Lots of Love n Care,

Servant

Plymouth, UK


Tuesday, 1 December 2009

Secebis pengalaman tarbawi..

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Adalah biasa bagi langit senja pada musim luruh untuk gelap. Dari tingkap bas, jalan raya basah kerana hujan renyai yang tak berhenti sejak tengah hari tadi. Kaki saya sudah terasa lenguh. Perjalanan ke London dengan menaiki coach memang menguji kesabaran.

“bile bas ni nak berhenti ye?” teman yang duduk disebelah telah bersuara. Nampaknya dia pun telah kelenguhan kerana duduk terlalu lama. “Ntah la, Hana.. selalunye after 2 hours and half, die akan berhenti.. lenguh bangat dah ni..” jawab saya.

Untuk menghilangkan lenguh, saya pun bergerak-gerakkan badan dan melurus-luruskan kaki ke hadapan. Dalam pada itu teringat tugasan saya yang tak dipenuhi lagi. Tugasan menyediakan risalah sempena sambutan Eid kali ini. Lantas, segera saya mencapai laptop di dalam ‘backpack’ untuk menyiapkannya. Dalam masa yang sama, saya juga memasang earphone pada mobilephone saya untuk mendengar berita-berita terkini di channel radio 4 BBC. Saya larut dalam merndengar berita dan juga focus menyiapkan makalan Eid saya.

Alhamdulillah. Kira-kira 50 peratus tugasan saya siap, saya perasan bahawa coach kami pun mula bergerak perlahan dan belok ke arah simpang menuju ke tempat perhentian R&R. “Alhamdulillah, sampaipun.” Detik hati saya. Lekas-lekas saya menyimpan laptop saya, dan kemudian baru menanggalkan earphone mobilephone saya dan simpan di pocket coach seat saya.

“Alhamdulillah, berhentipun. Jom Maryam!” kata Hana. Tak berfikir panjang, saya pun turun tanpa perasan berapa minit masa coach driver itu peruntukkan untuk masa rehat ini. “Insya-allah, dalam 20 minutes kut.. as usual.” Detik hati saya. Saya pun melihat jam tangan untuk self-timing diri. Bukan tak biasa saya melihat penumpang-penumpang yang lewat ditinggalkan coach.

Sejurus sampai di kawasan tandas, kelihatan manusia-manusia berbaris. “Alahai, ramai la pulak!” getus hati saya. Saya dan teman ikut beratur sehingga tiba giliran kami. Selesai, kami pun ke kedai dalam perhentian bagi mencari sesuatu untuk mengisi perut dan memanaskan badan. Kelihatan dua adik junior saya sedang membeli ‘hot choc’. Saya pun melihat jam tangan, ‘masih ada masa, insya-allah.. tapi kena cepat ni.’ Detik hati saya. Saya pun terus mengambil minuman Caprisun dan dua ‘Melteser’ dan terus ke kaunter bayaran. Selesai.

Saya pun mencari teman saya dan kelihatan dia masih mundar mandir mencari sesuatu. Terlupa pada baki masa yang ada, saya pergi menegurnya. “Hana nak makan ape? Beli la hot choc kalau rasa sejuk. Maryam rasa panas tadi.. tu yang amik Caprisun je.” “Hana tak reti la nak guna bende tu, boleh tolong tak?” kata teman saya menunjukkan kepada mesin self-hot-drink-maker. Tanpa berfikir panjang, dan tanpa melihat masa yang ada, saya pun terus menemaninya ke mesin itu dan membuatkan untuknya secawan hot choc. Selesai, segera kami ke kaunter bayaran.

Setelah itu, baru saya terperasan. “Ya Allah, dah tinggal berapa minit ni! Ya Allah, mane adik-adik tu?” kata saya sambil segera melihat jam tangan dan melihat kawasan sekeliling. Ketika itu, teman saya baru nak meletakkan gula ke dalam hot chocnya. “Nanti Hana, kite kena cepat! Jom!” Kata ku sambil mengambil barang-barang dalam berlari anak ke pintu utama. Dalam masa yang sama, saya capai mobile phone saya dan call adik-adik itu. “Salam, Zaf! Korang kat mane?” “Kak, cepat kak! Bas dah jalan!” suaranya berbunyi sangat cemas. “Allah! Boleh bagitau driver kami tak de dalam bas?” tanpa tunggu jawapan, saya terus matikan telefon dan berlari ke parking lot.

