Monday 15 February 2010

Mimpi Menjadi Kenyataan: Perkongsian Kisah Iman dan Ukhuwwah di Plymouth


Seorang saudara pernah menulis kepadaku;

‘Orang-orang beriman merindukan suasana iman dan ukhuwwah, maka mereka berusaha membinanya.’

Dan dalam diam, saya akui tulisannya dan benar-benar berhasrat merealisasikannya dalam hidup saya agar saya termasuk dalam golongan mereka yang beriman itu. Ameen. insya-allah.

Maka, pada hari ini, ingin saya berkongsi tentang kisah Suasana Iman dan Ukhuwwah yang cuba saya, teman-teman seperjuangan dan adik-adik yang dikasihi hidupkan bersama-sama di satu bahagian kecil bumi permaisuri milik Allah ini.

*****************************************************

Kira-kira beberapa minit selepas pukul 12 malam, ketukan di pintu Rumah 19 pun berbunyi. Elok saja pintu dibuka, kedengaranlah..

‘Kakak.........!!’

‘Shaaakkk... Nano0t... IeQaaa....!’

‘Wah tak percayanya kamu semua dah sampai sini....!’

‘Percayalah akak.. kami kat depann akak ni...!!

Kami berpelukan erat melepaskan rindu masing-masing.

Alhamdulillah.. selamat mereka sampai dari Surrey, London dan juga Southampton (Sothon)

Keesokan harinya, awal pagi lagi kami telah bersiap-siap untuk berjalan-jalan bersama sekitar kawasan Plymouth. Awalnya saya bercadang untuk membawa mereka menaiki boat dan berkelah di kawasan Mount Batten. Tapi, dengan izin Allah, atas nasihat makcik Tamar Cruise, saya pun menukar plan itu kepada Mount Edgcumbe! Dan, Alhamdulillah.. tempat itu memang pilihan Allah.. kerana.. segalannya, ‘just nice’!

Bermula dengan menaiki bas selama 30 minit dan ‘ferry’ kecil selama 8 minit, kami sampai ke destinasi ‘picnic’ kami.

Jalan-jalan kami tidak jalan-jalan kosong. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan mendapat satu ayat Allah untuk ditadabbur sepanjang perjalanan. Ayat-ayat tersebut ialah 2: 164, 3: 190-191 dan 45: 3-5.

Kata kak Z, ‘malam ni ade hadiah special untuk sape yang dapat jawab dengan baik kuiz tadabbur akak...!’ Sebagai manusia biasa.. tak kira tua dan muda, kami semua bertambah semangatlah untuk bersungguh-sungguh apabila mendengar ganjaran yang dijanjikan tersebut.

Dengan niat untuk berkongsi keriangan dan kesyukuran dalam hati.. saya kongsikan sedikit gambar-gambar kenangan kami..

Di UCP MARJON..


Sampainya kami di tempat berkelah...


Bersama menghayati keindahan ciptaan-Nya..

Akhirnya mereka tiba di landmark Plymouth..


Alhamdulillah, elok saja waktu maghrib datang bertandang, semua kami selamat sampai di Rumah 19 semula. Biarpun penat, kami bergegas-gegas mempersiapkan diri untuk aktiviti seterusnya, iaitu pengisian. Dalam keletihan itu, kedengaran ketukan di pintu rumah 19 lagi.

‘Subhanallah, terima kasih Sab!’ ucap saya dengan riangnya. Mana taknya, melihat makanan yang adik-adik saya sediakan untuk tetamu mereka ini. ‘Bestnya...!!’ jerit para tetamu. Lalu, Alhamdulillah, kamipun menjamah bersama.

Setelah itu, pengisianpun bermula.. tema perbincangan adalah Tadabbur Alam dan Ni’mat Ukhuwwah. Alhamdulillah.. semua kami bersetuju, saat inilah yang paling best... kami sama-sama melihat ayat-ayat Allah, sama-sama berkongsi-kongsi pengetahuan dan pengalaman tarbawi yang kami lalui seharian bagi mengisi hati dan jiwa agar sama-sama kami terbina sebagai hamba Allah yang soleh dan juga musleh.. ameen, insya-allah.