Tiba di sana, saya diam dan segera istighfar. Bas kami telah tidak ada. “Maryam, mane bas kita? Betul ke parking lot ni?” Tanya teman ku cemas. Saya hanya diam dan terus beristighfar. Saya capai mobile phone saya dan terus call adik-adik saya. “Salam, Zaf. Macammana?” “Kak, driver tu terkejut. Die kata dia nak patah balik! Akak, akak okey ke? Sorry kak... Akak tunggu bas ni patanh balik tau!” Zaf menjawab dengan nada sangat cemas. Saya diam dan istighfar. ‘patah balik? Tak mungkin..’ detik hati saya. Bukan apa.. aku memang telah biasa sangat melihat orang lain kena tinggal dengan coach.. dan sepanjang itu, tak pernah coach yang saya naiki itu patah balik, semata-mata untuk mengambil orang yang ditinggalkannyal

“Tak pa, Zaf.. tak pa.. patah balik? Ish.. tak pernah bas buat macam tu, zaf.. cuba zaf tanya balik, confirmkan.. Kalau tak, akak akan cari jalan lain..” kataku pada adik itu. Dalam diam, hatiku sedang terus beristighfar atas musibah ini, mengharap belas ihsan Allah swt. ‘Ya Allah, Engkau Maha Baik. Aku yakin, tidak Engkau uji aku melainkan berpada dengan kemampuanku... dan tentunya untuk aku sedar kesilapanku dan menjadi lebih dekat dengan-Mu..’ hatiku bermunajat.

Aku melihat temanku, Hana. Aku tahu dia cemas dan risau. Ini suatu yang tak terfikir olehnya. Aku tahu dia akan rasa bersalah kerana dia pasti akan berasa, ‘kerana aku lah ni...’. Tapi, aku senyum padanya dan berkata, “Hana, Allah hadiahkan ini untuk kita berdua.. Sabar ya?” Hana diam berfikir dan kemudian, senyum balik padaku. Aku tahu, insya-allah dia faham kata-kataku.

Tak lama kemudian, menunggu call yang tak kunjung tiba, aku terus call Zaf, adik juniorku, “Salam Zaf. Macammana?” “Kak... betul la kak.. dia tak nak patah balik.. dia dah marah marah dah... Zaf takut..” jawab dia. “Aisey.. tak pa, tak pa.. Insya-allah, we’ll try to work out jalan untuk ke London. Doakan kami ye, Zaf. Anyway.. nak minta tolong boleh? Tolong ensure our bags and luggages are brought together when you’ve arrived? And, Kak Hana’s and My Qurans are in the seat’s pockets.. can you please masukkan sekali dalam my begpack?”. “Baik, kak.. No probs..insya-allah.. Kak.. Sorry sangat..” “tak pa Zaf.. Allah susun.. doakan kami ye? Dok baik-baik dalam bas tu. Nanti insya-allah akak inform kak husna untuk pick up you guys kat Victoria.. Okay? Salam warahmatullah.” “Salam kak.”

Hatiku teruskan istighfar. ‘Ya Allah, mudahkanlah..’ Sesungguhnya, ketika itu, tak tahu kenapa.. tidak sedikitpun hatiku rasa cemas.. bahkan Allah anugerahkan suatu perasaan yakin pada-Nya.. Yakin bahawa Allah takkan sama sekali membiarkan hamba-hamba-Nya; dan, ujian daripada Allah adalah untuk membersihkan kelemahan diri dan mendekatkan hamba-Nya dengan-Nya. Keyakinan itu membuat hatiku damai dan redha dengan musibah ini. ‘Insya-allah, Engkau pasti takkan biarkan aku, Ya Rabb yang Maha Pengasih..” hatiku munajat lagi.

Aku mendekati temanku, yang mungkin juga sedang bermuhasabah dan beristigfar. “Hana, Alhamdulillah... Allah tak izin bas tu patah balik.. so, insya-allah, kita kena cari jalan lain. Tapi, tak pa.. doa banyak-banyak.. istighfar banyak-banyak.. Insya-allah, Allah tak biarkan kita..” kataku pada temanku. Temanku senyum dan berkata, “Maryam, musibah ni mesti sebab nak bersihkan niat Hana gi London kan... tu la.. fikir sangat macam-macam..” Aku senyum mendengarkan kata-katanya itu. ‘Alhamdulillah, dia faham.’ Getus hati ku. Bukan faham pada hakikat ‘punishment’ untuk kesalahannya.. tapi, dia faham bahawa ujian Allah adalah untuk meningkatkan kita.. menyedarkan kita.. dan membersihkan kita.. bukan sekadar menghukum kita.. kerana Allah, Rabb yang Maha Baik.. tidak sama sekali Allah akan menzalimi hamba-hamba-Nya. “Jom Hana, masuk dalam.. kita usaha tengok macammana...! Insya-allah, Allah takkan biarkan kita.” Ajakku sambil senyum padanya.

Aku kemudiannya mulakan sedikit usaha. Pertama, saya segera menelefon tuan kepada rumah yang menjadi destinasi kami untuk raya di London, kak Siti. Mendengar berita tersebut, Alhamdulillah, kak Siti hanya tenang dan menyuruh kami berbuat beberapa hal iaitu; tahu anda berada di mana ketika itu; dapatkan nama stesen kereta api terdekat dan dapatkan nombor telefon local taxi. Alhamdulillah, kamipun berusaha menurutinya.

Tapi, dengan izin Allah.. setelah menelefon beberapa nombor local taxi, yang menjawab panggilan itu semuanya memberitahu, “I’m sorry, there is no taxi passing by that way until half past ten.” ‘10.30 malam baru naik taxi ke train stesen? Then, bila kami boleh nak sampai rumah?’ getus hati ku. Aku melihat keluar dan terus beristghfar. ‘Ya Allah, mudahkanlah.. Aku yakin Engkau telah rancang segalanya dengan sebaik-baiknya..’ munajat hatiku. Aku kemudiannya segera member tahu temanku tentang berita itu dan berbincang dengannya. Kemudian, kami berdua sepakat untuk cuba juga menunggu taxi pukul 10.30 malam itu kiranya tidak ada jalan lain.

Tapi, jauh di sudut hatiku, aku tetap merasakan bahawa jika hal itu berlaku, berapa aku bimbang tidak mampu..kerana aku ini berada di Negara orang.. tidak tahu tempat ini bagaimana.. tambah-tambah.. malam jumaat pula sekaran ini.. macam-macam boleh berlaku... Bukan itu sahaja... lari lah budget safar aku... sedangkan budget aku sangat ketat dan perlu sangat dijaga... Aku istighfar lagi...dan terus berdoa, ‘Ya Allah, Engkau Maha Tahu kemampuan kami.. dan Engkau sama sekali takkan zalimi kami.. Andai ada cara lain yang boleh selamatkan pembaziran wang kami, Engkau permudahkanlah Ya ALLAH...’

Tiba-tiba.. belum sempat aku hubungi semula nombor local taxi itu untuk comfirmkan tempahan taxi kami, mobile phoneku berbunyi. “Salam maryam. Dah call taxi?” Tanya kak siti. “Belum. Baru nak call ni, insya-allah. Tapi, pukul 10.30 baru ada.. maklumlah tengah-tengah highway ni.. mana la nak ada taxi...” jawabku. “Ha... Alhamdulillah la tu.. ni.. tak yah telefon taxi.. Akh J on the way dari warwick. Insya-allah, dia boleh ambilkan.. Cuma kena dapatkan nombor postcode cepat-cepat.. before dia masuk M1.” Kata kak siti. “Masya-allah, akh J datang London juga ka?” tanyaku tak percaya, kerana setahu aku, guruku itu sambut rayanya di Warwrick. “Aa.. insya-allah.. dah on the way dah tu.. dah.. gi cepat cari postcode!” “okay, okay.. insya-allah...”

‘Allahuakbar! Ya Allah, segala puji bagi Engkau yang Maha Baik!’ Aku bertakbir dalam hati dan segera maklumkan pada temanku. Dalam kesyukuran, segera kami dapatkan nombor postcode setempat dan memaklumkan semula pada kak siti dan akh J. Tak lama kemudian, textpun sampai; ‘Insya-allah, ana akan sampai dalan one hour and half.. maaf kalau lambat.’ “Lambat apa tu, maryam.. Lagi cepat dari tunggu taxi tadi!” teman ku bersuara dengan nada syukur dan gembira... “Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah.. Hana, sama-sama kita ucap syukur pada Allah... Insya-allah, Allah memang takkan biarkan kita.. Allah saja nak tarbiyah kita ja..” Temanku tersenyum dan berkata “aaa... betul tu.. Alhamdulillah sangat.. segala puji bagi Allah... yang Maha Baik terhadap hamba-hamba-Nya..”