Seusai perkongsian, kami semua segera merehatkan diri lantaran malam nanti, insya-allah ada MABIT (Malam Amal Ibadat). ‘Jangan lupe kajut tau!’ semua saling memperingatkan.

Alhamdulillah, tepat pukul 4 pagi, ketukan berbunyi di pintu bilik saya.

‘Akak... akak... kami ni...’

‘Ya Allah.. aufa..!’

Elok pintu dibuka, keempat-empat wajah ceria dan bersedia adik-adik saya terus menghilangkan kemengantukan di mata. ‘Husna, Akak, jom... aish.. camna ni.. adik-adik bangun dulu...!’ kataku sambil tersengeh-sengeh malu pada diri sendiri. Namun begitu, dalam diam setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan pada Allah swt yang mengizinkan mereka untuk sedar awal dan lantas mengejutkan kami semua.

Maka, malam itu.. Alhamdulillah, dengan kekuatan dari Allah swt, dapat kami hidupkannya dengan solat sunat secara berjemaat dan tadabbur Al-quran, surah Al-Qiyamah bersama.. Alhamdulillah.. semua berjaya bertahan sehinggalah tibanya waktu subuh dan bacaan ma’thurat.. Mabruk (tahniah) untuk ntumna (korang) semua!

Seterusnya, selesai sarapan, sekitar pukul 8.30 pagi, program seterusnya pula bermula.. iaitu beriadhah bersama... Alhamdulillah... kami berpeluang bermain badminton bersama-sama kali ini...

Di sini, saya kongsikan beberapa ‘captions’ yang diambil sepanjang riadhah kami..


Seterusnya, sekitar pukul 10. 45 pagi.. tibalah masa yang kami tidak diingini.. iaitu.. Kalimah Akhirah (penutup). Dengan hati yang basah, setiap kami memberi sepatah dua kata sebelum menangguhkan program 'bersama' ini secara rasmi. Namun, saya secara peribadi.. merasakan perasaan sebaliknya ketika itu. Saya amat terharu atas kebaikan Allah yang mengizinkan kami berbuat halaqah (lingkungan) di court Uni saya sendiri.. yang sungguh.. saya sendiri terasa seperti mimpi menjadi kenyataan..

Sungguh, Maha Suci Allah, yang memudahkan segala urusan hamba-hamba-Nya..

Alhamdulillah, dengan selesai kalimah akhirah itu, kira-kira pukul 11 lebih, tertangguhlah program kami kali ini.. Adik-adik, teman dan kakak yang dikasihi mula bersiap-siap untuk pulang ke destinasi masing-masing. Dengan perasaan yang bercampur baur (sedih+gembira+syukur+puas+takpuas+macam-macam) kami warga Plymouth mengiringi mereka pulang. Namun, kami sepakat untuk insya-allah, datang menziarahi mereka di tempat-tempat mereka pula di masa akan datang..

wallahua'lam..

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Harapan saya, semoga kisah 'suasana iman dan ukhuwwah' ini menceriakan mereka-mereka yang sama-sama ingin tergolong dalam golongan beriman, yang mendokong cita dan impian yang sama... dan yang sentiasa inginkan suasanan iman dan ukhuwwah ini tersebar di serata bumi Allah... di mana jua orang beriman berada.. insya-allah...

Akhir kalam, suka saya petik sepotong hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"terdapat tiga kualiti@ perkara yang jika seseorang itu memilikinya, dia akan merasai kemanisan Iman: menCINTAI ALLAH dan RASUL-Nya lebih dari suatu apa pun yang lain, menCINTAI hamba-hamba ALLAH hanya semata-mata kerana ALLAH swt, dan memBENCI JAHILIYAH setelah Allah menyelamatkan dirinya dari itu seperti KEBENCIan kiranya dirinya dimasukkan ke dalam AZAB API NERAKA"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah membantu kita untuk meraih dan sentiasa memiliki ketiga-tiga kualiti ini.. ameen, insya-allah.


Sekian, wallahua'lam. wssalam..


p/s: maaf pada tulisan yang bercampur baur jugak.. setting ni, peliks... dah try tukar.. tak boleh jugak... terimalah seadanya ya..! :-D *winks2*


With Lots of Love,

SerVanT

Plymouth, England