Setelah mendapat tahu berita gembira itu, kami berduapun mencari tempat untuk menunggu dan mengisi masa tersebut. Awalnya, bingung juga bila mengenangkan Al-Quran kami tertinggal di dalam bas. Tugasan Makalah pun tak dapat diteruskan kerana laptop pun tertinggal sekali. Tapi, Alhamdulillah, Hana kemudiannya teringat buku yang kini dia sedang tekuni, ‘you can be the happiest woman in the world’ by Dr. Aidh Al-qarni. Alhamdulillah, sepanjang tempoh menunggu itu, kamipun berkongsi tentang buku itu dan pengisian-pengisian berkaitan dengannya. Saat itu, kami berdua tersenyum mengenangkan, ‘mungkin ini hikmah musibah ini.. memberi kami peluang untuk duduk dan beriman sejenak.. menyediakan diri sebelum tiba ke Kota London dan bergembira dengan ramainya manusia-manusia di sana.. Alhamdulillah.’

Alhamdulillah, seperti yang dimaklumkan akh J, tak lama kemudian, beliaupun sampai bersama seorang teman dari Warwrick dan kamipun bertolak ke rumah kak siti bersama hati yang penuh kesyukuran.

Tapi, tak lama kemudian, mobile phone saya berbunyi. “Salam maryam.. macammana?” kedengaran suara kak siti. “Alhamdulillah, dah ada dalam kereta ni..” “Alhamdulillah.. erm.. Maryam tau ke adik-adik kamu jadi ape?” “Masya-allah, adik-adik! Ya Allah..terlupa.. mereka dah sampai ke belum? Tadi kate tersekat dalam jam for half an hour..” “erm.. tersekat dalam jam satu hal.. ni... depa pi turun kat Heathrow pula...” “Ha? Masya-allah.. La.. kesiannya.. mesti depa tak perasan...” terus hatiku berdebar-debar.. Musibah kena padaku tak apalah lagi.. Ini pada adik-adikku.. aku tersangat bimbang... ‘Ya Allah, mudahkanlah..’ sekali lagi aku bermunajat..

Terus aku hubungi Husna. Dengan nada penuh risau aku bertanya, “Salam husna.. nti dah tahu ke?” “Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah, ana dah tahu.. tak pa, nti.. Insya-allah.. Allah susun lebih baik. Lagi mudah mereka sampai ke Heathrow.. direct ke rumah kak siti.” Masya-allah.. syukur yang amat aku mendengar kata-kata husna. “Masya-allah.. jadi.. nti bagaimana?” “Insya-allah, ana gi ambik adik-adik nti yang turun di Paddington pula.. insya-allah, mereka sampai dalam pukul 11.35 malam. Jumpa nanti ya, nti.. ana nak masuk tube ni.” “Oh, okay, insya-allah.. jumpa nanti.. Salam warahmatullah.”

Terus sekali lagi aku beristighfar, bertakbir serta bermunajat.. ‘Ya Allah... Ya Rahman.. Engkau Yang Maha Memudahkan.. Engkau Yang Maha Menyusun dengan sebaik-baik susunan.. semoga ziarah kami ke Kota London kali ini, menjadi suatu ziarah yang paling tarbawi untuk ku, temanku dan juga adik-adikku..’

Dan Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah... dengan izin-Nya.. sememangnya ziarah ke Kota London kali ini adalah ziarah paling bermakna untuk diriku, sahabat-sahabatku dan adik-adikku.. Semoga apa yang kita dapat, pelajari dan alami sepanjang hujung minggu baru ini, benar-benar mendidik jiwa, perasaan dan sahsiah kita sehingga meningkatkan kita ke suatu tingkat yang lebih baik di sisi Allah swt.. Ameen. Insya-allah..


Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga sama2 meraikan Eidil Adha di rumah Kak Siti..


P/s: Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu!

With lots of Love and Care;

Servant

Plymouth